Sunday, May 9, 2010

Kad Untuk Kekasih

Adat manusia, menghantar kad kepada seseorang sebagai salah satu tanda menghargai / memperingati sesuatu peristiwa atau hari-hari penting dalam hidup seseorang itu. Budak-budak sekarang dah semakin advance. Najmi, lagi 2-3 hari sebelum Mother's Day, dia dah bagi hint kat aku untuk beli present sempena Mother's Day. Terus terang aku cakap, bila aku dah kawin ni baru aku kenal akan adanya hari ibu dan hari bapa. Sebelum ni, kadang-kadang Birthday mak abah aku pun aku tak pernah ingat...Bersempena dengan Hari Ibu ni, aku cuba memberikan didikan awal kepada anak-anak aku untuk memperingati Hari Ibu. Biarlah Ummi dia yang melahirkan diaorang akan sentiasa merasa dihargai oleh anak-anak sepanjang masa. Maka terhasil lah beberapa keping kad yang pada aku ada nilai seninya yang tersendiri...
Ni Adik Najwa punya...Aku suruh dia sambungkan dotted alphabets yang ada tulis Happy Mother's Day.. Tapi dia tak reti lagi...


Ni Najmi punya... Dia cuba melukis gambar kami sekeluarga.. Siap ada sticker bentuk Toyota Avanza lagi...



Ni aku terjumpa kad birthday yang aku bagi kat Ummi masa zaman bercinta dulu.. Masa tu aku taksub kepada dunia Crust Punk...Semua tulisan tu main potong tampal punya... Kat dalam kad ni dulu ada patches gambar hati yang aku print pakai rubber dye dan kain t-shirt hitam...

Selamat Hari Kekasihku........Ibu


Dibaca dengan nada emocore....

Buat Hajjah Jaharah Binti Mohamad.... Mak, Jai ucapkan Selamat Hari Ibu...Ku pohon ampun maaf jika aku banyak menyakiti hatimu selama ini. Semoga Mak Panjang umur dan murah rezeki...

Ibu mertua tercinta, Hajjah Siti Norazizan Binti Shd Abdullah.... Mak, terima kasih sebab merestui perkahwinan saya dengan anak mak, Natrah...aya akan menjaga dan membimbingnya hingga akhir hayat... Selamat Hari Ibu...

Kekasihku Natrah Binti Amat...Selaku Ummi kepada Mohamed Farhan Najmi dan Siti Fareesya Najwa, Abah ucapkan, Happy Ummi's Day... Jadilah Ummi yang baik untuk anak-anak kita... Kami semua sayang Ummi...

Makanan Siam


Budak-budak skuad Jalan Hamzah, Kampung Baru... (Radin -Penghulu, Faozan - Bendahari, Zul Tegak - AJK Kerohanian, Besor - AJK Belia dan Sukan, Mat Kuding - Biro Tatanegara, Enchek - Biro Perundangan)... Bila kita nak makan kat kedai ni? Kawasan Sukhumvit Tomyam ni dulunya kawasan semak dengan rimbunan pokok buluh area depan rumah sewa kita kat Jalan Hamzah Kg. Baru. Sekarang port aku kalau nak makan tomyam, dan pada aku antara yang best kat KL ni. Vichuda pun kalah. Lu orang set date, kita kumpul tayang anak-anak dan bini....
Set RM59 utk 4 orang makan.. Banyak jugak lauk dia

Yang berapi tu namanya 'homok'.. Macam otak-otak
Pak mertua aku tgh layan pulut mangga....

Bela Ikan


Aku baru start bela ikan kat Blog aku. Sapa-sapa singgah kat blog aku, hulur-hulur la makanan kat ikan-ikan aku tu. Akuarium dia kat sebelah kanan blog ni.