Thursday, September 16, 2010

Masuk Darjah 1


Gua rasa, setakat ni Jabatan Pendidikan Selangor antara yang paling advance la, sebab dah ada sistem daftar budak nak masuk darjah 1 secara atas talian (online). Lu buat la, macam mana pun, at last nanti sampai kat sekolah, kerani dia akan suruh register online jugak. Nak suruh diaorang buat, kena bayar...

Alkisahnya, si Najmi ni dah lambat daftar. Dia sepatutnya daftar darjah 1sebelum April 2010 lepas. Tapi Gua yang tak berapa reti ni, baru je daftar dia bulan July lepas.. Mula-mula nak la register kat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.. Alih-alih surat sampai, dapat la sekolah kat Kg. Melayu Subang... Gua dah tengok sekolah tu.Memang OK, cuma payah sikit nak hantar sebab tak sama laluan gua gi kerja. So tadi gua buat la rayuan mintak masuk sekolah baru kat Subang Perdana, Seksyen U3. Itu pun kena buat online jugak. Keputusannya, bulan 10 nanti baru dapat. Mintak-mintak OK je lah.

Kipas Syorga


Masa gua belajar kat UTM dulu, ada member gua ni namanya Besor. Dia telah menggelar kipas yang mengeluarkan wap air selalu kita nampak kat kedai mamak tu sebagai Kipas Syur**. Betul-betul merepek siak Mamat ni. Tapi bila ingatkan balik aku memang akan tersenyum...


Kalau ilmu lu tinggi, lu boleh nampak wap air keluar dari gambar kipas ni

Baru-baru ni aircond Panasonic 1HP kat bilik aku buat perangai. Tak sejuk langsung. Memandangkan masa tu aku tengah outstation, Ummi telah membuat satu langkah drastik dengan membeli sebuah kipas berdiri yang boleh mengeluarkan wap air. Mahal jugak harga kipas ni. Tambah separuh harga lagi boleh dapat dah kot aircon yang takda brand punya. Tapi memang best kipas ni...Sejuk je macam pakai aircon dengan kelajuan kipas 1 dan temperature 25 darjah celcius je la rasanya. Tetiap malam kena isi tong air dia, supaya wap air boleh keluar. Kalau sapa-sapa nak, boleh contact gua. Gua boleh tolong belikan..Gua mark up harga 30 ringgit je dah la...

Ni tangki air dia..Takleh letak ikan Nemo dalam ni.....