Thursday, February 7, 2013

Sayang

Gua memang dah lama tak bermain dengan video editing ni..Walaupun dulu Gua ambik major in Multimedia masa buat Degree dalam Computer Science, tapi zaman tu nak buat video editing punya la payah. Dari video tape, bawak masuk studio untuk buat raw editing.. Bila nak buat digital video pulak, tape tu kene bawak kat lab multimedia untuk buat digitizing..Pastu baru la boleh buat editing guna komputer. Zaman sekarang ni, semua dah digital.. Software untuk video editing pun dah berlambak dan kebanyakannya free pulak tu.. Cuma rajin tak rajin je la. Video ni dah lama gua buat. Cuma Gua segan nak publish kat sini. Tapi pada Gua, kepuasannya adalah amat berbeza berbanding dengan kalau Gua beli hadiah dan bagi kat orang tercinta masa anniversary.. Kalau tak percaya, cuba la buat..

Berkabung

Ini adalah entri pertama Gua untuk tahun 2013. Kalau kebanyakan Blog, entri tahun baru akan dimulakan seawal Januari 2013, Gua dah nak dekat pertengahan Februari, baru sempat untuk mengemaskini blog Gua.

Gambar kenangan Gua bersama Arwah Abah
Januari 2013, umpama bulan berkabung bagi Gua kerana pada 6 Januari 2013, Gua baru kehilangan Ayah Mertua tercinta, Haji Amat bin Daramuji. Allahyarham meninggal di Hospital Kuala Terengganu pada jam 10 malam, 6 Januari 2013, setelah 4 hari terlantar di Hospital, tidak sedarkan diri. Puncanya, Arwah Abah terjatuh di dalam bilik air, kemungkinan akibat stroke. Arwah Abah yang baru berusia 59 tahun, meninggal dunia di tatkala semua keluarga terdekat masih memerlukan beliau di sisi. Arwah Abah memang rapat dengan Gua, malah Gua boleh katakan yang Gua lebih rapat dengan Arwah Abah berbanding ayah kandung Gua sendiri. Tetapi cinta Gua kepada Arwah Abah dan Abah kandung Gua memang tidak pernah berbelah bagi. Kepada sesiapa yang mengenali Arwah Abah, Haji Amat Bin Daramuji, Gua memohon, sedekahkanlah sekurang-kurangnya Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga roh Arwah Abah tenang di alam sana.

Tak banyak aktiviti pada hari-hari yang lepas Gua boleh nak update kat sini. Cuma, alhamdulillah, bantuan persekolahan RM100 untuk anak-anak sudah Gua terima bulan lepas. Untuk 2 orang anak Gua yang bersekolah, Najmi dan Najwa, Gua dapat la RM200. Sekurang-kurangnya dapat la jugak cover sikit duit awal persekolahan yang dah habis masa bulan 12 dan awal tahun hari tu. Bila dah anak bersekolah ni, baru la kita tahu susah payahnya mak bapak kita nak membesar dan menyekolahkan kita satu masa dahulu. Dari segi kewangan, mak ayah kita tak pernah merungut pun masa tu. Cuma kita je yang tak faham. Kita selalu merungut pada mak ayah kita bila apa yang kita minta dari diorang, tak dapat ditunaikan. Tapi kita tak sedar, yang mak ayah kita dah sediakan keperluan asas kita dengan sempurna, dan itu adalah amat memadai untuk disyukuri.
Jurassic & Ice Age Adventure @ i-City

Weekend lepas, Gua bawak la anak-anak dan isteri ke i-City. Ada dekat 2 tahun dah kot Gua tak gi sana. Banyak tempat-tempat menarik baru yang dah ada kat sana. Tapi since Gua pegi pun dah petang dan malas nak balik malam sebab esoknya budak-budak dah nak sekolah, Gua hanya sempat bawak budak-budak masuk "The Jurassic & Ice Age Adventure" yang baru sahaja dibuka di i-City. Dapat la budak-budak tengok dinasour buatan, walaupun Gua tengok tempat tu pun macam tak siap je lagi.




Macam Ultraman Tiga tak?
2 hari lagi, Gua akan bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.. Gua dah plan nak balik Gong Rosmah, Kuala Terengganu. Doakan perjalanan Gua pergi dan balik semula ke KL dengan selamat. Gua akan melawat kubur Arwah Abah yang amat Gua rindui.