Wednesday, December 12, 2012

12/12/2012


Gua membuat posting ni selepas detik 12 malam pada 12/12/2012. Satu tarikh yang agak unik yang mana pernah menjadi kepercayaan sesetengah Mat Salleh bahawa tarikh ni adalah tarikh keramat, di mana kemungkinan sesuatu peristiwa penting akan berlaku pada tarikh ini. Sampai ada yang mempercayai bahawa hari kiamat jatuh pada tarikh ini. Semua itu karut belaka. Mana mungkin manusia boleh mengetahui tarikh hari kiamat melainkan Yang Maha Esa sahaja yang maha mengetahui dan telah membuat ketentuan ke atas apa yang telah ditentukan oleh Nya. 

Sebuah filem telah diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk '2012' yang berkisarkan tentang kehancuran dunia, apabila gempa bumi yang sangat dasyat melanda disertakan dengan Tsunami yang membanjirkan sebahagian besar muka bumi, sehinggakan ratusan juta manusia tidak dapat menyelamatkan diri dari bencana ini. Di dalam cerita ini, kita dapat melihat bahawa kononnya hanya Kapitalist yang berhak untuk hidup, apabila kira-kira 400,000 manusia terpilih dan berharta mampu untuk membeli tiket menaiki Bahtera besar yang kononnya mampu menyelamatkan mereka dari bencana ini. Agak kelakar apabila ramai Mat Salleh yang mempercayai bahawa masih ada peluang untuk mereka menyelamatkan diri daripada hari kiamat. Kalau sebelum ini, banyak kajian dilakukan untuk melihat sama ada kesesuaian manusia untuk hidup di Planet Marikh, seandainya Bumi ini musnah, lebih kurang macam tu lah jugak plot cerita ni. 

 Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat.   (Surah Azzumar : 68)

Tatkala Israfil meniupkan sangkakala yang kedua, tidak akan ada makhluk yang akan terlepas daripada kematian, di langit dan di bumi.

Aku baca satu penulisan berkenaan Kengerian Hari Kiamat dan sememangnya Aku insaf... Semoga Kita akan tergolong di dalam Ummat Nabi Muhammad S.A.W, yang akan dipermudahkan untuk dihisab di akhirat kelak dan apabila Kita dibangkitkan dari kubur kelak, berita gembira yang kita terima adalah, syurga kita telah tersedia untuk kita semua.. Amin.