Tuesday, June 29, 2010
Saham Higuain naik la lepas ni
So far sepanjang world cup ni gol Higuain ni yang aku nampak paling menarik. Penuh skill memperdayakan pihak lawan. Penjaring terbanyak setakat ni dengan 4 gol untuk 4 game. Penjaring hatrick pertama sepanjang kejohanan (masa lawan Korea Selatan). Aku harap lawan Germany nanti Higuain akan menambahkan lagi koleksi gol dia.
Sneijder baru 2 gol, Van Persie, Robben & Kuyt baru 1 gol. Lepas tu kena lawan Brasil pulak lepas ni. Aku for sure sokong Brasil....
Duka selepas bersuka ria
Hari ahad lepas, group Avanza Club aku mengadakan pesta muda mudi di Hutan Lipur Lentang, sebelah Karak Highway. Punya la syok layan kambing bakar dgn ayam bakar. Lepas tu, dengan panas-panas badan selepas melahab kambing bakar, aku menyejukkan badan dengan berendam kat kawasan air terjun.
Kira-kira jam 1 lebih tengahari, aku gerak balik KL. Hujan pun start turun renyai-renyai. Lepas je terowong Genting Sempah, hujan turun dengan agak lebat. Tiba time satu selekoh tu, tiba-tiba aku rasa tayar kereta aku membuang. Aku kat lane kanan sekali masa tu. Mungkin sebab panik, aku terus tekan brake dan kereta aku melanggar divider jalan. Spek aku terpelanting entah ke mana.Tapi aku try kawal steering aku agar tak masuk ke lane tengah yang masa tu memang ada kereta. Aku tengok sebelah kiri tepi jalan tak sesuai untuk aku berhenti sebab sempit. Aku try gagahkan bawak kereta aku dengan steereng yang senget tu hopefully boleh sampai tol Gombak. Aku rasa teruk kereta aku sebelah kanan ni. Tayar depan aku memang sangkut absorber rasanya ni. Bau hangit tayar tak tau nak cakap la. Tak lama lepas tu aku tengok tayar dah start berasap. Ada sedikit ruang kat tepi jalan untuk aku berenti. So aku pun berenti nak tengok keadaan kereta.
Aku garu kepala tengok tayar depan aku yang dah senget tu. Shaft dan arm bengkok teruk. Tayar aku yang sangkut absorber tu dah tunggu masa nak pecah je kot. Tak lama lepas tu 2 orang member masa picnic sama-sama tadi sampai (Adi dengan Mad). Aku call Kurnia Auto Assist dan diaorang hantar tow truck dari KL ambik kereta aku. Dekat 1 jam setengah jugak la baru tow truck sampai. Aku tumpang tow truck tu tarik kereta aku ke Balai Polis Gombak untuk tangkap gambar dan terus ke panel workshop kat Subang Jaya. Masa tangkap gambar kat Gombak tu aku tengok absorber depan aku dah terkulai. Nasib baik tak tercabut masa aku tengah bawak tadi.
Dekat pukul 5 baru settle dan aku pegi kat taxi stand depan summit nak ambik teksi untuk balik rumah. Tanya satu-satu teksi, semua nak RM30 ke Subang Galaxy. Kepala bapak dia. Ada meter, pakai je la meter. Alasan waktu tu jalan jem. Lepas tu takut sampai Subang nanti takda customer nak naik teksi. Kepala hangguk dia. Jem sikit je kat traffic light nak masuk Kesas Highway tu. Aku protest. Aku jalan kaki sampai lepas traffic light tu dan tahan teksi dari situ. Aku yang dari masa kat sungai tadi lagi dok tahan kencing rasa nak kencing kat tepi kedai dekat-dekat situ jek. Dekat 10 minit baru dapat teksi. Guna meter sampai Subang Galaxy baru RM15.
Sampai rumah dekat pukul 6 petang, aku terus masuk toilet melepaskan hajat yang dari pukul 1 tadi aku tahan.
Semalam aku balik Bagan Datoh, ambik kereta Kancil Abah aku. Patah kaki beb, takda kereta.
Subscribe to:
Posts (Atom)