Friday, February 5, 2010

Jalan Dago lagi...


Kitaorang tak jadi nak pegi Rumah Tas sebab jauh sangat. Disebabkan hari ni mood shopping aku agak OK sikit, Ummi ajak aku gi Jalan Dago balik. Sebenarnya dia nak gi The Secret. Tapi dia lupa yang The Secret bukan kat Jalan Dago, tapi Jalan Riau. Aku pulak kena carik kemeja yang Shukri pesan hari tu. Aku tak jumpa kemeja Ralph Lauren. Aku SMS kat dia kalau nak Paul Smith ke, Burberry ke, Esprit ke, aku jumpa la. Dia suruh aku carik kat boutique Ralph Lauren. Isk.. Kalau ada pun kat boutique, sure mahal macam kat Malaysia jugak.

Aku dah malas nak cerita pasal teksi. Kesimpulannya, average tambang teksi kalau ikut meter dari satu tempat ke satu tempat, antara RPH10,000 dan max pun RPH20,000. Aku rasa cara ni lagi murah dari chartered supir ngan kereta dia for the whole day. Sebab diaorang nak RPH400,000 untuk 12 jam. Tu dah siap minyak sekali ngan parking. Lagipun aku tak rasa korang dapat habiskan sampai 10 lokasi untuk tempoh 12 jam kat Bandung ni. Setiap tempat at lease korang habiskan masa dalam 2 jam. Kalau 12 jam, paling kuat pun 6 tempat korang pegi. Itupun kaki dah macam tak jejak bumi dah rasanya. 6 x RPH20,000 baru RPH120,000. Lagi jimat naik teksi kot.



Kat Jalan Dago, singgah kat Donatelo. Ummi beli kasut untuk Adik. Local made, tapi cantik and very good quality. Donatelo ni kira macam butik untuk macam-macam jenis kasut. Aku menyesal tak beli kasut kerja kat sana.

Lepas tu kami masuk dari satu outlet ke satu outlet. Aku beli Jeans lagi kat Seximo. Kali ni memang original Burberry. Aku boleh muat saiz 38". Ingat nak sambar Tommy, tapi cutting dia ketat kat peha. Harganya... Ratusan ribu la jugak.



Aku masuk Glamour Factory Outlet, sebab tengok ada sale. Ada T-Shirt Reebok yang aku berkenan. RPH40,000 jek. Masa nak bayar tu, baru aku perasan. Pouch bag aku tertinggal kat fitting room kedai Seximo, masa aku try jeans Burberry tadi. Gila... Ada berjuta duit dalam pouch bag tu. Tu yang aku menyampah guna pouch bag ni. Kalau nak masuk toilet ke, fitting room ke, mesti nak bukak pastu gantung camtu je. Aku terus pegi balik kat kedai Seximo tadi. Nasib baik pouch bag aku baik je tergantung dalam fitting room tu. Mungkin takda orang masuk lagi kot fitting room tu. Kalau tak jangan harap la nak dapat balik. Aku check duit, semua ada lagi. Keluar je kedai tu ada orang mintak sedekah. Aku tak banyak cakap terus je hulur duit. Tanda syukur aku sebab duit aku tak hilang tadi. Gi balik Glamour factory outlet tu, terus bayar duit T-Shirt aku beli tadi. Ummi marah giler kat aku. Dah.. Lepas ni aku taknak pakai pouch bag lagi.



Ummi nak gi carik handbag. Ikut makluman orang kat situ, kat hujung Jalan Dago tu ada kedai kasut yang jual handbag jugak. Solution nama kedai tu. Dekat 1 kilo jugak la kalo nak berjalan. Banyak lemak aku pecah sepanjang aku turun Bandung ni. Jalan punya jalan, akhirnya sampai la kat kedai tu. Singgah kejap kat kedai air. Belasah air Aqua (air mineral) sebotol sorang. Ummi gi belek handbag kat sana. Aku dapat rasakan takda yang dia berkenan la kot. Buat letih berjalan jek. Tapi demi tak menghampakan aku, dia beli jugak sepasang kasut kerja.

Nak kena menapak balik dalam 1KM sebab aku nak gi Butik Grande. Nak carik baju Shukri. Dia suruh beli baju Paul Smith. Tapi aku kena test pakai semua baju tu sebab badan dia saiz aku jek. On the way nak ke Grande tu ada satu bangunan berkubah tu nampak cantik. So Ummi pun tangkap gambor aku berlatar belakangkan bangunan tu.

Aku ingat nak makan malam dulu la. Kali ni nak try makan simple-simple jek. Makan bakso je kot. Tapi peristiwa makan kali ni memberikan aku pengajaran yang amat bermakna. Jangan makan sembarangan kat Bandung ni. Salah makan, sengsara perut kita. Aku order Mee sup pedas. Takda la pedas sangat. Tapi mee ni la penyebab aku start berak gore malam tu, sampai berhari-hari. Entah apa dia mandrem dalam mee tu sampai teruk aku cirit-birit.

Aku test satu kasut PUMA kaler purple. Memang sedap dipakai. Ringan jek. Material dia macam Crocs jugak.Ummi suruh aku beli. Tapi kaler purple tu. Bila dah balik Malaysia ni, rasa nyesal jugak tak beli kasut tu.

Aku bagitau Shukri ada kemeja Tommy Hilfinger cantik kat Grande Factory Outlet. Dia suruh aku beli 5 helai. Mana cukup duit. At last aku beli dua je dulu. Esok ada budget aku beli lagi sehelai. Aku beli Tommy sehelai, Lacoste sehelai. Ummi belikan aku Baju Tommy Hilfinger kotak-kotak. Hadiah harijadi kata dia. Thank you so much darling.

Macam Kat Universal Studio


Aku teringin sangat nak gi Cihampelas ni bukannya apa. Aku nak tangkap gambo ngan Superman, Spiderman, He-Man, She-ra (ada ke?), Ultaman, Arnold SusahNakEja, Dragonball, etc. Patung-patung ni memang satu attraction yang dibuat oleh tokey-tokey kedai kat area situ.

Sampai je sana, aku terus masuk kedai Spiderman. Ada patung spiderman besar atas bumbung kedai dia. Aku berkenan dengan Backpack laptop jenama Palazzo ni. Tak pernah dengar nama brand ni. Tapi material dan harga agak menarik. Kalau convert duit Malaysia, dalam RM50 je kot. Kalau kat Malaysia kualiti macam beg ni, kurang-kurang RM130 kot. Jeans pun banyak kat sini. Tapi diragui jugak keaslian jenamanya. Kalau murah, kain pun cantik, belasah je la satu.



Aku tak beli lagi beg tadi. Ingat nak survey 2-3 kedai lagi. Masuk kedai Superman pulak. Harga beg dia lebih kurang sama je macam kedai tadi. Tapi design macam aku berkenan tadi takda. Aku beli T-Shirt gambo Patrick, (makhluk Tapak Sulaiman dari Bikini Bottom) untuk Najmi. Sure dia suka. Aku punya porch bag (Beg pinggang) dah koyak. Banyak sangat bawak duit. Berjuta-juta Rupiah katakana. Tapi sayang gak beg tu. Ummi bagi masa dia dapat hadiah dari Standard Chartered. United Color Of Benetton tu. Ummi suruh beli yang lain. Aku malas la. Bukan apa. Aku lebih selesa letak duit dalam wallet. Lebih organize.

Aku pegi balik kedai Spiderman tadi. Aku sambar je terus Beg Palazzo tadi. Aku sound Ummi awal-awal, jangan sumbat barang sangat dalam beg tu. Takut tak sempat nak menunjuk kat budak opis nanti. Ada satu kedai jeans tu bagi diskaun 50%. Aku pun belek la satu jeans Burberry tu. Walaupun aku tau memang tak ori punya. Tapi kain dia cantik. Ada 50% diskaun pulak tu. Convert duit Malaysia dalam RM30 jek. Belasah je lah. Kat luar kedai tu ada tempat alter seluar. Potong bawah, kaki kasik kecik sikit, kena RPH10,000. OK la tu. Kalau kat Malaysia kurang-kurang RM10 kena.

Aku dah rasa lapar. Ye lah, makan roti sapu jem strawberi je pagi tadi. Ada satu kedai Nasik Timbel kat seberang jalan. Kat Cihampelas ni, kedai dia dekat sangat dengan jalan besar. Jalan pulak punya la sibuk. Payah nak nyeberang jalan. Ada Patung He-Man ngan Wolverine kat kedai seberang jalan tu. Kena ambik gambo ni. Hmm..Patung Dragonball ngan Captain America pun ada.

Kedai nasik timbel kali ni tak la best macam kat Jalan Dago semalam. Aku order Nasik Timbel Bakar lauk Ayam + Tempe + Tauhu Goreng + Pegedil. Aku tak minum air maness. Order air teh tawar je la. Lagipun tu lah air paling murah dalam menu tu.

Ummi nak carik handbag. Aku cadangkan gi Rumah Tas. Tapi tak sure kat mana tempatnya. Aku memerlukan tempat ada wi-fi free. Boleh tanya Lebai Google kat mana Rumah Tas. Disebabkan nak guna wi-fi, Ummi masuk J-Co order Donut ngan coffee. Rumah Tas terletak kat Jalan Limbang. Jauh jugak tu. So lepas ni, gi Jalan Dago balik la. Kat sana pun ada 2-3 kedai handbag & kasut.

Bandung Trip – Day 2, Pasar Baru


Aku ngan Ummi bangun awal hari ni. Ingat nak gi jalan banyak tempat hari ni. Pukul 6:30 pagi dah tercegat kat café hotel, nak breakfast. Kitaorang paling awal pagi tu. Tapi diaorang baru nak prepare breakfast. Cuma ada roti putih je untuk disapu ngan jem strawberi. Aku belasah je la apa yang ada. Nampak macam tengah nak prepare makanan berat. Mungkin mee goreng atau nasik kot. Tunggu-punya tunggu sampai dekat pukul 7:30 pagi tak hiding-hidang lagi makanan beratnya. Aku ingat sambung makan kat luar je lah.

Kali ni aku ngan Ummi menapak gi tepi jalan besar untuk tunggu teksi. Takda la jauh sangat. Pagi ni kami nak pegi Pasar Baru. Tempat ni orang cakap macam kat Tanah Abang la kalau kat Jakarta. Banyak jual kain baju, telekung, batik, kain pelekat etc. Kami sampai awal pagi tu kat Pasar Baru. Lebih kurang pukul 8 pagi. Kedai pun baru bukak. Kat Pasar Baru barang-barang dia kita boleh bargain, tak macam kat Factory Outlet. Elok datang pagi-pagi macam ni sebab boleh dapat harga ‘pecah telur’ kata orang sana. Pagi tu teksi kena lebih kurang RPH18,000. Ummi buat-buat macam dah biasa gi tempat tu supaya driver teksi takda nak cilok-cilok ikut jalan jauh.

Aku target nak beli kat mak aku tudung dalam 2 helai, T-Shirt Bandung, baju sulam abah untuk bawak gi masjid. Ummi pulak nak beli telekung dalam 3-4 pasang sebab ada orang order. Ummi memang terrer bab-bab bargain harga ni. Agak dia tak puas hati ngan harga dia nak, dia blah gi kedai lain je terus. Telekung kat sini memang murah. Kalau yang harga RPH150,000 tu, memang dah yang macam Mak Datin selalu pakai gi Masjid. Kalau kat Malaysia mau lebih kurang RM200 kot harganya.

Ummi jumpa satu toko ubat / jamu gerek punya. Tokey dia dah nak masuk 50 tahun tapi dok pakai skirt dengan kasut boot Tina Turner lagi. Rupanya ramai orang Malaysia datang kat toko Tanter Lisa ni, termasuk la 2-3 orang artis jugak. Tanter Lisa tunjuk kat Ummi gambar artis tu dari handphone dia siap ngan SMS artis tu lagi. Kagum gak Ummi. Tanter Lisa bagi makan kerepek ubi, aku tak tolak. Dekat separuh bekas aku makan. At last Ummi borong macam-macam ubat / jamu dari kedai dia ni. Biar la dia. Kalau menjadik pun, yang lawanya bini aku jugak.




Aku beli tudung untuk Mak, sehelai T-Shirt Bandung, Baju sulam untuk Abah, pastu key chain untuk budak-budak opis. Lebih kurang pukul 10:30 pagi kitaorang gerak ambik teksi gi Cihampelas pulak. Sementara tunggu teksi, sempat beli mainan Helikopter untuk Najmi. Ummi tawar, sure dapat murah punya lah.