KL ni, kalau time raya memang kengkadang terlajak-lajak sampai lebih sebulan. Weekend tadi berkesempatan pegi beraya di beberapa rumah dan surau yang menganjurkan majlis jamuan hari raya. Gua juga berpeluang beraya ke rumah Ipin kat Ampang, walaupun terpaksa meredah jem yang menggila bila time lepas raya ni terutamanya weekend. Dengar citer masa hari sabtu tu ada yang sangkut sampai 3 jam time nak keluar dari KL.
Tapi bagi gua yang paling happening masa gua layan jamuan hari raya kat surau sebelah taman gua. Start pukul 7 malam gua yang jarang sangat gi sembahyang jemaah kat surau, tapi makan punya pasal, malam tu Maghrib Isyak gua jemaah kat surau. Setakat ni takda satu open house pun yang gua pegi buat BBQ segar. Tapi surau taman kariah gua buat BBQ hari tu. Ayam, udang, sotong, ikan, kentang, jagung...semuanya dibakar segar....