Monday, April 12, 2010

Shitty Coffee Bean


Pagi tadi aku dengar Hot FM, Faizal Ismail menceritakan pengalaman dia pegi Hong Kong baru-baru ni. Dia kata ada satu jenis kopi yang agak gore jugak dijual kat sana. Kopi yang dihasilkan mempunyai aroma yang lain daripada yang lain.

Cara pemprosesan biji-biji kopi yang sangat unik di mana hanya biji kopi yang terpilih sahaja digunakan. Macam mana dia pilih biji kopi tu? Ni yang part paling gore tu. Monyet-monyet diberi makan biji-biji kopi (arabica coffee la kot). Biji-biji kopi tersebut diperam dalam perut monyet-monyet tersebut dan dikeluarkan dalam bentuk najis. "HANYA BIJI KOPI TERPILIH SAHAJA AKAN DIPROSES". Dikeringkan dan di "grind" menggunakan coffee grinder.... dan coffee disediakan menggunakan coffee maker. Tambah gula serta creamer secukup rasa... Slurrppp...Ahhh..

No comments:

Post a Comment