Wednesday, July 28, 2010

Ahli Keluarga Baru


Ni la no plet ahli keluarga permotoran terbaru dalam family gua. Ramai orang cakap, hitam itu menawan...

WNB4268 Dah Keluar Bengkel Dan Mengganas Semula


Habis NCD insurance Kurnia gua yang dah 55%. Alhamdulillah, setting semua still OK. Hari sabtu hari tu Gua tukar tayar depan dia pakai Continental saiz 195/60/R15 pulak. Bridgestone Turanza hari tu mengecewakan gua. Tak sampai 6 bulan pakai dah koyak masa accident hari tu. Road tax ngan insurance dia mati 30/7 ni. Gua dah renew insurance. Bila nak idupkan road tax, sangkut pulak ada saman dekat RM900 kat Polis Traffic... Haram jadah betul. Kopak gua bulan ni.

Tapi hari Isnin lepas, jalan agak basah sebab lepas hujan. Masa gua nak ambik U turn kat depan opis, drop gear 3 (tekan overdrive off), pastu drop pulak D2 dan gua tekan minyak.... Gua berjaya membuat aksi slalom yang geli-geli je dengan Avanza gua ni.

Tuesday, July 27, 2010

Rokok Elektronik


Aku diperkenalkan dengan bende alah ni oleh Abang Long aku yang duduk kat Seremban. Sebelum tu aku ada la nampak bende alah ni dijual kat Giant Kota Damansara. Takda la pulak rasa keinginan nak mengetahui dengan lebih lanjut. Abang Long aku sekarang dah tak beli rokok biasa lagi sejak dia guna rokok elektronik berjenama Smoker Haven ni. Produk USA ni kira yang paling branded di kalangan e-Cigar yang ada di pasaran sekarang. Harga starter pack dia pun boleh tahan mahalnya. RM290 satu set. Cuma lepas tu, nak kena maintain tukar dia punya cartridge (Filter dia) yang mengandungi bermacam-macam perasa (Dunhill, Marlboro, Strawberry, Coffee, kretek, shisha..etc). Satu cartridge harganya RM3 yang boleh tahan sampai 120 - 150 sedutan. Standard macam 14 batang rokok lah (kata advertisement tu). Yang baiknya rokok elektronik ni tak membahayakan kesihatan. So straight Edge pun boleh isap kot... Dia tak mengandungi tar, carbon monoksida, dan lebih 4000 kandungan merbahaya dalam setiap batang rokok. Asap dia tu pun bukannya asap betul. Cuma wap air yang akan meruap di udara. Rasa sebijik macam rokok betul, cuma takda bara api betul dan abu rokok. Aku rasa ini cara baling selamat dan best untuk perokok-perokok tegar kalau still nak teruskan merokok ataupun berhenti merokok. Abang Long aku cakap, lepas dah isap rokok elektronik ni, nak isap rokok biasa pun rasa dah tak sedap.

Aku try check kat lelong.com. Ada berlambak lagi brand electronic cigar yang murah-murah. Between RM90 - RM180.

Sunday, July 25, 2010

Kitar Semula

Ni kira ayat power minggu ni...



Budak-budak ni belasah baldi la, tong sampah la, kuali lah..asal jadik bunyik... Gua rasa budak-budak Marching Band SDJ kat JB pun takleh lawan....

Saturday, July 24, 2010

Iron Man 2


Gua tak tengok lagi cerita ni... Tapi gua dah jumpa Iron Man versi kecik yang tak boleh terbang pun....

Seni Kertas


Paper art craft yang diadakan minggu lepas dekat 1 Utama (New Wing) menarik perhatian gua untuk menangkap sekeping dua gambar. Banyak seni origami (lipat-lipat kertas) yang dipamerkan. Tapi memang lawa diaorang buat.

Tuesday, July 20, 2010

Nasik Goreng USA Yang Mat Salleh Punya


Setakat 32 Tahun gua hidup, ni Nasik Goreng USA yang paling Barat (Western) giler yang aku pernah makan. Memang kenyang giler lepas makan. Siap bagi appetizer lagi... Harga baru RM6. Kalo nak try, carik kat medan selera depan Giant Ampangan, Seremban. Kedai mana satu, aku tak ingat pulak nama dia.

Sunday, July 18, 2010

Kalaulah Argentina Menang Hari tu....


Kalaulah Argentina menang world cup hari tu, begini lah akan gua raikannya...Tapi bak kata orang, barang yang lepas, jangan dikenang...

Friday, July 16, 2010

Seni Dinding-Dinding Tembok


Scene Graffiti kat Malaysia ni nampaknya dah start berkembang. Graff art ataupun lukisan di dinding-dinding tembok, memang nampak macam satu kesalahan vendalism (Art Crimes). Tapi pada gua, seni ni adalah merupakan satu daya tarikan yang sangat unik dan kreatif. Bayangkan, bukannya senang diaorang ni nak lukis lawo-lawo macam ni kat dinding-dinding tembok tepi sungai Gombak yang memangnya kotor tu. Nak tahan bau busuk sungai Gombak tu pun dah satu hal. Gambar ni Gua snap masa naik RapidKL LRT kat area Central Market hujung minggu lepas. To all the Graffiti Artist... Keep up your good work. Lu orang memang power...

Assam Pedas Piorrrr

Asam Pedas Claypot - Restoran Kota Laksamana 1 (try la carik kat Garmin)

Gua bukanlah true masakan asam pedas ni. Tapi gua start layan pun sejak gua makan kat food court tepi tasik Kelana Jaya. Gua suka Asam Pedas Daging. Gua bukan hardcore vegan yang tak makan daging ke apa. Cuma tengah kurangkan makan daging sebab gua ada potensi dapat darah tinggi.

Petang tadi on the way nak balik dari PTG Melaka, member ajak gi layan Asam Pedas kat Jalan Laksamana... Dekat-dekat dengan area Jonker Street, Melaka.

Sempat la gua snap 2-3 gambar untuk tatapan kawan-kawan semua. Tapi memang layan gak Asam Pedas dia ni.

Nasik dia dah siap dengan sayur dengan telur masin

Asam Pedas Daging

Asam Pedas Pari

P/S: Lama dah gua tak check blood pressure dengan kencing manes gua. Gua rasa sejak outstation ni, gua belasah makan macam-macam dah ni...

Monday, July 12, 2010

Kancil perang


Hari ni genap 2 minggu kancil perang ni menjadi kereta rasmi keluarga gua. Daripada aircond tak sejuk langsung, skrg dah jadi sejuk lepas gua tambah gas. Spark plug yang tak pernah bertukar sejak abah gua beli 3 tahun lepas, gua dah tukar masa servis minggu lepas. Memeranjatkan, spark plug asal kereta tu ada 3 brand yang berbeza. Satu NGK, satu brand Proton dan satu lagi brand Sparx. Macam mana la selama 3 tahun ni abah gua boleh bwk kereta ni. Tapi tanduk kat depan bumper tu yang mahal. Kereta besar pun takut kalau gua cucuk kat highway.

Argentina masih pasukan feveret aku


Walaupun kalah masa quarter final dan gagal lagi untuk mengulangi kejayaan tahun 1986, namun 4 tahun lagi masa wrld cup, aku tetap akan menyokong team ni. Aku abadikan gambar ni untuk penyokong-penyokong setia Argentina FC.

New Champ


Mata aku rabak lagi ni. Mana taknya. Lps 90 minit still 0-0 lagi. Ternyata kali ni ramalan aku tepat. Spain is the new world cup champ. Gol iniesta minit 116 meranapkan harapan Belanda menjulang world cup kali ni. Belanda main ganas giler. Sepak terajang semua ada. Akibatnya sorang kena buang padang. Apa-apa hal, tahniah buat spain dan penyokong fanatik, terutamanya Faiz.

Thursday, July 8, 2010

World Cup Final 2010 - Sepanyol vs Belanda

Apsal semua team aku sokong kalah?? Final nanti kena la sokong Spain sebab taknak Belanda menang.. Tapi aku takut kalau aku sokong Spain, kalah pulak Spain nanti...

Tuesday, July 6, 2010

Diego Forlan


Kasi gol banyak sikit malam ni ye....Biar Belanda tak dapat masuk final

Sunday, July 4, 2010

Beralih Arus

Aku tahu, kawan-kawan sure cakap aku hipokrit. Tapi masa world cup 2006, memang aku sokong Germany. Kira untuk Team Europe, Germany memang menjadi team favourite aku. Tak sangka pulak quarter final Argen kena lawan Germany. Walaupun malam tadi aku sokong Argen sebenarnya, tapi disebabkan Argen kalah, aku tumpang gembira untuk Germany sebab dapat meneruskan perlawanan. Aku akan simpan jersi Argentina buat sementara waktu. Tapi walau siapa pun yang masuk final nanti, aku tak kisah... Janji bukan Belanda yang menang World Cup tahun ni....