Monday, May 24, 2010

Alam Medic S**K


Start 1 Mei hari tu, kompeni aku lantik PMCare untuk handle medical benefit untuk staff. So, bermula 1 Mei hari tu, kitaorang dah tak payah hantar medical claim kat HR lagi macam sebelum ni. Aku dapat 4 keping kad PMCare untuk aku, Ummi, Najmi ngan Najwa. So kalau gi klinik panel yang ada logo burung PMCare tu, tak payah la nak kena bayar sebab PMCare akan tanggung. Cuma tunjuk kad ngan isi borang je.



Salah satu klinik panel PMCare yang paling dekat dengan rumah aku (Yang kira branded jugak) ialah Klinik Alam Medic. Sebelah kawasan Subang Galaxy tu je. Dia ada satu cawangan kat area Subang Perdana yang beroperasi 24 Jam. Tapi dari dulu lagi, aku dah perasan dah, charge kat Alam Medic ni memang mahal sikit dari klinik-klinik lain. Kalau bebudak demam tu, sure cecah RM40 ke atas punya. Aku rasa standard pun paling mahal RM30 je. Tapi takpa la, sebab aku dah tak payah bayar dah bill dia bila aku guna kad PMCare.

Bulan ni saja dah 4 kali aku guna kad tu kat Alam Medic. Sekali masa aku check darah tinggi (Sebab nak dapatkan MC), Ummi sakit tekak sekali, pastu minggu lepas 2 kali hantar Najwa sebab dia sakit mata dan demam.

Walaupun dah guna kad PMCare, aku tergerak untuk check jugak berapa dia charge setiap kali datang Alam Medic ni. Satu Tahun PMCare cuma kasik claim sampai RM2500 je. Baru-baru ni Najwa demam je, Alam Medic charge sampai RM62..What the 'Paku' (Tukar lah perkataan 'paku' tu mengikut kesesuaian bahasa kasar masing-masing)...selalunya ubat demam yang sama pun, setakat RM40 jek. Mentang-mentang la claim dengan PMCare, dia belasah cukup-cukup... Lepas ni aku 'ban' Alam Medic... Pegi Klinik An-Nisa' je la pulak...