Wednesday, November 24, 2010

Rockers Sejati.. Mari Pukul 2 Mamat Ni


Lagu-lagu Rock Kapak tahun 80'an - 90'an adalah lagu-lagu rock sejati semasa zaman gua sekolah rendah. Band-band yang mula wujud masa zaman tu, semuanya rabak-rabak belaka..

Masuk tahun 90'an, muncul 2 mamat ni yang kononnya nak memberi nafas baru pada muzik rock. Kepala hangguk dia... Dek kerana kewujudan 2 mamat ni sebagai komposer dan pencipta lagu masa tahun 90'an, hancur semua lagu-lagu rock kapak... JS Kevin, dah takleh carik makan. Muncul band-band rock lentok, leleh, tangkap nangis dan ntah apa-apa lagi macam Arrow (Nama konon ganas), Spoon (Memang macam sudu), Slam (Zamani tu kalau gua tendang, patah tulang rusuk), Ukays (Ni bukan U.K Sub), Scan, Umbrella (bangang, takda nama lain ke..Payung...) yang terus menghancurkan irama muzik rock kapak. Semua nak lagu Eddie Hamid.. Semua nak lagu Saari Amri (Lepas dia accident, baru slow sikit buat lagu). Exist pun tak pasal-pasal nak lagu dioarang jugak.

Yang gua paling tak puas hati, tajuk lagu semua macam taik... "Aku Tak Marah", "Niat Di Hati Taknak Berpisah".. Tajuk Album. "Sentuhan Melekat".... Pheh, menyirap je gua dengar tajuk lagu...

Gua rasa kalau gua jumpa ular dengan 2 orang mamat ni...gua pukul 2 orang mamat ni dulu (kalau ular lidi la)...Tak pun Gua lari je terus... Gua rasa semua rockers sejati pun patut patut pukul 2 mamat ni..Tapi kalau dia keluar pistol ke, baik lari dulu....

Monday, November 22, 2010

Glukosa Dalam Darah


2 hari berturut-turut Gua kencing setiap 1 jam. Kalau 1 hari ada 24 jam, maknanya dekat 24 kali gua keluar masuk toilet sebab kencing. Situasi sama macam masa gua mula-mula dikesan mengalami penyakit orang tua yang dipanggil kencing maness 3 tahun lalu. Arghh.. Gua suspect gula dalam darah gua dah naik balik. Sakit jiwa siak. Tidur malam tak lena. Setiap jam gua kena masuk bilik air. Lebih menambahkan kehanginan gua bila bilik air kat rumah mertua gua yang dikongsi dengan bilik sebelah gua dikunci dari dalam. Ada sekali tu, kat Batu 6 masa tengah best layan makan tengahari (Nasik Ayam), gua terpaksa carik toilet kat sebuah klinik depan kedai makan. Haram, takda toilet untuk public pulak. Kalau kena macam ni, tengah jem teruk kat Federal Highway ke, silap-silap gua carik botol jek...

Balik dari Kuala Terengganu semalam, gua terus gi farmasi kat Subang Perdana nak check darah. Siut la.. 17.5 dia punya reading. Tak banyak cakap, gua mintak Glucophage 850mg, ubat kencing maness yang kira antara paling kuat. Dah bertahun gua tak ambik ubat ni. Kali ni terpaksa ambik jugak. Kasik turun bawah 10, baru gua akan stop balik ambik ubat ni. Nasik kena stop terus ataupun kurangkan pengambilan. Light coke pun gua tak berani ambik buat sementara waktu. Semuanya payau (Tawar).



Yang peliknya, gua ambik je sebijik Glucophage 850 malam tadi, terus ok balik kencing gua...

Sunday, November 21, 2010

Makanan Jiwa

Ummi ada cakap kat Gua yang terlalu gemar mendengar muzik-muzik keras. Sekali-sekala, dengar la lagu-lagu nasyid ataupun ketuhanan, lagu-lagu macam tu merupakan makanan jiwa.



Nah...Sepanjang jalan dari Gong Badak, Terengganu ke Subang Galaksi, Selangor...Gua dengar CD Maher Zain yang Ummi beli 2-3 hari lepas. Entah berapa kali pusing kot CD tu.

Wednesday, November 17, 2010

Kaki Lembu


Selalunya gua tukang makan je. Kali ni gua diberi satu task force yang sememangnya gua tak pernah buat sebelum ni. Tapi demi Ummi yang dah terrer makan sup kaki lembu, gua try jugak la settle kan special task ni. Call mak kat kampung nak tanya prosedur. Kena gelak panjang dengan mak. Tu la..sebelum ni tau nak makan je.

Bende pertama kena buat, nak kena buang bulu kat kaki lembu tu. Gua pernah tengok Abah gua guna pisau cukur Gillete buang bulu kaki lembu ni.... hehehe...Mak suruh gua bakar dulu kaki lembu tu atas dapur gas sampai rentung. Pastu nanti, kikis je kulit kat kaki lembu tu, di bawah air yang mengalir.

Tapak kaki / Kuku? Yang ni, memang kena buang. Keras tu, mana boleh makan. bila dah bakar sampai rentung, secara automatik, akan ada rekahan kat kuku kaki lembu ni, yang akan memudahkan kita untuk kupas je keliling kuku dia tu.

Kalau ada kapak, elok la potong kaki lembu ni dalam 4-5 keratan. Senang nak rebus. Kalau tak tak muat periuk nanti.

Pastu gua gi rendam potongan-potongan ni dengan air asam jawa. Kononnya nak hilangkan bau la tu. Next, kena rebus sampai sampai naik lemak-lemak dia. Buang air rebusan tadi (Sebab berbau) dan ganti dengan air lain. Resepi seterusnya, gua copy & paste je resepi masak sup kaki lembu. Rasanya kalau follow, sure jadi je kot.

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan:
2 batang kaki lembu
2 bungkus rempah sup tulang adabi
kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
5 bawang merah dan putih (dihiris)
daun sup dan daun bawang




Cara Menyediakan Kaki:
Kaki lembu perlu dibakar terlebih dahulu untuk membuang bulunya. Untuk membakar, gunakan dapur arang atau dapur gas mudahalih. Selepas itu,buang kukunya menggunakan kapak. Kupas kulit mengunakan pisau kecil yang tajam. Kemudian, pisahkan urat-urat kaki daripada tulang dan potong-potong.
Cara:
Tumis (dalam periuk) rempah sup adabi, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, sekali dengan sebahagian hirisan bawang merah dan putih. Kemudian, masukkan air dan potongan kaki tadi. Rebus tulang sehingga selama 5 atau 6 jam (menggunakan dapur gas biasa). Jangan lupa, masukkan garam sesedap rasa.

Goreng sebahagian lagi bawang merah dan putih.

Cadangan Hidangan:
Setelah masak dan potongan urat dan kulit menjadi lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Gua henjut kereta ummi dari Subang Galaxy pkl 11:20PM (Selepas terpaksa berpatah balik sebab tertinggal handphone). Dengar citer jem teruk kat MRR2 sampai tol Gombak. Gua memang budget, paling lewat gua kena gerak dari rumah, sblm pukul 12 tgh malam. Kalau tak gua memang tak sempat nak sembayang raya kat Surau Gong Badak (Depan rumah mertua gua). Masuk je jalan Sungai Buloh - Kepong, jalan still clear. Ahh.. maybe masa pukul 6 - 9 tadi je kot jem teruk. Gua menyedapkan hati. Sebab tadi memang ada member gua patah balik rumah, tak jadi balik kampung sebab 4 jam sangkut kat MRR2.

Masuk je area Batu Caves, betul-betul dpn Giant, dah start sangkut. Pheh.. ni kalau sampai tol Gombak lekat camni, pukul berapa nak sampai? 2 jam gua bawak kete max speed 20km/h je. pukul 1 pagi lebih, gua baru sampai Genting Sempah. Singgah Petronas, belasah Power Root Tongkat Abah Gua setin. Pheh.. Terus segar.

Gua teruskan perjalanan... Lepas Genting Sempah, smooth sikit. Tapi takleh laju. dalam 60KM/h je. Rupanya, Orang Kelantan sibuk nak balik malam ni. Masa exit nak ke Bentong tu, gua nampak jem lekat.

Masuk je highway pantai timur, gua sebat Vios Ummi 140 - 160 km/h. Gua nak sembayang raya kat Gong Badak. Gua budget, pukul 4 pagi gua dah sampai Jabor, pastu pukul 7 gua dah sampai Gong Badak. Gua punya perkiraan lari sikit je. Sampai tol Jabor pukul 4:30, pastu ikut jalan sisir pantai, singgah kat Marang sembahyang subuh, pukul 7:30 sampai Gong Badak. Tahun ni rekod, sebab balik beraya, sampai-sampai kampung, dah start takbir sembahyang raya. Kelam kabut tukar baju raya, terus gi sembahyang raya. Khutbah, gua memang tak sedar apa, sebab dah terlelap.

Monday, November 15, 2010

Adik dan Chucky



Dalam banyak-banyak cerita budak-budak, gua rasa cerita Child's Play dan rentetan cerita yang dibintangi oleh watak patung ganas Chucky ni, adalah cerita budak-budak yang paling ganas dan gore sepanjang zaman. sapa ada anak-anak yang payah nak suruh tido malam, bagi dia tgk cerita si chucky ni. Cakap kat diaorang, lambat tido, nanti chucky datang. Gua bagitau kat Adik, Chucky ni pakcik Tan masa kecik. Siapa pakcik Tan, lain kali gua cerita. Tapi watak Pakcik Tan ni, memang adik takut giler.

Wednesday, November 10, 2010

Borang B1e


Ni namanya Borang B1e. Borang ni perlu dikepilkan bersama-sama dengan Geran Tanah bila Pejabat Tanah keluarkan geran tanah. Kalau sistem e-Tanah gua sangkut bila nak keluarkan pelan tu, mula la gua macam nak baling je laptop gua ni...

Hardcore Yang Serba Gothic


Playlist of the month:
Apa-apa je lagu daripada Within Temptation.



Friday, November 5, 2010

Sakitnya Hati


Lain kali Ummi jangan parking dekat dengan area Mat Mot parking. Mula-mula kena toreh dengan kunci kat sebelah kiri kereta dari depan sampai belakang. Ni kene sagat ke apa pulak ni... Yang pasti, memang kena masuk kedai ketuk body kalau nak re-spray balik ni... Minor touch up je kot.