Gua membuat sedikit housekeeping pada server Imagecave.com Gua. Kat server ni lah gua dok sumbat gambar-gambar yang gua nak display kat mana-mana forum. Gua tak suka guna imageshack sebab office Gua block url server ni.
Dipendekkan cerita, Gua terjumpa la gambar Proton Satria 1.3 yang masa Gua beli dulu cadang-cadang nak masuk bodykit GTI. Tapi tidak kesampaian kerana budget yang cukup ketat. Sport rim pun tak tukar-tukar. Sampai jual pakai sport rim 13" jek... Gua masukkan kat imagecave ni pun dulu sebab nak advertise masa nak jual kereta ni. At last ada la sahabat Abang ipar Gua beli dengan hanya menyambung bayar dari bank. Lepas dia beli, dengar cerita kereta ni dah cat kaler kuning. Masalahnya bila tak tukar nama, ada 2 saman kereta ni atas nama Gua, sampai hari ni tak bayar-bayar. Padahal masa tu kereta ni bukan Gua yang bawak sebab dah kena beli. Siut jekkk..
Kereta ni Gua beli masa bujang. Orang yang racun Gua ambik satria masa tu, si Faozan la. Dia pakai Satria Merah. WFB plet dia. Kereta ni pun beli lepas tgk kat Motortrader (majalah wajib masa tu untuk budak-budak yang sibuk nak carik 1st car). Kedai used car tu pulak kat Kampung Baru je. Dekat ladengan Rumah sewa Gua masa tu. Masa tu, Gua beli kereta ni sebab nak tackle Ummi yang masa tu kerja kat Taman Desa, Jalan Klang Lama. Dia pernah cakap kat Gua yang dia suka kereta Proton Satria. Gua ingat lagi, dengan kereta ni la Gua gi ber tenet kesana-sini dengan Ummi. Tapi masa tu dah bertunang. Masa Ummi kerja kat Celcom Subang, pkl 12 tgh malam sanggup Gua redah federal highway dari Kg Baru gi Subang sebab nak ambik Ummi balik kerja. Banyak kenangan kereta ni. Overheat ntah 3-4 kali kot. 2 kali kena tow pegi workshop. Accident, ada la 2 kali. At last Gua jual sebab ambik kereta Toyota Avanza. Masa jual tu pun anak dah ada sorang. Mertua dah komplen sebab kereta 2 pintu, susah nak bawak orang. Tu yang beli kereta besar terus. Sofa Ikea pun boleh masuk.
Airbag tu dah tak berfungsi pun..Sebab masa accident 1 tu, langgar depan, takda pulak airbag bukak..
No comments:
Post a Comment