Lagu-lagu Rock Kapak tahun 80'an - 90'an adalah lagu-lagu rock sejati semasa zaman gua sekolah rendah. Band-band yang mula wujud masa zaman tu, semuanya rabak-rabak belaka..
Masuk tahun 90'an, muncul 2 mamat ni yang kononnya nak memberi nafas baru pada muzik rock. Kepala hangguk dia... Dek kerana kewujudan 2 mamat ni sebagai komposer dan pencipta lagu masa tahun 90'an, hancur semua lagu-lagu rock kapak... JS Kevin, dah takleh carik makan. Muncul band-band rock lentok, leleh, tangkap nangis dan ntah apa-apa lagi macam Arrow (Nama konon ganas), Spoon (Memang macam sudu), Slam (Zamani tu kalau gua tendang, patah tulang rusuk), Ukays (Ni bukan U.K Sub), Scan, Umbrella (bangang, takda nama lain ke..Payung...) yang terus menghancurkan irama muzik rock kapak. Semua nak lagu Eddie Hamid.. Semua nak lagu Saari Amri (Lepas dia accident, baru slow sikit buat lagu). Exist pun tak pasal-pasal nak lagu dioarang jugak.
Yang gua paling tak puas hati, tajuk lagu semua macam taik... "Aku Tak Marah", "Niat Di Hati Taknak Berpisah".. Tajuk Album. "Sentuhan Melekat".... Pheh, menyirap je gua dengar tajuk lagu...
Gua rasa kalau gua jumpa ular dengan 2 orang mamat ni...gua pukul 2 orang mamat ni dulu (kalau ular lidi la)...Tak pun Gua lari je terus... Gua rasa semua rockers sejati pun patut patut pukul 2 mamat ni..Tapi kalau dia keluar pistol ke, baik lari dulu....
No comments:
Post a Comment