Tuesday, April 2, 2013

Makan Strawberry Di Puncak Cameron

Don't Worry... Petik Tea...
Sebut sahaja pasal Camoron Highland, terus Gua teringat dengan Datuk Haron, Pengarah Pasukan Projek e-Tanah yang dulunya pernah jadi DO di Cameron Highland.. Ntah kenapa Gua boleh teringat pasal Datuk Pendek tu pun, Gua tak tau la... Tapi ada cerita yang mengatakan Datuk Haron tu pun sebenarnya keturunan Orang Asli... Mungkin betul kot.. Tu sebab dia boleh jadi DO kat Cameron Highland..

Kali pertama dan terakhir Gua menjejakkan kaki di Cameron Highland adalah masa Gua Form 1 kalau tak salah Gua.. Maknanya dah 20 tahun lebih dah kot.. Gua ingat lagi, masa tu Gua ikut rombongan Asrama Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun. Masa tu Gua sampai sana kira awal pagi la jugak.. Sejuknya bukan main lagi.. Masa cuti sekolah baru-baru ni, Gua naik sekali lagi ke Cameron Highland bersama Isteri tercinta serta anak-anak tersayang.. Ternyata Avanza buruk Gua masih bertenaga untuk membawa kami ke Puncak Cameron tanpa sebarang masalah.. Bukannya apa, Vios belum sempat nak service.. So terpaksa la bawak Avanza.

Gua ngan family naik ke Ipoh terlebih dahulu pada petang 28/3/2012 dan bermalam di sebuah Hotel Budget di Ipoh.. Niat Ummi untuk makan sedap kat Ipoh malam tu berjaya dilunaskan setelah GPS Garmin mencadangkan Restoran Nasik Lemak Ayam Kampung yang terletak di Pekan Ipoh..Memang best masakan kat situ..

Pagi 29/3/2012, Gua terus check out dari French Hotel dan menuju ke arah Simpang Pulai. Singgah kejap breakfast kat Old Town White Coffee untuk bersarapan, dan tapau Domino Pizza untuk dimakan di Puncak Cameron tengahari tu.. Takut nanti sampai kat atas tak tahu nak makan kat mana..
Laluan ke Cameron melalui Simpang Pulai

Jalan naik ke Cameron melalui Simpang Pulai agak selesa kalau nak bandingkan dengan jalan melalui Tapah. Dalam pukul 12 tghari Gua sampai di Kg. Raja. Tempat persinggahan pertama adalah sebuah kedai berasaskan Strawberry & Chocolate, Avant Chocolate.. Gua sempat makan ais krim Malaysia berasaskan strawberry.. Sebatang harganya seringgit.. Test power untuk tangkap gambar guna aplikasi Android, Cymera dalam phone Samsung Gua.. 
Strawberry di sana sini

Gua meneruskan perjalanan. Kononnya nak carik tempat yang boleh petik strawberry sendiri.. Rasanya kene gi Brinchang kot.. So Gua pun terus taip kat GPS 'Strawberry Park' dan meneruskan perjalanan mengikut arahan GPS. Dalam perjalanan ke Brinchang, nampak satu kebun teh Cameron Valley Tea. Dia ada satu Tea House yang menjual product dari Bharat Group. Ladang teh yang menghijau menarik Gua sekeluarga untuk singgah.. Walaupun matahari tengah terik waktu tu, tapi ianya tidak menghalang Gua untuk meredah kebun teh yang subur menghijau.. Kedinginan di Cameron waktu tu sedikit sebanyak mengurangkan rasa panas terik di kala tengahari.. 
Mula-mula niat nak menghirup teh tarik kat situ..Tapi secawan teh tarik pun harga mencecah sampai RM6-RM7, Gua batalkan hasrat.. Tapi Gua sempat membeli beberapa kotak teh berperisa strawberry dan anggur untuk dibancuh balik nanti.


Gua tak lama di Cameron Valley Tea, sebab banyak lagi tempat nak pegi.. Next, nak pegi jugak petik strawberry.. Tapi dalam perjalanan, nampak macam happening je Lavender Park, taman bunga yang sangat besar kat Cameron Highland ni. So dah alang-alang sampai, singgah je la.. Tak sia-sia singgah..Memang cantik.. 
Di celah-celah pokok lavender
Spek baru tu..

Rupa-rupanya kat dalam tu bukan setakat taman bunga.. Strawberry park pun ada kat situ.. Boleh petik sendiri, pastu timbang.. setiap 100gram (with minimum 200gram) dia akan charge RM5. Petik punya petik, total collection 300gram.. Cukup la tu kalau setakat nak merasa.. Bukan sedap sangat pun rasa strawberri kat Lavender Park ni..
Impian untuk memetik strawberry tercapai
Bersama hasil tangkapan yang telah dibungkus..
Tapi tengah penat-penat tu, dapat pulak pekena strawberry milk shake.. memang best.. Hilang dahaga dan yang penting, tak manis... Gua yang ada kencing manes boleh minum...
Strawberry Milk Shake

Di puncak replika buah labu..
Effect gambar yang ditangkap pakai Cymera ni, macam pakai SLR je..

Hari dah semakin lewat.. Sayur tak beli lagi.. Gua ingat nak singgah je pasar malam kat Brinchang untuk beli sayur.. Dalam perjalanan ke Brinchang, nampak gerai-gerai sayur kat tepi jalan.. Tapi nak berenti susah sebab rapat sangat ngan jalan. Gua belok kat satu simpang, kononnya nak parking.. Ternampak signboard Boh Tea Centre 2KM di hadapan.. Apa lagi, Gua pun redah la jalan kecik yang muat sebijik kereta tu sejauh 2 KM semata-mata nak gi Ladang Teh Boh yang terbentang luas.. Separuh jalan rasa nak give up sebab bila selisih ngan kereta dari arah bertentangan, sipi-sipi je mengelak.. Takut jatuh gaung, sia-sia je.. 

Berlatar belakangkan kebun teh yang subur

Akhirnya sampai jugak.. Tapi tak sia-sia.. Tempat tu memang cantik.. Kalau selalunya kita tengok estet kelapa sawit.. Tapi ni dah kita estet kebun teh yang terbentang luas. Cuaca petang tu memang sejuk sikit berbanding tengahari tadi.. 

Est Since 1929...Sebelum zaman Jepun lagi ni
BOH Tea Centre, Sungei Palas

Gua bawak budak-budak gi kilang memproses teh.. Ni kira macam sesi lawatan sambil belajar la kononnya.. lebih kurang jam 4:20 petang, Gua pun turun balik.. Itu pun konvoi ngan kereta-kereta lain yang nak keluar dari kebun teh tu jugak.. Dalam perjalanan, memang ada beberapa bijik kereta yang baru nak masuk, give up dan patah balik keluar, sebab tak tahan nak merempuh jalan yang mencabar tu.

Gua kene turun dari Cameron ni sebelum hari gelap. So Gua decide, ladang teh Boh ni adalah destinasi terakhir sebelum Gua turun ke Tapah. Niat nak ke pasar malam pun mungkin terpaksa Gua batalkan. Gua beli sayur kat gerai tepi jalan je.. Dan Gua kene rip off sebab beli kobis 3 bijik pun dah RM10.. Kene paksa pulak beli ubi keledek Jepun yang sebungkus sampai RM10... Takpa la..Cameron punya pasal..

Balik gua turun dari Berinchang ke Tanah Rata.. Lalu la kat area pasar malam.. Tapi dah lewat petang.. Gua kene turun jugak walau mcm mana pun. Singgah solat asar jap kat satu masjid kat Tanah Rata.. Gua dah rasa melikit seluruh badan.. Kene tuko baju.. Najmi pulak gi mandi terus dan tukar baju tido.. On the way balik ikut jalan turun ke Tapah, amatlah mencabar.. Jay Chow pun rasanya tak sanggup berlakon Initial-D kalau producer decide nak buat kat jalan turun Cameron arah Tapah ni.. Budak-budak dah tido sebab letih sangat.. Hari semakin gelap.. Gua bawak slow-slow je, sebab banyak sangat corner yang sebahagiannya dah macam U-Turn dah bentuknya.. Malam tu dalam pukul 10 kot baru sampai Parit Nibong. Bukak je strawberry terus settle time tu jugak...

No comments:

Post a Comment