Wednesday, July 13, 2011

Projek Lampu LED Myvi


Business lampu LED ala Merc Benz Gua dah berkembang ke model kereta Perodua Myvi pulak. Lepas ni kalau ada owner Proton Persona ke, Gen2 ke nak redah suruh Gua install, Gua on jekk.. Janji kasik Gua trade kereta Avanza Gua ngan kereta korang time weekend. Kasik Gua test top speed dia boleh pegi berapa dulu. Kalau setakat Myvi standard yang Gua install ni, Gua dah test, 170KM/h boleh pegi lagi...

Gua MMS gambar ni kat owner kereta...Sampai ke malam tak jawab message Gua.

Apa-apa pun, prinsip seorang pomen..Bila baraikan apa-apa komponen kereta, bila pasang balik, mesti pastikan tiada skru / klip yang terlebih tak pasang lagi. Kalau ada, harus bukak dan baraikan balik...

Hari Sokan


Gua ingat lagi, masa Gua darjah 1, for the 1st time Gua meraikan Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Bagan Datoh. Masa tu Gua masuk acara pancing ikan, lari dalam guni, lari bawak pundi kacang dan juga lari ngan kasut tempurung. Gua tak ingat acara mana satu tah yang gua menang pingat gangsa dan juga pingat perak masa tu.

Hari ni sekali lagi Gua meraikan Hari Sukan Tahunan kat Sekolah Kebangsaan Jalan U3. Tapi kali ini sebagai bapa kepada anak Gua, Najmi. Terlebih dahulu, Gua nak maklumkan di sini, Gua belum register sebagai ahli PIBG sekolah tu. Gua tak tau la pulak kalau keahlian secara automatik ke, sebab Gua memang tak pernah attend sebarang majlis atau mesyuarat anjuran PIBG sekolah tu.

Najmi, sebagai seorang peserta dari Rumah Kuning (Najmi support BERSIH), masuk acara lari dalam guni, walaupun guni sekarang dah tak macam dulu-dulu. Ada kontrektor klas F mana tah dapat projek supply guni khas untuk acara lari dalam guni kat sekolah-sekolah sekarang. Kalau dulu Gua pakai guni angkut kelapa tu je. Tahniah buat Najmi, sebab dapat jadi Juara masa acara tadi. Gua sebagai bapa, memang support dari sebelah balapan terus... Dengan selamba Gua lepak kat khemah rumah kuning, jadi cheer support leader tadi. Dah 3-4 kali kena sound sebab tak duduk kat khemah ibu bapa. Gua bab-bab macam ni memang rebel sikit. Nak dijadikan cerita, hari ni Gua lambat masuk opis sebab attend sport day kat Sekolah Najmi. Tapi at lease Gua tunjukkan support Gua pada aktiviti kesukanan dia...