Saturday, December 31, 2011

Makanan Terakhir Gua Tahun 2011


Lokasi:
         * Medan Ikan Bakar, Alai, Melaka

Masa menunggu untuk makanan disediakan:
         * 1 Jam, 15 minit

Jumlah Otak-Otak yang habis dimakan sementara menunggu makanan siap:
         * 20 batang otak-otak

Kesimpulannya:
* Kedai makan famous-famous malam new year macam ni memang mana-mana pun penuh. Apa yang ada jual, semua akan disebat sampai licin. Kalau dalam menu tu ada jual kepala gajah masak kicap sekali pun akan settel laku malam tu... Perut manusia ni memang power lagi tebal, sebab semua boleh masuk... Yang penting sumbat jek...

Nubaid Dan Seni Gambarnya

Seni pada gambar yang diambil pada kanak-kanak kecil memang mempunyai nilainya yang tersendiri. Setiap individu akan menilai seni ini dengan caranya yang tersendiri. Kanak-kanak ini tidak semestinya perlu disolekkan dengan make-up, dipakaikan dengan baju-baju yang lawa-lawa, dipaksa untuk posing macam-macam gaya... Yang penting, setiap kali selepas gambar diambil, kita akan bisa untuk terus membuat keputusan, sama ada nak keep gambar tu dalam camera kita ataupun mendelete gambar tersebut. Kalau kita keep gambar tu, beberapa perkara akan kadang-kadang bermain dalam fikiran kita, seperti:





'Nak upload kat Facebook ke gambar ni?'
'Gambar ni buat profile picture Facebook OK tak?'
'Ni kalau besarkan gambar ni masuk frame 8R OK jugak ni'

Yang pastinya, beberapa gambar Nubaid yang Gua post kat sini, memag pada hematnya Gua rasa patut diabadikan kat blog Gua.. Dah..Takyah Gua nak merepek-repek lagi.. Ni mungkin posting terakhir kat Blog Gua tahun 2011 ni... Kalau setakat nak penuhkan kuota blog posting Gua untuk bulan ni, Gua sumbat je la apa-apa yang patut....







Thursday, December 29, 2011

Makan Daging

Teringin nak makan special dengan pasangan, Gua bawak la Ummi gi makan kat Meatworks Citta Street Mall, shopping complex yang agak baru dibuka area Subang / Ara Damansara ni. Gua tak sure la restoran ni ada kena-mengena ke dengan NFC yang ada skandal pasal issue penternakan lembu tu ke, tapi yang Gua maklum memang Restoran ni, major share holder dia adalah seorang Datok. Salah satu menu dia pun ada perkataan Gemas yang sememangnya Gua dengar cerita tempat penternakan lembu yang disebut-sebut masa baca cerita pasal skandal lembu NFC tu.

Since Ummi pun kenyang lagi tengahari tu sebab baru je pekena Roti Telur sebelum tu, Gua decide order 1 makanan je. BBQ spare ribs. Power...
Mamat-mamat Grindcore memang suka makan daging...

Wednesday, December 21, 2011

Indahnya Erti Perkahwinan

Lu mesti pernah dengar orang-orang yang baru kawin pernah cakap:
"Kalau aku tau kawin ni best, dari dulu lagi aku dah kawin"

Tapi selepas 10 tahun dia berkahwin, masihkah dia mampu untuk berkata sedemikian?
Apa yang kita selalu dengar, kes-kes perceraian yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, sama ada melibatkan pasangan yang baru setahun jagung hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, mahupun pasangan yang dah berpuluh tahun berkahwin dan berderet anak yang telah lahir sepanjang hidup bersama.

Kita mungkin pernah terdengar pepatah mengatakan, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"..

Woii.. Apa la Lu pikir bukan-bukan ni..Memang la suami isteri suka gigit-gigit ni.. Tapi maksud pepatah tadi, betapa di dalam perhubungan suami isteri ini akan pastinya berlaku perselisihan faham.. Semuanya bergantung kepada pasangan tersebut menyelesaikan perselisihan faham tersebut..
"Wahai sang isteri..Janganlah kau terlalu mudah untuk meminta talak dari suami mu atas alasan tiadanya keserasian...Tahukah kamu bahawa bergegar tiang Arash setiap kali perceraian berlaku"

"Wahai Sang Suami...Bersabarlah kamu apabila melayan kerenah isterimu..Janganlah dengan mudahnya kau melafazkan talak, walaupun talak ini terletak di tanganmu sahaja.. Sebelum kau melakukan sesuatu, ingatlah kepada anak-anakmu, betapa mereka memerlukan sepenuhnya kasih sayang daripada ibu bapanya.."

Ummi.. "2112"..Sungguh unik nombor ini..Dan hari ini 21/12/2011, kita menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-9. Masih kecil angka 9 itu. Marilah kita sama-sama hangatkan perhubungan kita sebagai suami isteri seperi hanya baru semalam kita melangsungkan majlis pernikahan kita...Buangkan perasaan negatif yang melibatkan erti ketidakserasian dan sebagainya, kerana itu semua hanyalah bisikan syaitan yang kerjanya hanya mahu melihat betapa hubungan suci dan halal pasangan manusia ini menjalani keretakan, seterusnya menjerumus kepada keruntuhan rumahtangganya. Allah SWT telah menetapkan jodoh di antara kita berdua dan Allah SWT telah berjanji bahawa setiap perkahwinan yang dituntutnya itu akan berkekalan selamanya sekiranya pasangan itu menjaga batas-batas perhubungan yang dituntut di dalam ajaran Islam. Anugerah 3 orang cahaya mata yang diberikan oleh Nya sehingga kini, perlu kita jaga dengan sebaik-baik asuhan agar mereka tidak lalai dengan noda-noda dosa di dunia yang penuh pancaroba ini.

Akhir kata, Happy Wedding Anniversary to my sweet darling, Natrah Haji Amat. Semoga perhubungan kita akan dipelihara Allah SWT selamanya.

P/S: Siapa kata budak hardcore punk tak boleh emo-emo macam ni???

Thursday, December 15, 2011

Menjawab e-mail di tepi highway

Air yang tenang, jangan sekali dikocak... Sesekali air di kolah yang penuh dikocak, tidak mustahil akan berlakunya sedikit limpahan... Time Gua tengah driving nak gi kerja, tolong jangan hantar e-mail yang mencabar gua dan maki hamun Gua macam Gua ni tak reti buat kerja..Akan Gua berhenti di RnR menjawab e-mail tersebut serta merta.... Orang tak buat jawab e-mail panjang berjela guna handphone... Tapi Gua buat....

Wednesday, December 7, 2011

Singa Malaya

Sekarang ni tengah musim Harimau Malaya ngan Harimau Muda tengah 'in'.. Gua pun ada Singa Malaya yang tengah lasak ngan buas ni... Nak jinakkan dia sikit, Gua hantar dia ni gi Kem Ibadat time cuti sekolah ni.. Padan muka dia... Hari-hari 8 pagi sampai 5 petang kena duduk kat sekolah sampai 23hb ni... hehehehe...

Mengelembu

Gua kalau ikutkan taknak la blog Gua ni jadi terlampau political sangat.. Tapi hari ni bila Gua jumpa je gambar ni kat tukartiub, Gua memang takleh gi... Kena post jugak untuk tatapan ramai... Kah Kah Kah...