Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri


Gua bertolak balik untuk berhari raya di Kampung Parit Nibong, Bagan Datoh pukul 11 pagi tadi. Jalan boleh tahan la jugak sibuknya.. Cuma takda la kena lalu jem yang panjang berjela.Gua ikut jalan Subang Galaksi - Paya Jaras - Kuang - Ijok - Assam Jawa - Tanjung Karang - Kuala Selangor - Sekinchan - Sungai Besar - Sabak Bernam - Simpang 4, Hutan Melintang - Sungai Sumun - Batu 20 - Selekoh - Simpang 3 - Jalan Rungkup - Parit Nibong. Sampai rumah kira-kira jam 2:30 petang. Gua pun ada singgah 2-3 tempat tadi. Singgah Tesco Tanjung Karang, (beli kentang 99 sen sekilo) pastu singgah Billion simpang 4 (Ummi nak beli stokin Najmi).

Ni kira buka puasa pertama dengan Mak Abah untuk tahun ni. Alhamdulillah.. Dapat jugak gua sekali lagi berbuka puasa dan beraya dengan kedua orang tua gua tahun ni. Lepas buka puasa, pengumuman raya oleh orang yang paling glamer bila time nak umumkan tarikh puasa ataupun raya. So confirm raya 10/9 ni. Takyah gua nak kelam kabut malam ni. Esok masih ada lagi. Ijie sampai lebih kurang pukul 10:30 dengan Naim dan Hidayah. Abang Long mungkin sampai dalam pukul 1 atau 2 pagi.. Kak Idah dan Abang Mat, betolak esok pagi.

Untuk rakan-rakan di luar sana, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Dan Batin dari Gua sekeluarga..

Ikhlas....
FAIZAL HJ ALI, NATRAH HJ AMAT, MOHAMED FARHAN NAJMI FAIZAL, SITI FAREESYA NAJWA FAIZAL.

Shopping Perabot Swedish Hardcore

Hari ni masuk hari ke-3 berturut-turut Ummi gi melawat Kedai Perabot Sweden yang bernama Ikea kat Mutiara Damansara. Pernah member gua cakap, Ummi ni patut dapat jawatan penjaga kunci gate Ikea sebab kalau kena dia nak sangat pegi Ikea tu, pintu belum bukak lagi dia dah tunggu kat depan.

Shopping 1st day, beli bekas bunga stainless steel tu

Shopping 2nd day, beli rak kayu... Drill terus kat dinding

Shopping 3rd day, beli lampu kertas ni pulak..sapa koyakkan siap kena belasah..

Ni kira last minute shopping sebelum balik kampung, sebab gua ngan Ummi ingat nak tambah satu perabot simple kat area ruang tamu rumah gua. So Ummi dah rikie satu sofa yang namanya 'Klipan' kat Ikea ni. Gua pun follow je lah, sebab hanya Avanza power gua saja yang mampu membawa sofa ni balik ke rumah, tanpa menggunakan perkhidmatan penghantaran Ikea yang silap-silap kena charge entah berapa tah.

Sofa Klipan di dalam Avanza ku. Ikea memang packing sofa ni bagi senang nak bawak

So far, rekod barang gua pernah bawak dengan Avanza ni, peti ais satu pintu. Gua rasa, sofa ni kira pecah rekod terbaru la nampaknya. Tak rugi gua beli kereta ni yang dah berusia 5 tahun lebih.