Wednesday, April 7, 2010

Kemusnahan


Daripada gambar sahaja, sudah menceritakan seribu satu tafsiran akan kemusnahan akibat kerakusan kapitalis-kapitalis yang begitu tamak dalam mencipta kemodenan di zaman ini. Bertuhankan wang ringgit, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhkan poket masing-masing. Perperangan menjadi satu perniagaan yang amat menguntungkan para kapitalis walaupun di sebelah pihak lagi, nyawa dan kemusnahan dijadikan pertaruhan.

Artwork ni memang lawa. Kalau sesiapa ada lobang nak printing T-Shirt gambar ni, bagitau aku.

Metalcore Jet..Jet..


Hari ni gua layan mp3 band Metalcore dari Savannah, Georgia nih.Nama band Kylesa. Lama dah tak layan lagu-lagu hardcore style camni. Asyik layan lagu grind pasal blender daging mentah je.

LP title 'Time Will Fuse It's Worth' released by Havoc Record. Favourite track 'Where The Horizon Unfolds'.




Kylesa Current Lineup
Phillip Cope – vocals, guitars (2001–present)
Laura Pleasants – vocals, guitars (2001–present)
Corey Barhorst – bass, vocals (2002–present)
Carl McGinley – drums, percussion (2006–present)
Eric Hernandez – drums, percussion (2008–present)

Metal Abang-Abang


Sesekali layan band metal abang-abang. Soulfly new album "OMEN" akan release 25/5/2010. Band kegemaran Aru Koffin Kanser ni masih mengekalkan muzik keras New Wave Metal dia yang ada unsur-unsur samba ala-ala Brasil tu. (Worldcup dah dekat. Kena review unsur-unsur bola jugak).



Nak dengar lagu baru Soulfly, "Rise Of The Fallen" boleh bukak kat website Roadrunner Record nih


Dah tua dah Abang Max Cavalera nih. Tapi suara ngan gitar riffs dia still power. Macam masa dgn Sepultura dulu jugak. Max Cavalera baru buat side project ngan adik dia, Igor Cavalera dengan nama band Cavalera Conspiracy main style Thrash Metal macam masa zaman Sepultura dulu-dulu.





Balik pasal cerita album baru Soulfly, 'Omen', teringat aku cerita seram pasal anak setan dulu-dulu, The Omen jugak nama cerita tu. Budak kecik tu langgar mak dia naik beskal dan mak dia jatuh dari tingkat atas rumah sampai patah tengkuk.