Thursday, December 30, 2010

Jersey Nike Malaysia Sold Out


Masuk je Team Malaysia ke Semi Final Piala Suzuki AFF, semua sibuk carik jersey Nike Malaysia..Tengok la kat Al-Ihsan.. Mak aii..RM200 lebih..Sama je harga jersey-jersey International Club yang ada jual jugak kat situ...Tapi dengar citer jersey Malaysia memang laku.. Termasuk la yang jual kat Pasar Malam, etc..Anyway, tahniah buat skuad muda Malaysia kerana berjaya mengalahkan Indon yang sememangnya salah satu pasukan Gergasi Bolasepak Asia Tenggara. Walaupun kalah 2-1 di Indon malam tadi, tapi berbekalkan kemenangan kat Bukit Jalil hari Ahad lepas (3-0), kita menang dengan aggregate 4-2.. Tahniah Pasukan Harimau Malaya

Saturday, December 25, 2010

Layan Corner


Sejak pasang bende alah yang dipanggil Strut Bar ni, best betul layan corner... Walaupun bukannya Ultra Racing, tapi memadai la..design sama je..Fungsi pun sama je..

Tuesday, December 21, 2010

Ulangtahun Perkahwinan


Banyak betul sambutan hari-hari penting bulan ni... Awal muharram, Krismas, etc... Semalam birthday Adik... Hari ni pulak wedding anniversary Gua ngan Ummi ... Gua sayangkan Masjid yang Gua bina bersama Ummi ni... Demi mempertahankan masjid yang dibina ini, insyaAllah Gua janji akan buat banyak lagi bende yang akan mengembirakan hati Ummi dan anak-anak..Akan Gua pertahankan Masjid yang Gua bina ni, seperti mana mempertahankan Masjid Al-Aqsa kat Palestin sana...Alhamdulillah..Doakan semoga Gua ngan Ummi serta anak-anak kekal bahagia selamanya... Sayangnya Gua kat family Gua, melebihi segalanya.. I love you Natrah, Najmi & Najwa...Love you so much...

Tahun ni, sebab tak sempat nak buat preparation apa-apa, kadpun tak sempat nak beli..Cuma Gua je la yang dah beli Rear Mirror jenama DAD (yang ada bling-bling berlian) kat Ummi minggu lepas..So petang tadi, Gua balik keje kira awal la jugak.. Pukul 6:00 ptg Ummi dah tunggu kat opis Gua.. Kitaorang gi makan kat Muara Ikan Bakar, Port Klang... First time gua jejak kaki kat sana.. Itu pun Garmin yang tolong guide. Order lebih kurang untuk 2 orang makan...ada Ikan siakap steam, Udang masak pedas, Sotong goreng tepung, sayur kangkung belacan...sampai-sampai je..nah kau...macam 4-5 orang makan...

Mula-mula Sotong Goreng Tepung dengan kangkong goreng belacan sampai

Udang masak pedas yang dekat 4-5 orang makan punya

Siakap steam dia tak lawan macam kat Pak Mud Tomyam kat Seri D'sara

Tapi Gua dah layan makan seafood kat Umbai dan Alai (Melaka)...Kuala Perlis...Gua rasa kat Muara Ikan Bakar ni, consider paling mahal la..Ikan pun tak fresh mana..Cuma masakan memang sedap...Next time boleh pegi lagi kot...

Habis licin semua

Macam kene tembak... Nampak sangat gelojohnya

Monday, December 20, 2010

Tugu Negara aka Pakcik Tan


Gua tau ramai daripada Lu orang yang dah 10 - 15 tahun duduk kat KL ni pun, tak pernah jejak kaki kat Tugu Negara ni. Patung besar yang diperbuat daripada Gangsa ni ni terletak tak jauh daripada bangunan Parlimen. Gua cakap kat Adik, ni la dia Pakcik Tan waktu siang...Bila malam dia akan bangun carik budak yang lambat tido...



Selamat Hari Jadi Siti Fareesya Najwa


Hari Adik lahir ni adalah hari yang sama mak Gua gi Mekah tahun 2006 dulu. Gua ingat lagi, lepas je Ummi selamat deliver dia ni dulu, Gua pun tengah kelam kabut nak uruskan untuk hantar Mak Gua gi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Mak Gua pun tengok Baby ni through digital camera je.




Selamat Hari Jadi ke 4 tahun Sayang Abah... Semoga jadi budak baik yang jauh lebih baik dari Abah kau ni...


Friday, December 17, 2010

subanggalaxy.rocks.it


Kata rockers... URL pun kena rock la jugak... Address baru blog gua yang juga boleh diakses melalui http://subanggalaxy.rocks.it

Sekolah Kat Atas Kapal


Ni nama sekolah Adik next year. Branch baru kat Nusa Subang. Nak register masuk je, habis RM1K budget hujung tahun.Nasib baik bulan-bulan ada diskaun sebab branch baru...

Notis Block Kereta Orang


Ummi masa kat tempat kerja dia memang suka parking ikut sedap dia je... Kalau dah takda parking sangat, main block je kereta orang. Akibatnya, dah berbalar-balar dah kereta dia sebab kene calar ngan manusia yang tak reti nak sabar. So diharapkan notis ni dapat membantu diaorang ni reti-reti sikit nak call dulu owner kereta sebelum melepaskan kemarahan...

D.A.D. Untuk Isteriku


D.A.D. ni bukannya Abah ke, Bapak ke, Ayah ke apa.... Ni brand accessories kereta yang ala-ala VIP styler kononnya camtu... Dalam tengah-tengah bulan ni, budget pun tak berapa ada nak beli emas, berlian, intan, permata, sempena Wedding Anniversary kita minggu depan... So terimalah cermin pandang belakang jenama D.A.D. ni untuk kereta Vios mu...Ada berlian jugak...

Thursday, December 16, 2010

Subwoofer DIY Kedai Bengkel Kereta


First time Gua tengok. Gua jumpa kat workshop area USJ tadi masa nak pasang spring Bilstein E36 kat Avanza Gua. Apek ni memang creative.. Gua tak tau la macam mana bunyik dia sebab dia tak pasang.

Untuk Dijual.. BMW 318 Spring Belakang


Gua rasa bukan setakat budak Avanza je carik spring ni... Budak Grand Livina pun sibuk carik spring E36 ni. Kedai potong pun dah start jual mahal sekarang. Kalau 4 tahun lepas, boleh dapat lagi dalam RM120. Sekarang sampai RM200 pun ada. Sapa-sapa nak, offer kat Gua sekarang sebelum barang terjual. Gua bagi sekali dengan Spring buffer sekali. Kat Brothers, spring buffer je dia jual RM80. Kali ni Gua bagi free je. Kalau Avanza pakai spring ni, lowered 2 jari setengah je dari fender.

BMW E36 Bilstein Coil Spring


Barang baekk. Gua dapat free masa angkat bodykit avanza kat member minggu lepas. Ni spring pakai kat M3 ni...

Wednesday, December 15, 2010

Sungai Penchala International Motorshow

Lu ada ke gambar posing ngan Satria Neo Lotus Racing ni

Gua malas nak bersesak-sesak gi PWTC tengok KLIMS yang berlangsung minggu lepas. Najmi merengek-rengek nak tengok kete kat KLIMS. Ada Bumblebee and Bat Mobile kata dia. Ceh..Tiket dah la mahal...Dengar citer feedback orang yang pegi tahun ni, tak banyak kete yang best-best pun.

1 Muharam lepas, gua bawak jugak la Najmi gi seberapa buah showroom kereta kat area Sungai Penchala dan Mutiara Damansara (Mukim Sungai Penchala jugak dulu ni). Mula-mula gi Proton Showroom kat Mutiara Damansara (Sebelah Tesco). Besar gak showroom ni. Niat di hati nak test drive Proton Inspira. Tapi salesperson hari tu pulak kata takda kunci hari tu. Tak tau la dia kelentong gua ke apa.

Posing kat Mini Cooper ni nampak macam kereta sendiri

Pastu singgah la kat salah satu Mofaz punya Showroom. Bukannya apa.. Nak bergambar dengan kete mahal jek. Cuma masa kat showroom VW, ada satu showroom continental car yang harga juta-jutaan. Gua tak berani nak ambik gambar, pasal salesman tengok semacam jek. Ada Lambo yang harga RM1.2 juta, Bugatti yang harga RM1.6juta..Jakun jugak gua.

Subaru Imprezza Hatchback


Subaru Forrester

Monday, December 6, 2010

Lebai Google Dah Pening


Ini cerita betul... Real punya.. Tarak tipu... Terima kasih kepada Abang Isham Rais dari Tukartiub sebab bagitau cerita lawak IT ni.

Kalau nasib baik, Lebai Google tak buang lagi, korang cuba la bukak google dan taip BERUK...Tgk apa hasil carian yang keluar kat atas sekali.....

Projek Kereta Bulan 12


Bulan ni memang ada rezeki murah sikit, pastu ada pulak member nak tolak bodykit Avanza dia kat Gua. Dah 5 tahun lebih beli kereta mengidam nak pakai bodykit, tapi belum ada modal..Alang-alang ada orang nak tolak murah-murah camni, ambik je la. Yang bestnya, takyah nak hantar spray sebab bodykit memang dah sama kaler dengan avanza Gua.


Gua punya Zaptor voltage stabilizer pun sebijik dah kong. Try carik kat lelong, ada la mamat ni tolak Pivot Raizin murah kaler merah siap dengan voltage meter. So gua pun sambar la. Boleh jugak gua check condition bateri kereta gua.

Friday, December 3, 2010

Diskaun Saman


Gila banyak saman Gua. Dah la website MyEG slow gila babi... Time tgh ada diskaun ni, Gua ingat nak bayar la sikit sebab bulan 2 nanti nak kena idupkan road tax lagi. Dah 3 hari gua try nak check saman Gua kat MyEG, baru hari ni lepas. Bila time nak bayar, tekan button nak bayar tu..keras jek...MyEG..Kalau tak terrer pakai Java, takyah la pakai..Pakai PHP dah la... Dah la keluar error Apache Tomcat..Kantoi..pakai app server Tomcat...


Gua try masuk Rilek.com.my pulak... Huh..sama jek. Semua sibuk nak bayar saman...Dapat Bonus 7 bulan la polis bulan depan...

Thursday, December 2, 2010

Mencari Cicak Besar



Adik Gua sibuk carik cicak ni, Pak Mertua Gua pun sibuk carik orang yang ada cicak ni...Paling terkini, Abang long Gua pun dah join Pak Mertua Gua... Baru seminggu kot dia join...


Apa kelebihan cicak yang dipanggil Tokek ni sampai orang nak jual mahal-mahal? Mat Salleh panggil Gecko...Dengar citer ade saintis mana tah cakap ada bahagian organ pada cicak ni yang kalau diproses boleh mengubatkan HIV. Patut la mahal harganya. Kat Kelantan ada yang bergaduh sampai bunuh-bunuh sebab tamakkan duit hasil jualan cicak ni. Phehhh... Dah macam cerita koboi yang berebutkan hasil rompakan la pulak...