Friday, January 28, 2011

Duit Belanja


Masa Gua mula sekolah tahun 80'an dulu, mak Gua bagi duit belanja sekolah RM0.20 sen sehari. Jarang-jarang la ada balance. Masa zaman tu 20 sen boleh la beli sebungkus nasik lemak lauk ikan bilis dan telur rebus separuh. Kadang-kadang sambal udang atau sambal sotong dengan telur rebus separuh. Kalau Wan punya nasik lemak, selalunya sotong dia ada telur yang belum menetas (Sotong bunting).. Masa makan, belah tepi, keluarkan telur sotong tu dulu..pheh..best zaman tu.. Masuk Darjah 3 mak Gua up sikit jadik 30 sen dan Darjah 4 - Darjah 6, mak Gua bagi gua duit belanja 50 sen sehari..sebab masa tu Gua dah naik beskal gi sekolah.. So dah pandai la singgah kedai Abu kat Simpng 3 time pagi-pagi tu, beli nasik lemak ayam yang harganya 50sen sebungkus...

Tahun ni, bila Najmi masuk darjah 1, Gua ngan Ummi ambik keputusan bagi dia duit belanja RM2 sehari... 10 kali ganda dari apa yang mak gua bagi masa Gua darjah 1. Satu jumlah yang agak besar untuk budak darjah 1 yang baru belajar nak pegang duit. Sebulan kalau sekolah 20 hari.. dah RM40.. Mana taknya..Gua tengok harga makanan kat kantin, RM1 baru lepas nak beli nasik lemak sejemput lauk ikan bilis dengan telur rebus potong 16....Kalau masuk air sirap, secawan 50 sen..Kalau Najmi ngada-ngada nak beli vitagen yang dijual kat kantin, sebotol seringgit. Since Najmi sekolah petang, selalunya tengahari sebelum gi sekolah, Gua suruh bibik sumbat dulu perut dia dengan sepinggan nasik... Macam Mak Gua jugak dulu, tetiap pagi memang gua makan nasik putih panas + kicap dan telur goreng sebijik...Mak Gua kata Budak nak menuntut ilmu, kena pastikan perut dia kenyang.. senang budak tu nak bagi tumpuan belajar.. Hasilnya.. nah kau..Masuk darjah 3, seluar gua sekolah Gua memang takda jual kat kedai..semua kena tempah..Gua pun dah start masuk scene kedai bundle pasar selasa kat simpang 3 sebab jeans saiz 25 gua dah boleh muat..Levi's, Bobson, Big John..antara jeans yang gua boleh dapat dengan harga tak sampai Rm15..

Berbalik cerita duit Belanja si Najmi ni, masa awal-awal dulu, tetiap hari ada la balance duit dalam 50 sen ke RM1 sehari.. Lately ni balik je, Gua check wallet dia, memang kosong.. Gua tanya makan apa, setakat nugget 2 bijik je... Semalam dia kata beli pemadam gambo MUFC kat kedai buku sekolah...Siak laa... Takkan pemadam kecik 4 segi tu pun harga dia RM1 sebijik??? Gua suspect dia selalu kena pau kat sekolah ni...tak pun org kantin / Kedai Buku sekolah selalu tak pulangkan balance duit kat budak-budak ni sebab dia tau budak-budak ni tak reti lagi pegang duit..Siut laaaa.....

No comments:

Post a Comment