Sunday, February 21, 2010
BBHC (Bikini Bottom Hardcore)
Semalam aku layan Najmi tengok Spongebob Squarepant kat Astro. Habis je cerita Spongebob tu, dia suruh bukak TV9 (Channel 119 kalau kat Astro). Bila masa pulak anak aku ni suka layan cerita kat TV9? Ada cerita apa kat TV9? Takkan dia layan cerita Solehah kot?
Rupa-rupanya ada cerita Spongebob baru nak start kat TV9 pulak.
Friday, February 19, 2010
Mexican Heroes
Lu tapau nasik je.. Gua dah ada lauk
Punk Kayoss
Thursday, February 18, 2010
Image of purity - Cromok
Circle Of Dead Children - Deathgrind Tekak Basah
Aku tak tau mana pegi CD ni. Masa pindah dari rumah sewa kat Kg Baru aku tak bawak CD ni. Besor, kalau kau ada simpan lagi CD-CD atau vinyls aku, nanti aku nak balik ye. Kira rare stuff la jugak ni. Trade CD 3 way split Parkinson//Existench//Irritate dengan budak Willowtip Records masa aku study kat UTM dulu. Grind pecah muka darah tersembur.
Inhale/Exhale
Sunday, February 14, 2010
Air Lemuju
Aku rasa dah seminggu dah aku berak gore macam ni. Sejak silap makan masa kat Bandung hari tu lagi. Dan aku rasa dalam tempoh tu la jugak aku tak merasa nikmat kentut. Rasa macam nak kentut. Tapi takut keluar air. Sudahnya masuk bilik air je, buang segala angin. Pil Chi Kit Teak Aun aku ingat dah dekat 8 bungkus aku makan. Eno 2 paket. Mak aku suruh makan ada pil sakit perut. 2 kali aku makan tak jadik apa.
Monday, February 8, 2010
Abang dah berumur dah...
Sunday, February 7, 2010
Bandung Trip - Day 4, Balik KL
Pagi ni aku bangun dah baik dah demam aku. Cuma malam tadi memang ntah berapa kali aku membuang. Hari ni takda nak pegi mana sangat. Pukul 10:30 am dah kena ada kat airport.
Saturday, February 6, 2010
The Secret, Factory Outlet Favourite Ummi
Ummi memang dah aim 2-3 bende kat The Secret ni masa 1st day kitaorang sampai. That's why dia asyik sebut-sebut Factory Outlet ni je. Tapi dia confuse The Secret ni dengan Jalan Dago. The Secret dekat Jalan Riau.
Bandung Trip - Day 3, Tukar Kasut
Aku terjaga dalam pukul 1 pagi. Perut rasa memulas. Bermulalah kisah gore yang memualkan. Aku rasa tak lain tak bukan, mesti mee sup pedas yang aku makan kat Jalan Dago petang tu. Sampai ke pagi aku ingat 2-3 kali jugak la aku membuang.
Friday, February 5, 2010
Jalan Dago lagi...
Kitaorang tak jadi nak pegi Rumah Tas sebab jauh sangat. Disebabkan hari ni mood shopping aku agak OK sikit, Ummi ajak aku gi Jalan Dago balik. Sebenarnya dia nak gi The Secret. Tapi dia lupa yang The Secret bukan kat Jalan Dago, tapi Jalan Riau. Aku pulak kena carik kemeja yang Shukri pesan hari tu. Aku tak jumpa kemeja Ralph Lauren. Aku SMS kat dia kalau nak Paul Smith ke, Burberry ke, Esprit ke, aku jumpa la. Dia suruh aku carik kat boutique Ralph Lauren. Isk.. Kalau ada pun kat boutique, sure mahal macam kat Malaysia jugak.
Aku bagitau Shukri ada kemeja Tommy Hilfinger cantik kat Grande Factory Outlet. Dia suruh aku beli 5 helai. Mana cukup duit. At last aku beli dua je dulu. Esok ada budget aku beli lagi sehelai. Aku beli Tommy sehelai, Lacoste sehelai. Ummi belikan aku Baju Tommy Hilfinger kotak-kotak. Hadiah harijadi kata dia. Thank you so much darling.
Macam Kat Universal Studio
Aku teringin sangat nak gi Cihampelas ni bukannya apa. Aku nak tangkap gambo ngan Superman, Spiderman, He-Man, She-ra (ada ke?), Ultaman, Arnold SusahNakEja, Dragonball, etc. Patung-patung ni memang satu attraction yang dibuat oleh tokey-tokey kedai kat area situ.
Sampai je sana, aku terus masuk kedai Spiderman. Ada patung spiderman besar atas bumbung kedai dia. Aku berkenan dengan Backpack laptop jenama Palazzo ni. Tak pernah dengar nama brand ni. Tapi material dan harga agak menarik. Kalau convert duit Malaysia, dalam RM50 je kot. Kalau kat Malaysia kualiti macam beg ni, kurang-kurang RM130 kot. Jeans pun banyak kat sini. Tapi diragui jugak keaslian jenamanya. Kalau murah, kain pun cantik, belasah je la satu.
Aku tak beli lagi beg tadi. Ingat nak survey 2-3 kedai lagi. Masuk kedai Superman pulak. Harga beg dia lebih kurang sama je macam kedai tadi. Tapi design macam aku berkenan tadi takda. Aku beli T-Shirt gambo Patrick, (makhluk Tapak Sulaiman dari Bikini Bottom) untuk Najmi. Sure dia suka. Aku punya porch bag (Beg pinggang) dah koyak. Banyak sangat bawak duit. Berjuta-juta Rupiah katakana. Tapi sayang gak beg tu. Ummi bagi masa dia dapat hadiah dari Standard Chartered. United Color Of Benetton tu. Ummi suruh beli yang lain. Aku malas la. Bukan apa. Aku lebih selesa letak duit dalam wallet. Lebih organize.
Aku pegi balik kedai Spiderman tadi. Aku sambar je terus Beg Palazzo tadi. Aku sound Ummi awal-awal, jangan sumbat barang sangat dalam beg tu. Takut tak sempat nak menunjuk kat budak opis nanti. Ada satu kedai jeans tu bagi diskaun 50%. Aku pun belek la satu jeans Burberry tu. Walaupun aku tau memang tak ori punya. Tapi kain dia cantik. Ada 50% diskaun pulak tu. Convert duit Malaysia dalam RM30 jek. Belasah je lah. Kat luar kedai tu ada tempat alter seluar. Potong bawah, kaki kasik kecik sikit, kena RPH10,000. OK la tu. Kalau kat Malaysia kurang-kurang RM10 kena.
Aku dah rasa lapar. Ye lah, makan roti sapu jem strawberi je pagi tadi. Ada satu kedai Nasik Timbel kat seberang jalan. Kat Cihampelas ni, kedai dia dekat sangat dengan jalan besar. Jalan pulak punya la sibuk. Payah nak nyeberang jalan. Ada Patung He-Man ngan Wolverine kat kedai seberang jalan tu. Kena ambik gambo ni. Hmm..Patung Dragonball ngan Captain America pun ada.
Kedai nasik timbel kali ni tak la best macam kat Jalan Dago semalam. Aku order Nasik Timbel Bakar lauk Ayam + Tempe + Tauhu Goreng + Pegedil. Aku tak minum air maness. Order air teh tawar je la. Lagipun tu lah air paling murah dalam menu tu.
Ummi nak carik handbag. Aku cadangkan gi Rumah Tas. Tapi tak sure kat mana tempatnya. Aku memerlukan tempat ada wi-fi free. Boleh tanya Lebai Google kat mana Rumah Tas. Disebabkan nak guna wi-fi, Ummi masuk J-Co order Donut ngan coffee. Rumah Tas terletak kat Jalan Limbang. Jauh jugak tu. So lepas ni, gi Jalan Dago balik la. Kat sana pun ada 2-3 kedai handbag & kasut.
Bandung Trip – Day 2, Pasar Baru
Aku ngan Ummi bangun awal hari ni. Ingat nak gi jalan banyak tempat hari ni. Pukul 6:30 pagi dah tercegat kat café hotel, nak breakfast. Kitaorang paling awal pagi tu. Tapi diaorang baru nak prepare breakfast. Cuma ada roti putih je untuk disapu ngan jem strawberi. Aku belasah je la apa yang ada. Nampak macam tengah nak prepare makanan berat. Mungkin mee goreng atau nasik kot. Tunggu-punya tunggu sampai dekat pukul 7:30 pagi tak hiding-hidang lagi makanan beratnya. Aku ingat sambung makan kat luar je lah.
Kali ni aku ngan Ummi menapak gi tepi jalan besar untuk tunggu teksi. Takda la jauh sangat. Pagi ni kami nak pegi Pasar Baru. Tempat ni orang cakap macam kat Tanah Abang la kalau kat Jakarta. Banyak jual kain baju, telekung, batik, kain pelekat etc. Kami sampai awal pagi tu kat Pasar Baru. Lebih kurang pukul 8 pagi. Kedai pun baru bukak. Kat Pasar Baru barang-barang dia kita boleh bargain, tak macam kat Factory Outlet. Elok datang pagi-pagi macam ni sebab boleh dapat harga ‘pecah telur’ kata orang sana. Pagi tu teksi kena lebih kurang RPH18,000. Ummi buat-buat macam dah biasa gi tempat tu supaya driver teksi takda nak cilok-cilok ikut jalan jauh.
Aku target nak beli kat mak aku tudung dalam 2 helai, T-Shirt Bandung, baju sulam abah untuk bawak gi masjid. Ummi pulak nak beli telekung dalam 3-4 pasang sebab ada orang order. Ummi memang terrer bab-bab bargain harga ni. Agak dia tak puas hati ngan harga dia nak, dia blah gi kedai lain je terus. Telekung kat sini memang murah. Kalau yang harga RPH150,000 tu, memang dah yang macam Mak Datin selalu pakai gi Masjid. Kalau kat Malaysia mau lebih kurang RM200 kot harganya.
Ummi jumpa satu toko ubat / jamu gerek punya. Tokey dia dah nak masuk 50 tahun tapi dok pakai skirt dengan kasut boot Tina Turner lagi. Rupanya ramai orang Malaysia datang kat toko Tanter Lisa ni, termasuk la 2-3 orang artis jugak. Tanter Lisa tunjuk kat Ummi gambar artis tu dari handphone dia siap ngan SMS artis tu lagi. Kagum gak Ummi. Tanter Lisa bagi makan kerepek ubi, aku tak tolak. Dekat separuh bekas aku makan. At last Ummi borong macam-macam ubat / jamu dari kedai dia ni. Biar la dia. Kalau menjadik pun, yang lawanya bini aku jugak.
Aku beli tudung untuk Mak, sehelai T-Shirt Bandung, Baju sulam untuk Abah, pastu key chain untuk budak-budak opis. Lebih kurang pukul 10:30 pagi kitaorang gerak ambik teksi gi Cihampelas pulak. Sementara tunggu teksi, sempat beli mainan Helikopter untuk Najmi. Ummi tawar, sure dapat murah punya lah.
Thursday, February 4, 2010
Bandung Trip - Day 1, Nasi Timbel Bakar
Outlet pertama kitaorang masuk, Victoria factory outlet, Jalan Dago. Kedainya nampak kecik je. Masuk je dalam, aku ingat ada banyak kedai lagi. Rupanya dia pecahkan bahagian Handbag, Baju budak, Baju Perempuan, Baju Lelaki dan Jeans. Panjangnya lebih kurang 100 meter. Kedai kecik, tapi panjang ke belakang. Aku tak beli apa-apa. Ingat nak survey-survey harga dulu. Ummi beli 2-3 pasang baju Najwa. Aku rasa paling best shopping kat Factory Outlet ni, baju-baju branded budak-budak la. Sebab kalau kat Malaysia, takkan pandang punya baju Ralph Lauren ke, Guess ke untuk budak-budak ni. Mesti beratus ringgit harganya. Kat Bandung, beratus ribu lagi.. Tapi Rupiah la.
Masuk butik The Oasis, baru la aku capai sehelai T-Shirt FILA yang aku rasa murah gak harganya. Kalau aku tak beli baju jugak hari ni, esok lusa aku nak pakai baju apa? Kat sini ada banyak jugak choice. Tapi kebanyakan T-Shirt dia aku tak berapa yakin la dari segi keasliannya. Kat sini siap ada kain jeans gulung dan boleh tempah ikut cutting apa yang korang nak. Aku rasa Brand pun boleh pilih kot. Aku tak sure berapa hari boleh siap.
Bandung Trip - Day 1, Kene Kencheng ngan teksi airport
KL - Bandung... Sekarang Jalan...
Pukul 5:30 pagi jam handphone aku dah berbunyik. Aku kena bersiap awal hari ni sebab dah janji ngan teksi pukul 7 pagi ambik aku. Nak hantar Najmi gi sekolah dia dulu. Pagi ni Najmi takyah mandi. Dia mandi kat sekolah je nanti. Lepas je sembayang subuh, aku bersiap dan kejut Najmi bangun. 6:30 am kawan Abang Azim call tanya jalan nak datang rumah aku. Dia dah ada kat area Bukit Subang. Aku bagi direction lebih kurang yang aku rasa takkan menyesatkan dia nak carik rumah aku. Sebab senang je nak carik Subang Galaxy ni. Abang ipar aku dari Perak takyah pakai Garmin pun boleh sampai rumah aku.
Time aku nak kuarkan kereta untuk hantar Najmi, teksi pun sampai. Aku suruh dia tunggu kejap sebab nak antor Najmi gi sekolah dulu. Sampai je sekolah Najmi, aik.. gelap lagi. Masalah... Tapi aku try jenguk dalam sekolah dia. Kat dapur lampu dah bukak. Ohh lega dah ada orang. Aku pun antar Najmi masuk sekolah dia. Dah ada sorang budak dah datang.
Balik je rumah aku panggil Ummi dengan harapan dia dah siap bersolek. OK dah siap. Terus naik teksi. Teksi masuk highway ikut Bukit Jelutong Shah Alam. Baru aku tau pagi-pagi jem jugak kat Tol Bukit Jelutong ni ye. Sepanjang jalan aku berbual-bual la ngan Adik Teksi ni. Just nak hilangkan rasa ngantuk. Nampak alim mungkin sebab dia pakai kopiah.
Sampai LCCT, jam menunjukkan pukul 8 pagi. Awal lagi ni. Flight pukul 9:45 am. Aku gi check in. Ramai gak orang nak gi Bandung pagi ni. Check in tak makan masa yang panjang sebab aku takda barang nak timbang. Dapat je tiket aku ajak Ummi gi breakfast. Taknak makan McD. Mainstream lagi mahal. So masuk la Marrybrown. Ummi makan bubur ayam ngan coffee aku makan burger telur. Boleh la alas perut. Lagipun kat rumah tadi sempat makan Roti ngan telur (same menu) Bibik buat. Jam 8:45 aku ajak Ummi gi masuk immigration check. Lebih kurang pukul 9 lebih gate bukak. Naik Airasia Indon punya. Lebih kurang pukul 10 baru berlepas.
"Pasangkan Sabuk Pengaman anda"
Wednesday, February 3, 2010
Aku nak gi enjoy kat Bandung...
Aku dah rasa mood holiday. Buat passport tahun 2005 sampai sekarang 2010 (Bulan 10 ni mati) baru dapat cop immigration untuk sekali trip masa gi Jakarta 2007 lepas. So bulan 8 tahun lepas aku belasah je la booking ticket Airasia (masa promotion Go Holidays) kononnya nak gi Bandung. Kira murah jugak la untuk 2 orang flight pegi balik termasuk hotel untuk 4 hari 3 malam. Tapi problemnya, kena pilih tarikh start hujung bulan Januari 2010 ke atas. Ikut perancangannya Projek e-Tanah Negeri Sembilan & Melaka dah nak kena start live bulan Januari 2010. Sure busy giler. Tapi alhamdulillah, aku belasah je ambik bulan Februari 2010 sebab Live untuk e-Tanah Negeri Sembilan & Melaka ditunda ke bulan April 2010. Kira tak la berapa busy sangat (ke aku yang mengular banyak?).
Masa 2-3 hari nak gi Bandung, budak-budak jeles je aku ambik cuti gi holiday. Gila apa, ambik cuti tengah orang lain sibuk-sibuk nak deliver projek, aku cuti. Aku cakap kalau aku tak ambik cuti sekarang, alamat expired cam tu je la passport aku, sebab lepas ni lagi busy giler. Fendy sibuk suruh aku belikan jeket ala-ala casual gitu. Dia kata kat Bandung boleh dapat dalam RM40 je. Kalau setakat kirim dengan air liur, mintak maaf la. Aku gi sana ni pun tengah dalam keadaan agak gawat jugak ni. Tapi tiket dah beli, mana boleh tukar. Kena 'On' je la. Takpa la, aku belikan key chain je la kat kau Fendy. Shukri bos aku pulak suruh gi beli baju keje Polo Ralph Lauren. dia nak 10 helai. Mak ai.. Banyaknya..Kata nak bagi duit. Dari sehari ke sehari aku tunggu, takda nak hulur-hulur pulak. Padahal dapat bonus 2 bulan tu. Aku follow dia gi beli TV Plasma Panasonic 42" masa keluar gaji hari tu. Takpa la..kalau setakat 2-3 helai, aku pakai duit aku dulu la. Balik karang dia bayo la. Lagipun dia dah tolong approve cuti aku. Dia silap tengok tarikh kot sebab dia ingat aku ambik cuti sehari..Padahal aku mintak 2 hari. Hehe.
Aku bawak satu backpack 50 liter isi 2 helai baju, sehelai jeans. Ummi pulak bawak backpack 40 liter pun macam aku gak. bawak baju dalam 2 helai jek. Memang plan beg ni nak bawak naik atas kapal terbang (tempat passenger) sebab taknak bayar charge bagasi. Bayar baggage charge untuk time balik je. Ambik 15 kilo sorang (total 30KG kena RM40). Pasal transport nak gi LCCT pulak, aku dah survey shuttle bus. Semua start naik dari KL sentral atau Puduraya. Mana nak kejar pagi-pagi nak sampai sana. Duit parking kereta lagi. Last-last call Abang Azim naik cab dia. Aku rasa ni la cab ke LCCT yang paling murah. RM60 je dari Subang ke LCCT. Naik Waja lagi. Yang lain paling murah pun RM80.
Najmi ngan Najwa tinggal kat rumah ngan Bibik. Aku mintak tolong Mansur ngan bini dia tengok-tengokkan bebudak tu time malam. Nasib baik diaorang setuju. Aku pesan jugak kat Naim (Jiran depan rumah) tolong bagitau mak dia tengok-tengokkan rumah aku sepanjang pemergian aku ngan ummi. Kena tido awal sebab pukul 5:30 pagi aku dah nak bangun. Aku janji ngan cab pukul 7 pagi ambik aku kat rumah. Ummi pulak tido awal malam tu sebab sakit gigi. Aku dah cakap cabut geraham bongsu sakitnya berhari-hari. Bila dah cabut baru rasa macam dah taknak cabut gigi lagi dah.