Gua memang nak sunat dia since dia Darjah 1 lagi (Tahun 2011).. Tapi cuti sekolah ujung tahun masa dia darjah satu dulu telah Gua penuhkan dengan aktiviti Kem Ibadat. So tak sempat Gua nak sunatkan dia.
Cuti Sekolah akhir tahun baru-baru ni, awal-awal Gua dah sound dia yang Gua nak sunatkan dia. Dia OK. Nampak tabah anak Gua ni. Gua bukan apa.. At lease lepas dia dah bersunat nanti, takde la dia buat free show lagi bila lepas mandi.. Berlengging dari toilet pastu pakai baju ngan seluar depan TV jek.. Pastu bila Gua bawak gi sembahyang jumaat ke, boleh la dia duduk kat saf depan sikit.
Weekend lepas, Gua bawak satu family termasuk bibik balik kampung mertua Gua kat Gong Rosmah, Kuala Terengganu. Hari ahad tu, dalam pukul 10 pagi kot, Gua gamble gi satu klinik swasta kat sana yang kat depan klinik tu ada tulis 'Perkhidmatan Berkhatan Disediakan'. Gua ingat nak main walk in je.. Rupa-rupanya kene buat appointment. Slot untuk sesi pagi tu dah penuh.. Tapi slot petang, ada kekosongan sebab ada satu budak tu cancel nak bersunat petang tu.. So Gua on je.. Janji dia akan bersunat hari tu gak. So akak kaunter klinik tu set appointment pukul 2 petang tu.. Gua bawak Najmi balik rumah dulu, sementara tunggu pukul 2 petang.. tengahari tu dia makan nasik, belasah sampai 2 ketul ayam goreng sebab dia tau lepas besunat nanti dia kene berpantang sampai bird dia sihat.
Sebelum masuk bilik rawatan.. Wajah cuak-cuak macho yang seribu makna |
Lebih kurang pukul 2 lebih petang tu, Gua ngan Ummi bawak la Si Najmi ni ngan sepupu dia Faheem gi klinik tu balik.. Faheem tu belum tiba masanya nak besunat lagi, sebab baru 6 tahun je pun.. Tapi saja nak bagi moral support la tu..
Masuk bilik rawatan, Gua pulak yang cuak..Gua tengok dia rileks je.. Maybe sebab Gua mabuk darah kot..hahaha..Tak gore grind langsung...Dr. Spray bius kat bird dia..Gua tanya..sejuk tak..dia kata sejuk..huhu.. Gua ingat lagi zaman Gua dulu, sunat ramai-ramai..pastu dia bius pulak awal sangat.. sampai turn gua nak sunat, time jahit tu, rasa kebas bius dah hilang..giler sakit siut...
Dr. Murad tengah mengerjakan Angry Bird Najmi... |
Lepas sunat, Doktor ajar cara pakai kain pelikat supaya takyah nak kene pegang kain sampil berjalan... Ada skill rupanya nak gulung kain tu..
Rasa macam kene gigit semut je... |
Masa ni bius still ada lagi..Boleh la lena kejap |
No comments:
Post a Comment