Saturday, August 28, 2010

9+7

9+7 = 14... Tu la teori gua masa sebelum bertolak balik Kuala Terengganu malam tadi. Memulakan perjalanan selepas Isyak dalam pukul 9 dari Subang Galaxy, dan dengan calculation 9+7 = 14, so aku budget dalam pukul 2 pagi aku sampai la ke kampung halaman (sebab normal drive aku kalau ikut jalan sisir pantai, dalam 7 jam la perjalanan).

Masuk tol Gombak, gua bayar tol RM5. Masih segar dalam ingatan gua accident bulan 6 lepas kat KM36 Lebuhraya Karak - Gombak selepas keluar daripada Terowong Genting Sempah. Gua try control emosi dan nafsu memandu laju gua bila terkenangkan peristiwa itu. Sampai KM36 sebelum sampai Terowong Genting Sempah, gua bagitau kat Ummi, kat situ la gua accident dulu. tiba-tiba kereta depan gua memperlahankan kenderaan secara mengejut. Gua pun terus tekan brake dan membuatkan Ummi bising kat gua. Ye lahh, gua kan bawak kereta dia. 2 Bijik kereta accident kat area gua accident hari tu jugak. Cuma kali ni arah ke Genting Sempah (Gua dulu lepas terowong, menghala ke Gombak). Gua ingat kedua-dua buah kereta tu berlaga dan terbabas melanggar devider jalan.

Tapi bila masuk je Highway Pantai Timur, gua terus tekan sikit minyak. Konon nak bawak dalam 120 je. Tapi Vios ni bawak 160 pun rasa cam 120 jek. Jam 11:30 Gua sampai Tol Jabur. Nak sampai KT dalam 3 jam lagi kot ni. Maknanya dalam 2:30 sampai la kot.

Disebabkan kereta tak berapa ada time malam-malam camni, gua maintain 120KM/h ikut jalan sisir pantai. Cherating - Chukai - Kemaman - Kijal - Dungun - Paka - ......Rantau Abang - Rusila - Kuala Ibai - Kuala Terengganu.

Tepat jam 2 pagi gua sampai depan rumah mertua gua, Jalan Inai 3 Gong Badak. Ummi call mak mertua gua suruh bukak pintu. Mak mertua gua sound, lajunya bawak kereta. Gua cakap mcm biasa je. 7 jam. Pastu Ummi mengira dengan jari, 9-10-11-12-1-2.... 5 jam lah... 9+7 = 16 bukannya 14.. So gua sepatutnya sampai pukul 4 pagi kalau memandu secara normal dengan penuh tata tertib. Gua tepuk dahi..Apsal sejak kebelakangan ni Math gua teruk sangat....



No comments:

Post a Comment