Wednesday, December 19, 2012

Nak Bukak Sekolah

Asal cuti akhir tahun je, sibuk sale sana sini, dan barang wajib adalah pakaian sekolah.. Dari kasut sekolah, seluar sekolah, baju sekolah, beg sekolah, pencil box, pembalut buku, etc.. macam-macam la...

Tahun depan sorang lagi anak Gua akan masuk sekolah rendah.. Najwa punya turn pulak masuk darjah 1. Kalau dah budak pompuan ni, stendet la.. Semua nak yang ada kene mengena sama ada dengan Barbie, Dora, Disney Princess, Powerpuff Girl, etc. Beg Ummi belikan beg jenama Swan ada gambo Powerpuff Girl. Siap ada roda lagi.. Ke hulu ke hilir si Najwa ni tarik beg dia ni.. Silap-silap bukak sekolah nanti dah jahanam dah beg tu nanti.. Kasut brand Disney Princess.. Itupun asalnya nak yang Barbie punya brand..Tapi Gua berjaya memujuk sebab Barbie punya brand, bodoh-bodoh pun Rm30.. Stokin Barbie punya brand.. Beli pun sebab murah..Tapak stokin kaler pink..Gua tengok bila time cuti sekolah ni, sale pakaian sekolah bukannya makin murah.. Mahal lagi ada..Cuba lu gi check balik harga-harga barang sekolah bila dah masuk bulan 2 nanti ke..sure ada barang yang lagi murah harganya daripada sekarang.. Nak clear stock katakan...

Kasut Kiki Lala.. Beg Swan gambo Powerpuff Girl.. Stokin Barbie
Najmi, sejak lepas sunat ni, dia rasa dia dah dewasa la kot.. Beli beg sekolah pun dah taknak yang ada gambo katun-katun dah.. Nak yang plain je.. Cuma Gua ikut gak la dia punya mengidam kasut sekolah tapak kaler merah.. Dari pertengahan tahun lagi dia nak kasut Pallas Jazz tapak kaler merah tu.. Mahal siut.. RM30++ harganya.. Dulu masa zaman Gua sekolah, kasut Pallas Jazz ni RM10 je boleh dapat.. Sepasang lagi Gua beli la kasut B-First (Bata punya) tapak kaler Biru.. Tapi Pallas ada keluar produk baru model diberi nama Rejam... Ni untuk main Takraw la ni... Tapak kaler Hijau tu.. Nanti bila dah trandy, sure Najmi nak jugak kasut tapak kaler hijau pulak lepas ni...

Najmi pakai yang Zip Zap je..Tak pandai lagi ikat tali kasut


Ni contoh tapak kasut Pallas Jazz yang tapak merah


Overall, untuk 2 orang anak yang bersekolah rendah ni, RM450 tu kira minimum la nak kene spend bila diorang nak bukak sekolah... Dah la bantuan RM100 dari kerajaan untuk seorang anak bersekolah dalam budget 2013 tu pun tak dapat lagi... Tahun lepas dia bagi awal pulak...Nak tunggu dekat pilihanraya ke-13 kot baru diorang nak bagi....


P/S: Kiki Lala, Diadora, Fila pun dah keluar kasut sekolah dah sekarang ni.. Tapi zaman Gua dulu, sape pakai Converse putih pegi sekolah, memang kaya la...Dulu RM60 lebih je.. Sekarang dah RM100++.. Gua hanya mampu pakai All America...
RM100 lebih dah harga sekarang

Thursday, December 13, 2012

Lynas = Jamban Australia Untuk 1 Malaysia


Gua sememangnya dari awal menentang keras pembukaan loji sisa nuklear oleh Lynas, sebuah syarikat yang sebenarnya hampir bungkus di Australia sana.. Sehinggakan negara sendiri pun tak sanggup nak simpan sisa nadir bumi ni. Pastu diorang cuba bodek China, pun tak sanggup.. Tiba kat Malaysia, ada pulak Pak Menteri bangang yang bersetuju nak proses bende alah ni... Mana taknya, poket sudah masyuk banyak siak.. Gua cabar Adnan Yaakob yang suka mencarut tu, tak pun Maximus Ongkili buat rumah sebelah loji Lynas kat Gebeng tu.. Buat la banglo ke istana ke yang besar-besar sikit, pastu duduk kat situ 5 tahun pun jadi la...Kita tgk la kalau-kalau telinga Adnan Yaakob jadi besar sebelah sebesar telinga gajah ke lepas tu...Senang sikit Gua nak cantas...

Wednesday, December 12, 2012

12/12/2012


Gua membuat posting ni selepas detik 12 malam pada 12/12/2012. Satu tarikh yang agak unik yang mana pernah menjadi kepercayaan sesetengah Mat Salleh bahawa tarikh ni adalah tarikh keramat, di mana kemungkinan sesuatu peristiwa penting akan berlaku pada tarikh ini. Sampai ada yang mempercayai bahawa hari kiamat jatuh pada tarikh ini. Semua itu karut belaka. Mana mungkin manusia boleh mengetahui tarikh hari kiamat melainkan Yang Maha Esa sahaja yang maha mengetahui dan telah membuat ketentuan ke atas apa yang telah ditentukan oleh Nya. 

Sebuah filem telah diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk '2012' yang berkisarkan tentang kehancuran dunia, apabila gempa bumi yang sangat dasyat melanda disertakan dengan Tsunami yang membanjirkan sebahagian besar muka bumi, sehinggakan ratusan juta manusia tidak dapat menyelamatkan diri dari bencana ini. Di dalam cerita ini, kita dapat melihat bahawa kononnya hanya Kapitalist yang berhak untuk hidup, apabila kira-kira 400,000 manusia terpilih dan berharta mampu untuk membeli tiket menaiki Bahtera besar yang kononnya mampu menyelamatkan mereka dari bencana ini. Agak kelakar apabila ramai Mat Salleh yang mempercayai bahawa masih ada peluang untuk mereka menyelamatkan diri daripada hari kiamat. Kalau sebelum ini, banyak kajian dilakukan untuk melihat sama ada kesesuaian manusia untuk hidup di Planet Marikh, seandainya Bumi ini musnah, lebih kurang macam tu lah jugak plot cerita ni. 

 Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat.   (Surah Azzumar : 68)

Tatkala Israfil meniupkan sangkakala yang kedua, tidak akan ada makhluk yang akan terlepas daripada kematian, di langit dan di bumi.

Aku baca satu penulisan berkenaan Kengerian Hari Kiamat dan sememangnya Aku insaf... Semoga Kita akan tergolong di dalam Ummat Nabi Muhammad S.A.W, yang akan dipermudahkan untuk dihisab di akhirat kelak dan apabila Kita dibangkitkan dari kubur kelak, berita gembira yang kita terima adalah, syurga kita telah tersedia untuk kita semua.. Amin.

Wednesday, December 5, 2012

Najmi Dan Alam Dewasa


Gua memang nak sunat dia since dia Darjah 1 lagi (Tahun 2011).. Tapi cuti sekolah ujung tahun masa dia darjah satu dulu telah Gua penuhkan dengan aktiviti Kem Ibadat. So tak sempat Gua nak sunatkan dia.

Cuti Sekolah akhir tahun baru-baru ni, awal-awal Gua dah sound dia yang Gua nak sunatkan dia. Dia OK. Nampak tabah anak Gua ni. Gua bukan apa.. At lease lepas dia dah bersunat nanti, takde la dia buat free show lagi bila lepas mandi.. Berlengging dari toilet pastu pakai baju ngan seluar depan TV jek.. Pastu bila Gua bawak gi sembahyang jumaat ke, boleh la dia duduk kat saf depan sikit.

Weekend lepas, Gua bawak satu family termasuk bibik balik kampung mertua Gua kat Gong Rosmah, Kuala Terengganu. Hari ahad tu, dalam pukul 10 pagi kot, Gua gamble gi satu klinik swasta kat sana yang kat depan klinik tu ada tulis 'Perkhidmatan Berkhatan Disediakan'. Gua ingat nak main walk in je.. Rupa-rupanya kene buat appointment. Slot untuk sesi pagi tu dah penuh.. Tapi slot petang, ada kekosongan sebab ada satu budak tu cancel nak bersunat petang tu.. So Gua on je.. Janji dia akan bersunat hari tu gak. So akak kaunter klinik tu set appointment pukul 2 petang tu.. Gua bawak Najmi balik rumah dulu, sementara tunggu pukul 2 petang.. tengahari tu dia makan nasik, belasah sampai 2 ketul ayam goreng sebab dia tau lepas besunat nanti dia kene berpantang sampai bird dia sihat.
Sebelum masuk bilik rawatan.. Wajah cuak-cuak macho yang seribu makna

Lebih kurang pukul 2 lebih petang tu, Gua ngan Ummi bawak la Si Najmi ni ngan sepupu dia Faheem gi klinik tu balik.. Faheem tu belum tiba masanya nak besunat lagi, sebab baru 6 tahun je pun.. Tapi saja nak bagi moral support la tu..

Masuk bilik rawatan, Gua pulak yang cuak..Gua tengok dia rileks je.. Maybe sebab Gua mabuk darah kot..hahaha..Tak gore grind langsung...Dr. Spray bius kat bird dia..Gua tanya..sejuk tak..dia kata sejuk..huhu.. Gua ingat lagi zaman Gua dulu, sunat ramai-ramai..pastu dia bius pulak awal sangat.. sampai turn gua nak sunat, time jahit tu, rasa kebas bius dah hilang..giler sakit siut...

Dr. Murad tengah mengerjakan Angry Bird Najmi...
Dekat sejam jugak la Dr. tu mengerjakan bird Najmi..Gua lebih banyak menyorok di belakang Ummi sebab Gua malas nak tengok sangat.. Takut Gua tumbang nanti, tak pasal-pasal Doktor tu sunat Gua balik... Faheem sepupu Najmi, bila tengok live, lagi la dia takut.. Dia kata dia nak request kat abah dia, sunat Darjah 5 lahh...Najmi Gua tengok rilek je..Gua tanya, sakit tak..Dia kata OK je..Najmi bersunat secara potong dan jahit, sama macam cara Gua dulu-dulu.. Tak main la clamping punya style ke apa.. Tak 'True'.. Mana ada istilah sunat tak keluar darah..pastu boleh terus pakai seluar...Poser siut..

Lepas sunat, Doktor ajar cara pakai kain pelikat supaya takyah nak kene pegang kain sampil berjalan... Ada skill rupanya nak gulung kain tu..

Rasa macam kene gigit semut je...
Balik rumah, bila ubat bius dah hilang rasa kebas, meraung jugak la dia..Terus Gua bagi makan pain killer 2 bijik..Dekat 15 minit baru hilang rasa sakit dia.. Sian...Takpa la..sekali seumur hidup je sayang abah oi...

Masa ni bius still ada lagi..Boleh la lena kejap
Tadi Gua telepon Najmi, dia dah melompat berlari dah.. 2 hari je dah sihat..That's my boy... Dulu masa Gua kecik, lepas Gua sunat, Gua cakap kat mak Gua, lepas sunat dah boleh kawen la kan mak? Kepala hotak Gua...


Friday, November 23, 2012

Tarja - Anette - and now Floor Jensen

Floor Jensen ni OK kalau bawak lagu-lagu lama Nighwish zaman Tarja.. Tapi bila bawak lagu baru dari Album Imaginaerum, kureng sikit sebab vocal Anette lebih sesuai.

So lepas ni Nightwish boleh keluarkan balik material macam zaman dulu-dulu sebab dah dapat vocalist yang sesuai..

Imaginaerum - Now In Film

Macam best citer ni... Gua rasa semua lagu dalam album Nighwish tu diceritakan semula dalam filem ni.. Wajib download bila dah ada orang upload nanti..hahaha..

Wednesday, November 14, 2012

Vortex Super Stadium




 Gua dah cakap dah.. Abis Gua tak tahu nak posting apa kat entry blog Gua bulan ni, Gua masukkan je barang Beyblade Gua nak jual..

Vortex Bey stadium untuk dijual. Cukup-cukup la main beyblade dalam besen ataupun dalam talam. Jangan kedekut ngan anak-anak. Belikan diorang Beyblade Stadium yang murah macam ni jadi la.. Takyah la beli yang kat Toy r' us mahal-mahal sampai RM60 ke RM200 tu. Untuk entry level, vortex bey stadium ni pun dah memadai. Gua nak tolak RM35 tak masuk kos penghantaran. Untuk postage, tambah RM10 dan Gua akan pos guna Skynet.

SGHC & Tukartiub

Dekat sebulan Gua tak update blog. Kesibukan berulang alik dari Subang ke Melaka setiap minggu, menyebabkan Tukartiub, salah satu blog yang wajib aku baca tetiap hari satu masa dulu, sudah lama aku tinggalkan. Kat PTG Melaka pulak, semua website yang bersumberkan blogspot akan disekat. Mungkin kerana terlalu banyak blogger-blogger bersifat political menggunakan blogspot sebagai medium penyampaian gossip-gossip political mereka.

Gua akan tambah la beberapa entry lagi kat blog Gua ni untuk memastikan bulan November ni ada jugak bende yang dapat gua tulis kat blog Gua. Abis teruk pun..Gua akan post produk beyblade terbaru yang Gua jual...

Wednesday, October 17, 2012

Black Winter 2012

Lama dah tak layan.. Tak tau pulak ada yang baru punya...


HARDSTYLE..UNTIL YOU DIE...

Thursday, October 4, 2012

Sambutan Hari Jadi Berganda



Semalam 3/10/2012, adalah Hari Jadi anak Bongsu Gua, Muhamed Fareedz Nubaid. Dan hari ini, 4/10/2012 pulak hari jadi Wife Gua yang tercinta, Natrah Haji Amat... Happy Birthday Ummi & Nubaid. Di dalam kesibukan Gua turun naik KL- Melaka, semalam Gua sempatkan jugak untuk balik Subang Galaksi sempena nak menyambut sambutan hari jadi berganda ni. Buat Ummi, Abah mintak maaf kalau sambutan tak seberapa semalam. Hadiah yang Abah beli pun, setakat yang Abah mampu je. Tapi Abah harap Ummi memahami erti kata 'Sentimental Value' pada apa-sahaja yang Abah hadiahkan kat Ummi. Kalau tak berapa suka pun, Abah harap, sekali sekala Ummi guna la jugak pemberian Abah tu. Buat Nubaid, jangan la baling selalu mainan Abah baru bagi semalam. Sebab takyah baling pun, drum set tu akan berbunyi gak... Bukannya tujuan Abah nak jadikan Nubaid bila besar nanti terrer main drum macam Lars Ulrich, Metallica tu ke atau Jukka Nevalainen, Nightwish tu ke ataupun setidak-tidaknya Atan, Parkinson ke apa. Sekadar permainan...

To both of you, Happy Birthday.. Abah Sayang Ummi, Nubaid dan semua anak-anak Abah yang lain (Najmi & Najwa)

Lagu Modern Talking ni Abah dedicate kat Ummi, sepertimana yang abah tulis kat kad birthday semalam...


Wednesday, September 19, 2012

Kerbecs Blade Blast

Kerbecs Blade Blast
Ada sorang budak ni, add gua punya Whatsapp pakai akaun mak dia. Asalnya nak beli beyblade je.. Tapi msg Gua tak berhenti-henti siang malam, kalah orang bercinta dibuatnya. Gua disebabkan nak secure customer ni, Gua pun layan la... Abis semua jenis nama beyblade dia tanya Gua..Akhirnya tengahari tadi, mak dia pun bayar la RM50 untuk 3 bijik Beyblade, Kerbecs Blade Blast, Pegasus Jumper ngan Phantom Orion...
Phantom Orion
 Lepas ni kalau dia komplen apa-apa pasal Beyblade dia beli dari Gua, malas Gua nak layan...
Pegasus Jumper

Hujan Rintik-Rintik



Lu masa kecik-kecik dulu ada main lagu ni tak? Ni kira Gua punya versi sebelum di Grindcore kan melodinya...

Monday, August 27, 2012

Raya.. Subang - Bagan Datoh - Gong Badak

Walaupun dah hari raya yang ke-9, Gua rasa masih belum terlambat untuk Gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H.. Maaf zahir dan batin seandainya terdapat salah dan silap pada kata-kata Gua sama ada secara zahirnya mahupun kekasaran tutur kata dari segi penulisan Gua di dalam blog ini.

Tahun ni Gua beraya di Bagan Datoh bermula pada Ramadhan hari yang ke-28 sehinggalah Syawal hari yang ke-2. Malam raya ke-3 tu Gua balik ke Subang.. 1st time Gua berada di KL pada hari raya ke-3.. Memang sunyi dan lengang..

Pagi raya ke-3 Gua terus melaksanakan projek mencari side mirror vios Ummi yang pecah masa bulan puasa hari tu. Lebih 10 kedai sparepart Gua redah. UMW distribution center pun tutup lagi, PH Auto kat Seapark pun tutup lagi, Kedai sparepart kat Subang perdana, takda stock.. Yang ada pun Altis punya je..Gua redah pulak ke area Sungai buloh dengan harapan Service center bukak.. Tapi malang sebab tutup lagi.. Redah pulak area Rahman Putra, pastu Bandar Baru Sungai Buloh sampai la ke Paya Jaras.. Semua takda stock.. Gua dah give up. Gua ingat nak cungkil je cermin Avanza Gua tu, pastu lekatkan kat Vios. Last-last jumpa jugak cermin tu kat Subang 2. Itupun mahal kan main.. Sampai RM65.. cermin Ikea lagi murah... Last-last pukul 6 petang baru Gua dapat gerak dari Subang ke Kuala Terengganu. Sampai pun dah pukul 1:15 pagi..

Gua berada di Gong Rosmah Kuala Terengganu sehinggalah hari raya ke-7.. Gua banyak habiskan masa dengan tidur je sebab bilik Gua kat rumah mertua Gua tu dah pasang aircon.. Sejuk je 24 jam...Petang raya ke-7 Gua memulakan perjalanan balik ke KL jam 5 petang.. Jem bukan main.. Pukul 9 baru sampai Kemaman. Kalau Gua direct ni, mau 2-3 pagi baru sampai.. Last last Gua tidur rumah Opah Ummi kat Bukit Mentok, Kemaman. Pagi-pagi raya ke-8, lepas subuh Gua gerak balik ke KL.. Belum start jem lagi.. 3 jam lebih Gua dah sampai KL.. Alhamdulillah.. Semuanya selamat..


Hari ni, Raya ke-9 Gua dah masuk opis.. Busannnnn...

Tuesday, July 17, 2012

Galaxy Pegasis

Ni barang champion punya. Gua ada 2 set sekarang. Complete siap dengan Launcher Grip yang berkelip-kelip lampu dia. Harga promosi sekarang.. RM25 sekali postage...


Hujung Minggu Bersama Anak-Anak

Gambar ni Gua ambik seminggu sebelum Germany kalah semi final lawan Italy tempohari. Dalam kesibukan bekerja di hari-hari biasa, Gua seboleh-bolehnya akan memastikan hujung minggu adalah masa untuk Ummi dan anak-anak.

Ni kira abis tak tau nak gi mana-mana, Gua bawak la budak-budak gi Empire Subang Jaya. Masa ni semangat untuk melihat Germany ke Final Euro 2012 masih tinggi. Gua ngan Najmi pun dengan penuh teliti mewarna replica bola yang Najmi pilih. Najwa ngan Ummi mewarna replica Halloween bentuk pumpkin..

Tuesday, June 19, 2012

Bila Munkee Boleh Berkata-kata

Ayat bodek.. Sebelum munkee ni nak buat rumah sebelah loji Lynas, suruh dia tido seminggu kat asrama mana-mana kolej kediaman pelajar IPT / IPTS kat Malaysia ni... Kalau boleh UNISEL... Duduk satu bilik ngan budak-budak yang try mintak PTPTN tapi tak dapat sebab dia punya statement suruh gantung offer PTPTN untuk student UNISEL hari tu..


Monday, June 18, 2012

Quarter Final.. Germany vs Greece



Rekod terbaik sepanjang Euro 2012 yang tiada satu team dalam group lain dapat buat sepanjang Euro 2012..Germany dengan kemenangan penuh untuk 3 perlawanan dan memungut 9 mata, kini mengesahkan layak ke Quarter Final pada 22/6/2012 (waktu Eropah dan 23/6/2012 Waktu Malaysia) dan akan melawan Greece..

Gol Pertama dijaringkan oleh penyerang sensasi  Germany yang tak pernah gagal menjaringkan sebarang gol di kejohanan-kejohanan besar, Lukas Podolski.. Namun Denmark berjaya menyamakan kedudukan kepada 1-1 setelah Krohn-Dehli menanduk masuk ke gawang Germany 5 minit selepas Gol pertama Podolski..


Kemenangan yang paling sukar setakat ini apabila berjaya mengalahkan Denmark pada 10 minit terakhir perlawanan setelah Lars Bender, pemain pertahanan yang menggantikan Jérôme Boateng (Digantung 1 perlawanan), menjaringkan gol kedua buat Germany dan menjadikan kedudukan 2-1. 





Di satu lagi perlawanan, Portugal telah mengiringi Germany ke Quarter Final setelah berjaya meratah terus ayam Belanda yang dipanggang masak oleh Germany minggu lepas denga kemenangan 2-1.. Kedua-dua gol dijaringkan Ronaldo.


Kemenangan 3 kali ke atas semua pasukan dalam Kumpulan B, membuktikan Kumpulan B ni takda la Group Of Death pun...Untuk Germany la.. Tapi Group of Death untuk Holland sebenarnya, sebab terpaksa pulang awal tanpa sebarang mata...

Friday, June 15, 2012

1 Step To Quarter Final

Gua rasa ramai yang tunggu match ni. Reputasi Belanda sebagai Naib Juara Piala Dunia 2010, sememangnya  menjadikan pasukan ini adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini. Kalau tgk kat stadium malam tu pun, sebahagian besar memakai baju Oren sampai kita tengok pun macam stadium kosong sebab warna oren tu sama warna macam kerusi kat stadium..

Gua tengok match ni kat kedai mamak, sebab Gua berada di Melaka hari tu.. Gua dah siap pakai jersey Germany.. Tapi nampak mcm hanya Gua yang sokong Germany kat kedai mamak tu.. Nasib baik tak kene pukul..hehehe..

Malam tu, harapan Gua untuk Germany menang, takda la tinggi sangat.. Dapat seri pun jadi la.. Tapi bila fikirkan balik, Denmark pun boleh kalahkan Belanda pada match sebelum tu, Gua rasa Germany pun ada peluang yang sama..Bila Gomez menjaringkan gol pertama tu, Gua memang seronok, tapi tak berani nak bersorak sangat.. Tetapi bila 2nd goal tu, Gua tak dapat menyembunyikan lagi kegembiraan Gua.. 3 mata bakal diperolehi malam tu..

Belanda memperolehi saguhati satu gol malam tu hasil jaringan Van Persie.. Walau pun macam tu, pujian yang tak terhingga harus diberikan kepada penjaga gol Germany serta barisan pertahanan kerana banyak menyelamatkan gawang gol Germany malam tu.. Banyak jugak percubaan-percubaan merbahaya dari Belanda malam tu. Tapi barisan pertahanan ini berjaya menangkisnya..


Apa-apa hal pun, Germany dah selangkah ke suku akhir. Seri dengan Denmark lepas ni sudah memadai untuk Germany melangkah ke suku akhir.. Tapi Gua mengharapkan kemenangan dengan gol yang lebih besar untuk next match..Coach Joechim Low yang suka korek hidung tu, Gua harap dapat beri peluang pula pada Miroslav Klose untuk bermain dengan lebih lama bagi match kali ni.. Bagi Gomez rihat sikit sebagai persediaan di Suku Akhir. Hail Germany...

Buat penyokong Belanda, ayam Belanda Lu orang dah masak dan sedia untuk dimakan


Wednesday, June 13, 2012

Beyblades

Gua ngan anak Gua dah gian layan bende ni.. Kebetulan Najmi dapat hadiah Birthday dia baru-baru ni, sebijik Bey Stadium yang ala-ala turntable....

 Memang syok main kat stadium ni.. Gua ingat nak bikin competition la lepas ni.. Subang Galaxy Beyblade Tournament.. huhu..



Sunday, June 10, 2012

Permulaan yang baik..

Baik Ronaldo, Nani, Pepe..Semua sayur je malam tu.. Tandukan cantik dari Mario Gomez menjahanamkan impian Portugal untuk kemenangan pertama pusingan akhir Euro 2012. Walaupun hanya menang 1-0, apa yang penting 3 mata..

Next game, 14/6/2012 ni (Waktu Malaysia). Nak kene lawan Ayam Belanda... Mari kita Panggang itu ayam..Macam ni...

p/s: Belanda kalah ke menang dengan Denmark malam tu ye? hahaha

Friday, June 8, 2012

Happy Birthday Along Najmi

Selamat hari jadi Abang Long. Abah and Ummi love you.. Be a good boy aka Anak yang solleh.


Hadiah Special tahun ni...


Ni yang paling best.. Beyblade stadium...


Wednesday, June 6, 2012

Gua Dah Ready For Euro 2012


Hari Jumaat malam 8/6/2012 ni bermulalah temasya bola sepak yang kedua terbesar di dunia selepas Piala Dunia iaitu UEFA Euro 2012, di mana gergasi-gergasi bola sepak yang terhandal di Benua Eropah akan bertempur sepanjang Bulan Jun ini untuk mencapai kejuaraan bola sepak yang paling berprestij di Eropah.. Jika   4 tahun dahulu, Sepanyol berjaya mengatasi Germany di pentas final Euro 2008 untuk menjuaraai kejohanan ini, tapi Gua pasti tahun ni, Germany tak akan terkilan lagi... Walaupun semasa World Cup 2010, Gua adalah penyokong tegar Argentina, tapi untuk peringkat kejuaraan Eropah ni, Germany adalah pilihan Gua..

Sebagai persediaan, Gua dah beli Home Jersey untuk Germany dan Gua akan support semua game yang melibatkan Germany... Klose, Podolski, Mesut Ozil, Mario Gomez, Schweinsteiger, Philip Lahm, Sami Khedira....Ramainya star kat squad Germany ni.. Walaupun Germany satu group ngan Belanda dan Portugal, Gua rasa takda masalah untuk Germany mara ke pusingan seterusnya.. 1st game, kena lawan Portugal, dan Gua rasa takda masalah untuk Germany.. 2nd game kene lawan Belanda.. Gua pasti akan perang mulut ngan Rok Poyan... Siut la.. Sepupu gua Shahrul dapat free ticket tengok match ni live kat Kharkiv, Ukraine. Semua sponsor by Kia Motor..

Apa-apa hal, Germany wajib masuk final dan menang Euro 2012 kali ni...