Gua ingat lagi, semasa zaman duduk rumah sewa dulu, Rok aka Faozan pernah berkata:
"Jangan dimarah akan anai-anai itu.. Kerna anai-anai juga mempunyai hati yang kudus"
Sungguh mendalam kata-kata si Rok ni...Walaupun pada hakikatnya, geran moto Yamaha 100 Sport kepunyaan Rok telah hancur dimakan anai-anai yang menyerang bawah katil Rok... Album gambar Gua zaman belajar kat SMKJ, MRSM sampai la UTM pun habis hancur dimakan anai-anai...
Baru-baru ni, apabila stor rumah Gua di Subang Galaxy diserang anai-anai, tak semena-mena kata-kata Rok terngiang-ngiang semula di telinga Gua... Tapi ini sudah lebih.. Takkan dek kerana mengenangkan hati anai-anai yang kudus itu, Gua sanggup membiarkan rumah Gua runtuh disebabkan serangan anai-anai tersebut...
Dengan penuh tekad, Gua pergi ke kedai hardware terdekat, dan membeli racun anai-anai yang boleh diketegorikan tahap racun merbahaya juga. Gua suruh Bibik Gua clearkan stor rumah Gua dan bermulalah operasi meracun anai-anai di kawasan-kawasan yang dikenalpasti diserang koloni anai-anai tersebut...
Esoknya, banyak jugak Gua tengok anai-anai tergolek kat celah-celah bucu rumah Gua... Harap-harap tahan la setahun dua, sebelum Gua terpaksa melaksanakan lagi operasi seterusnya... Kepada jiran-jiran, jangan gelakkan Gua... Kalau rumah Gua ada anai-anai tu, maknanya rumah korang pun tak terkecuali la jugak...