Friday, February 25, 2011
POSLAJU
Gila mahal poslaju punya charge sekarang. Barang tak berat mana. 2KG lebih je. Tapi sebab kotak besar dia kira lain. Macam haram...Tak pasal-pasal kena bayar 50 hengget untuk hantar lampu ke Sarawak. Lain kali orang Sabah ngan Sarawak kalau nak order, bagi Gua duit postage 70 hengget...
Thursday, February 24, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Nak Gore Sangat...
Gua ingat lagi...Lauk otak lembu masak lemak ni, masa Gua kawen tahun 2002 dulu, Pengantin dapat hirup kuah je. Lepas daripada tu, masa tahun 2009 lepas baru gua dapat merasa otak lembu masak lemak lagi...
Tadi Haji Suhid, Gua punya geng makan makanan eksotik ni ajak Gua gi Restoran nelayan, Seremban. Nampak otak lembu ada lagi. Tak banyak cakap, terus je masuk pinggan. Haji Suhid siap tapau lagi balik rumah...
P/S - Dulu masa zaman Gua sekolah, ada Band Death Metal, nama Brain Dead..Kalau budak-budak band ni tak pernah makan otak lembu masak lemak, diorang belum true Metal lagi...
Saturday, February 19, 2011
Projek Jual Lampu
Tiba-tiba je Gua jadi Businessman jual accessories kereta. Semuanya gara-gara budak-budak Vios 07 yang sibuk mintak tolong Gua belikan lampu belakang LED ala-ala BMW M5 tu.
Lu orang kalau nak order pun boleh. Gua tolak satu set lampu belakang Vios 07 ni RM430 je. Postage lain kira. Kalau Lu beli lampu original, sebelah je dah Rm400. Ni lampu LED lagi. Apa-apahal contact Gua kat chiklong78@yahoo.com.
E-Class Style LED Daylight Running Lamp
Lampu LED Daylight ni tengah 'in' sekarang. Gua dapat lobang baekk punya untuk bende alah ni dengan harga RM80 siap postage. Barang baru, dalam kotak. Bukan 2nd hand atau beli kat kedai potong..hehehe.. Lu carik la kat kedai accessories mana-mana yang ada jual barang ni dengan harga bawah RM100?
Siapa berminat nak order, e-mail Gua kat chiklong78@yahoo.com.
Gua nak pasang kat Vios Ummi. Test power dulu kat Avanza
Satria 1.3 Standard Bancau
Gua membuat sedikit housekeeping pada server Imagecave.com Gua. Kat server ni lah gua dok sumbat gambar-gambar yang gua nak display kat mana-mana forum. Gua tak suka guna imageshack sebab office Gua block url server ni.
Dipendekkan cerita, Gua terjumpa la gambar Proton Satria 1.3 yang masa Gua beli dulu cadang-cadang nak masuk bodykit GTI. Tapi tidak kesampaian kerana budget yang cukup ketat. Sport rim pun tak tukar-tukar. Sampai jual pakai sport rim 13" jek... Gua masukkan kat imagecave ni pun dulu sebab nak advertise masa nak jual kereta ni. At last ada la sahabat Abang ipar Gua beli dengan hanya menyambung bayar dari bank. Lepas dia beli, dengar cerita kereta ni dah cat kaler kuning. Masalahnya bila tak tukar nama, ada 2 saman kereta ni atas nama Gua, sampai hari ni tak bayar-bayar. Padahal masa tu kereta ni bukan Gua yang bawak sebab dah kena beli. Siut jekkk..
Kereta ni Gua beli masa bujang. Orang yang racun Gua ambik satria masa tu, si Faozan la. Dia pakai Satria Merah. WFB plet dia. Kereta ni pun beli lepas tgk kat Motortrader (majalah wajib masa tu untuk budak-budak yang sibuk nak carik 1st car). Kedai used car tu pulak kat Kampung Baru je. Dekat ladengan Rumah sewa Gua masa tu. Masa tu, Gua beli kereta ni sebab nak tackle Ummi yang masa tu kerja kat Taman Desa, Jalan Klang Lama. Dia pernah cakap kat Gua yang dia suka kereta Proton Satria. Gua ingat lagi, dengan kereta ni la Gua gi ber tenet kesana-sini dengan Ummi. Tapi masa tu dah bertunang. Masa Ummi kerja kat Celcom Subang, pkl 12 tgh malam sanggup Gua redah federal highway dari Kg Baru gi Subang sebab nak ambik Ummi balik kerja. Banyak kenangan kereta ni. Overheat ntah 3-4 kali kot. 2 kali kena tow pegi workshop. Accident, ada la 2 kali. At last Gua jual sebab ambik kereta Toyota Avanza. Masa jual tu pun anak dah ada sorang. Mertua dah komplen sebab kereta 2 pintu, susah nak bawak orang. Tu yang beli kereta besar terus. Sofa Ikea pun boleh masuk.
Airbag tu dah tak berfungsi pun..Sebab masa accident 1 tu, langgar depan, takda pulak airbag bukak..
Friday, February 18, 2011
Asam Pedas Power
Gua dah test tadi... Memang power Asam Pedas Power Abang Piee ni..Kuah pekat...likat...memang berpeluh lepas makan. Gua order siakap masak Asam Pedas.
Nak true lagi, gi makan kat HQ dia, Jalan Puteri Hang Li Po..Kalau pegi yang kat Cawangan Setiawangsa, dah tak true..Sebab makan Asam Pedas Melaka kat KL..Apahal..Makan asam pedas Melaka, makan la kat Melaka..Apsal pulak nak makan kat KL...
Wednesday, February 16, 2011
Larian Untuk Kesihatan
Rimas dengan komplen saudara mara yang mengatakan badan Gua dah naik sangat, semalam Gua mengambil keputusan untuk melakukan sedikit larian anak-anak (Berjogging sambil memegang tangan anak-anak). Lokasi yang agak mainstream, Taman Rimba Kiara kat Taman Tun Dr. Ismail, sebab kat sini tempat orang-orang kaya yang takut mati awal melakukan senaman dan jogging seawal 6:30 pagi.
Perkara yang slack sekali Gua dah buat..ada ke Gua gi breakfast dulu pastu baru sibuk nak gi jogging?? Tak true langsung... Baru lari 50 meter dah mengah... Kalau kira balik gua lari semalam dalam 1 KM lebih ke...200 meter je kot Gua lari..Yang lain jalan....
Hari ni, bangun tidur je, badan gua sakit-sakit...Rasa mcm nak ambik MC jekk
Sunday, February 13, 2011
Macam Lak Hanattt Part 2
Gua memang jarang dapat peluang tido petang. Ntah macam mana ptg semalam, lepas makan nasik lauk ayam kampung masak lemak,telur dadar dengan pecal, Gua masuk bilik gua yang sejuk ber aircon, terus gua baring dah tertido.
Masa tido gua telah bermimpi yang Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor tengah makan tengahari kat rumah Gua. Siap ada 2 bijik jet parking depan rumah gua...Gua tak pasti apa yang membuatkan Gua terjaga. Mungkin ternampak muka Rosmah Mansor kot... Gua tgk jam lagi 10 minit nak masuk asar...Gua tak sembahyang zohor lagi ni...
Wednesday, February 9, 2011
Gua Yang Berbintang Aquarius
Semalam genap la umur Gua 33 tahun. Pada Gua, bila dah masuk 30'an ni, Gua satu macam punya takut bila tanggal tarikh lahir Gua tiba. Tak macam dulu-dulu. Gua dok asyik menunggu je bila la orang nak wish kat Gua Happy Birthday. Ada rezeki dapat la hadiah. Secara purata umur manusia boleh mencapai lebih kurang 63 Tahun. So kalau umur Gua dah cecah 33 Tahun ni, maknanya kalau ikut purata umur manusia, gua dah melebihi separuh hayat. Itupun kalau panjang umur, boleh cecah angka tu. Ni dah masuk 30'an dah macam-macam penyakit dah start datang.
Tahun ni Gua dapat 2 kad birthday yang istimewa. Thanks Ummi dan anak-anak for a very special card. Abah sayang Ummi, Najmi ngan Najwa...
Satu kad lagi datangnya dari Hong Leong Assurance..Yang gua terharu ni, bos-bos besar dia sign tangan tu kat kad Gua. 4 Tahun Gua buat Public Mutual, tak pernah satu kad pun Gua dapat dari Public Bank...Gua rasa upline Gua pun dah lupa kat Gua...
Monday, February 7, 2011
M5 Wanna Be
Sunday, February 6, 2011
Apa Barang Tiram... Kepah la...
Lama dah gua tak jadi nelayan. Kalau dulu masa zaman sekolah, ada la 2-3 kali gua redah Sungai Belukang carik kerang... Sekali turun je, memang boleh dapat seguni beras penuh ngan kerang...
Abang ipar Gua yang dudukkat Manjung tu memang jenis tak suka sangat beli lauk kat kedai...Nak makan apa je, redah je laut carik lauk apa yang patut. Nak dijadikan cerita, Jumaat malam lepas, Gua gi tidur rumah dia kat Manjung, Perak. Malam tu dia masak Kepah rebus je..Tapi dia punya feel makan kepah segar dari laut...phehhh...Cakap banyak tak guna...Abang ipar gua cakap, kalau nak lagi, esok kita turun...Setengah jam je boleh penuh se 'besen'.....
Masa kutip kepah tu, Gua cakap lu, macam kutip batu je...Kat mana gua jejak...berterabur kepah kat kaki gua...Pukul 9:30 pagi pegi, pukul 11 pagi dah balik..Hasilnya, sebesen setengah ada kut kepah gua kutip...Ni la namanya Nelayan Muara Sungai....
Tuesday, February 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)