Sunday, May 9, 2010

Kad Untuk Kekasih

Adat manusia, menghantar kad kepada seseorang sebagai salah satu tanda menghargai / memperingati sesuatu peristiwa atau hari-hari penting dalam hidup seseorang itu. Budak-budak sekarang dah semakin advance. Najmi, lagi 2-3 hari sebelum Mother's Day, dia dah bagi hint kat aku untuk beli present sempena Mother's Day. Terus terang aku cakap, bila aku dah kawin ni baru aku kenal akan adanya hari ibu dan hari bapa. Sebelum ni, kadang-kadang Birthday mak abah aku pun aku tak pernah ingat...Bersempena dengan Hari Ibu ni, aku cuba memberikan didikan awal kepada anak-anak aku untuk memperingati Hari Ibu. Biarlah Ummi dia yang melahirkan diaorang akan sentiasa merasa dihargai oleh anak-anak sepanjang masa. Maka terhasil lah beberapa keping kad yang pada aku ada nilai seninya yang tersendiri...
Ni Adik Najwa punya...Aku suruh dia sambungkan dotted alphabets yang ada tulis Happy Mother's Day.. Tapi dia tak reti lagi...


Ni Najmi punya... Dia cuba melukis gambar kami sekeluarga.. Siap ada sticker bentuk Toyota Avanza lagi...



Ni aku terjumpa kad birthday yang aku bagi kat Ummi masa zaman bercinta dulu.. Masa tu aku taksub kepada dunia Crust Punk...Semua tulisan tu main potong tampal punya... Kat dalam kad ni dulu ada patches gambar hati yang aku print pakai rubber dye dan kain t-shirt hitam...

No comments:

Post a Comment