Tuesday, March 26, 2013

New Family Member


Ginger beranak lagi.. Walaupun baru habis pantang, dia masih mampu untuk melahirkan sekor anak lagi.. Kali ni kaler hitam.. Mengingatkan Gua kembali saat manis bersama Pok Tam yang dah tiada.. Belum ada nama lagi nak bagi.. Kalau betina, Gua nak bagi nama Black Dahlia..

Monday, March 18, 2013

Island BBQ Steamboat


Island BBQ Steamboat adalah tempat feveret Gua untuk ber-buffet untuk melantak makanan rebus-rebus dan bakar.. Bukannya apa, sebab tempat ni dekat sangat ngan rumah Gua.. Dalam 5 minit je dah sampai. Lokasinya yang terletak agak terpencil di Kampung Melayu Subang, dan dikelilingi kawasan kampung, dahulunya tak la terlalu famous sebab tak ramai yang tahu.. Tapi sejak dah masuk Jalan-Jalan Cari Makan hari tu (Gua ada makan situ masa sesi rakaman), setiap malam sentiasa penuh.. Kalau malam minggu kalau booking last minute, memang takde tempat. Harga pun dah naik sikit, tapi masih belum tahap rip-off sebab makanan pun dah semakin banyak, tempat pun dah makin besar.. Dewasa RM21.90 dan budak-budak 6 tahun ke 12 tahun, RM9.90. Makan la sampai kenyang.. Takde sapa nak larang..
Nubaid Makan Sayur je..

Masa 17/3/2013 lepas, Ummi belanja Gua satu family makan kat sini. Terima kasih banyak-banyak la Ummi.. Next time kita pegi lagi..
Tengah tunggu Meggi Masak


Monday, March 11, 2013

R.I.P.... 13/2/2013 - 10/3/2013

POK TAM.. 13/2/2013 - 10/3/2013
Mungkin kerana dia berbulu hitam seperti bapa dia, Tom.. Dia telah dipinggirkan oleh ibu dia, Ginger dan adik-beradiknya yang berbulu putih.. Allah lebih menyayangi mu Pok Tam..Dia telah meninggalkan kami kurang sebulan selepas dilahirkan ibunya, Ginger... Kami merindui telatahmu yang sedang aktif membesar..

Kau Ginger tak rindu ke kat anak kau Pok Tam???