Sunday, March 28, 2010

Kambing Golek


Semalam Abang Zul, jiran depan rumah buat kenduri cukur jambul cucu dia yang pertama. Meriah jugak kenduri dia kali ni. Pada aku kenduri paling happening setakat ni kat Subang Galaxy. Aku dari pagi sarapan kat rumah Abang Zul, melayan dia ber'surah Banjar'. Sampai dengan jiran-jiran lain pun dia belasah cakap Banjar. Abang Zul ni aku dah anggap macam saudara aku sendiri la jugak. Kalau dalam Bahasa Banjar kita panggil "kulaan".

Seekor kambing ditumbangkan untuk menunaikan ibadah Aqiqah sempena menerima cucu sulung Abang Zul ni. Belum pernah aku tengok kenduri cukur jambul orang buat "kambing Golek" secara self service macam ni.