Tuesday, May 31, 2011

Tuko Kaler Clear Pulak


Nama pun taukeh lampu kereta. Bila barang tak boleh jual, maknanya taukeh la yang kena pakai. Niat asalnya nak cuba-cuba je. Bila pasang, terus lekat.

Sunday, May 29, 2011

Coupon Polish Kereta Yang Cuma RM55


Gua dah beli. So Gua nak kongsi la jugak kat lu orang. Deal ni sampai 31/5/2011 je. Tapi coupon boleh redeem sebelum 2/9/2011. Sapa yang dah lama tak pernah polish kereta langsung tu boleh la beli. Lagipun mana nak dapat diskaun banyak mcm ni.
Ni link dia:

http://www.groupsmore.com/cities/kuala-lumpur/deals/car-city-care-centre?fb_ref=167285

Scirocco tu...

Nak beli kat kawan-kawan yang nak kawin tu pun OK..Buat hadiah kawen cakap kat dia...

Lepas polish, berkilat mcm ni

Friday, May 20, 2011

Stop Lynas


Malaysia is not a RADIOACTIVE's Waste Dump Site

Ole sayang Part II


Repeat makan kat Ole Sayang minggu lepas. Kali ni Gua sempat mengambil gambar Otak-Otak yang memang best kat sini. Kalah otak-otak Gelang Patah.

Linghams


Sos cili ni takda kena mengena dengan band Noise Grind Sadistic Lingam Cult. Tapi sos cili ni memang legend. Makan chicken chop ada french fries cicah dengan sos cili Linghams memang hardcore..

Mata Sepet



Soalan interview JPJ untuk Timmy... Pasang eyelid kat lampu depan macam ni kena saman tak? Hehehe

Untuk dijual..Wireless - N router


Gua punya Maxis Huawei modem jahanam minggu lepas. So semalam gi la carik broadband modem baru. Pegi kat kedai PC, paling murah pun jenama D-Link. Balik rumah, cucuk kat wireless router Gua...haram..tak support. So terpaksa la Gua tolak Aztech wireless-N router ni. Gua nak tolak murah je. RM100.. Walhal kat market harga dia ada yang cecah RM200 lebih. Gua baru je pakai sebulan. Special nya router ni, Lu hanya perlu cucuk lu punya broadband stick (Compatible dengan semua dari jenis Huawei), then satu rumah boleh guna internet through wireless. Ada 2 antena, so coverage pun agak kuat.

Set didatangkan bersama dengan power adapter, UTP cable, CD user manual, 2 batang antena serta modem berkelajuan tinggi. Cepat, barang baik ni. Kalau sapa-sapa pakai streamyx kat rumah pun boleh cucuk kat router ni. TM punya streamyx router pun jenis chekaii punya je..

Thursday, May 12, 2011

Makan Roti John bersama Ayam Golek


Punya la jauh Gua makan malam tadi. Setakat nak makan Roti John pun sampai nak kene pegi Tanjung Kling Melaka. Tapi yang special dia roti john kat sini, dimakan dengan ayam golek..pheh..memang pegiiii...Nama kedai, Restoran Barkat Roti John & Ayam Golek.



Emblem Scion


Kepada pengguna-pengguna kereta Toyota. Meh la tukar logo kereta anda kepada logo Scion.. Baru gerek. Sapa nak order, RM40 termasuk postage...Tulisan dia ada 2 jenis. Yang ni kaler merah..Lagi satu tulisan dia kaler hitam...

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Buruh


Selamat Hari Pekerja kepada semua Umat Manusia sedunia yang memburuh, membanting tulang demi mendapatkan punca pendapatan untuk menanggung kehidupan sendiri & keluarga. Untuk mereka yang tak bekerja, Mat-Mat Pet, Perompak, Pencurik dan yang meminta-minta, korang buat la hari lain untuk meraikan apa yang korang buat tu. 1st May dah lama kami booking.