Monday, January 30, 2012

Hidupkan Api Untuk Hujan

Set Fire To The Rain... Kalau tajuk lagu band hardcore ni, memang sesuai untuk band-band emo core macam Band Dicky dulu, Reprisal... haha.. Kalau band Deceased gua still ada lagi, memang Gua akan cover lagu ni.. Main style Anarcho Punk macam Conflict ke..Tak tau la macam mana bunyik dia.. Tapi dulu lagu Siti Norhaliza pun band Gua boleh Punk kan...

Ni pulak lagu Someone like you versi Rock.. Gua ada band nanti, lagu ni pun akan Gua punk kan...

Senaman Untuk Yang Malas Bersenam

Baru-baru ni Gua punya officemate kena heart attack dia awal umur 30 'an. Ada saluran jantung dia yang tersumbat. Pheh.. Kalau nak ikutkan umur, Gua 3-4 tahun tua dari dia...Badan Gua pun besar sikit dari dia.. Cuak Gua..


Semalam bila Najmi bersungguh-sungguh ajak Gua gi temankan dia main beskal kat Tasik Kelana Jaya, Gua sekeluarga follow je..Keluar gak sikit peluh. Malam isnin ni nak gi main batminton pulak...

Friday, January 6, 2012

Adam Adli

Memang rebel.. Muka ada iras-iras Atan Parkinson.. Gua memang salute Lu sebab turunkan bendera Najib kat PWTC hari tu... Kah Kah Kah...

Tuesday, January 3, 2012

Gua Terharu...

Najmi memang suka melukis.. Bila malam tadi dia cakap kat Gua yang dia nak lukis potrait Gua, maka Gua pun duduk 'still' dan biarkan dia lukis gambar Gua... Bila siap, Gua suruh dia tulis kat sebelah Gambar tu, 'Ini Abah Saya' dan gua pun tangkap gambar yang dia lukis untuk Gua abadikan di dalam blog Gua sebagai kenang kenangan..


Pastu dia naik atas, masuk bilik, lukis gambar Ummi dia pulak...

Gua pakai jersey Argentina masa ni...

Sunday, January 1, 2012

Posting Pertama Gua di SGHC Blog 2012

Actually ni sambungan posting sebelum ni, 'Makanan Terakhir Gua Tahun 2011'. Gua ingat mula-mula nak bagi nama topic ni, 'Makanan Pertama Gua Tahun 2012'. Sebab apa yang Gua nak cerita ni pun pasal sambungan daripada aktiviti makan-makan Gua malam tadi kat Alai... Giler lambat siap..Sampai sejam lebih..Kalau nak ikutkan tempoh masa makan, mungkin setengah jam je settel semua...Dah la tak berapa sedap.. mahal pulak tu dia charge malam tadi... Harga New Year kot...