Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Jadi Bonda


Tanggal 5hb September, memang ada 2-3 orang kenalan rapat Gua yang menyambut hari lahir..Masa tahun 1978, tarikh 5/9 ni jatuh pada 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri yang pertama.. So 2 orang kawan Gua, Hafizul Fitri bin Jais dan Mohd Fitri bin Hussin, diberi nama sedemikian rupa sebab lahir masa 5/9/1978, yang juga jatuh pada 1 Syawal tahun tu..

Yang paling istimewanya, 5/9 adalah Birthday Bonda Gua tercinta..
Buat Hajjah Jaharah binti Mohamad.. Semoga Allah pelihara kesihatan Mak, dipanjangkan umur dan dipermurahkan lagi rezeki... Jai sayang sangat kat Mak.. Selamat Hari lahir yang ke - 64.

Gigi Adik


Adik baru berumur 4 tahun lebih..Bulan 12 ni baru masuk 5 tahun.. Tapi dia sangat teringin dapat gigi baru.. Gigi dia sekarang memang tak berapa lawa..Gigi dia 'Roheng' sebab banyak makan gula-gula..


Sebelum Raya hari tu Ummi dah bawak dia cabut gigi sekali. So hari ni dia punya next appointment untuk cabut satu batang lagi gigi dia.. Masa cabut gigi dia first time hari tu, Gua tak ikut sebab Gua outstation... Ummi pun cerita la yang betapa Adik ni teringin punya pasal nak gigi baru, sikit pun dia tak nangis masa Doktor tu cabut gigi dia.. So tadi Gua sendiri terpegun tengok Doktor tu kerjakan gigi dia, sikit pun dia tak nangis...Memang power.. Even kalau Gua sendiri pun, time doktor tu cocok ubat bius tu pun, boleh meleleh air mata dibuatnya.. Dia rilek je Gua tengok..


Malam ni Gua nak letak gigi yang dia cabut tu bawah bantal... Untung-untung esok jadi duit..kah kah kah...

Mak Uda....


Sebulan puasa, hari ni nak melepas gian breakfast kat Mak Uda, Subang 2. Masa bulan puasa hari tu 2-3 kali jugak buka puasa kat sini.. Tapi feel dia lain la kalau nak bandingkan breakfast dia..

Deretan nasik-nasik selera Pantai Timur..

Niat di hati mulanya nak melantak nasik minyak ke, nasik kerabu ke..Sampai je, belek punya belek, macam best je lontong kat sini.. Lagipun tengah musim raya lagi ni, feel dia lain sikit kalau dapat pekena makanan berasaskan nasik himpit. Lepas ni Gua nak lepas gian makan nasik kandaq kat Restoran Kayu pulak..