Monday, October 4, 2010

Selamat Hari Jadi Natrah Haji Amat



Selamat Hari Jadi Ummi. I love you so much. Abah nak mintak maaf sebab tahun ni tak sempat nak celebrate grand-grand. But will bring all of us somewhere tonight to celebrate your birthday. Hadiah...hmmm, nanti Ummi pilih sendiri lah...

SGHC Open House

3 orang otai yang sedang membakar ayam, dari kiri, Abang Dollah, Wak dan Abang Zul

Semalam, secara tak rasminya gua jadi salah seorang ahli bertugas untuk majlis jamuan hari raya Jalan Bumi U5/136A, SGHC. Dari mengangkat khemah, susun meja, menghidupkan bara api dapur BBQ sampai la memanggang ayam, gua ada terlibat. Memang secara tradisinya, majlis-majlis anjuran kariah SGHC, mesti ada BBQ. So bila pukul 4:30 petang tu, nampak je asap naik, diaorang pun terus la serbu. Alhamdulillah, majlis kali ni consider berjaya. Sampai 10 malam baru settle. Makanan pun dengar citer, takda la yang sampai terbuang. Semua settle.

P/S: Kepada organizer, mintak maaf sebab kuah durian untuk cicah roti jala terpaksa bertukar kuah kari ayam. Durian tak musim sekarang ni..Takkan gua nak buat kuah durian pakai D24.

Makan Di Meja VIP


Weekend lepas, gua gi kenduri kawen anak pompuan Haji Suhid bin Pawiro, JP (hehehe... Javanese Peranakan). Buat kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban tu. Niat di hati, nak datang awal dalam pukul 11:30 ke, pas makan terus blah la.. Sebab banyak open house hari tu gua nak pegi. Kira daripada breakfast sampai supper la penuh jadual.

Sampai Seremban pukul 12 lebih. Mencarik lokasi, dekat 15 minit. Pastu tunggu Shukri. Ada 2 tempat makan, satu khemah kat luar, satu lagi kat dalam dewan. Gua takut yang kat luar dewan tu majlis orang lain, so gua pun gi la carik Haji kat dewan. Jumpa je Haji, dia suruh penyambut tetamu bawak kami kat meja VIP. Pheh, first time gua jadik VIP.


Majlis memang grand. Ada live bank otai-otai main lagu lama ber 'slang' Nogori Sembilan (Minang). Dia punya MC, Abby Yus yang selalu berlakon lawak cakap Nogori Sembilan tu. Tapi bila jadik MC, lawak dia tak de orang gelak pun. Mungkin sebab oranmg kat situ memang orang tempatan.. Dah biasa dengan slang Negeri Sembilan. Kalo kita tgk kat TV tu, macam lawak sangat je.



Satu penyesalan yang amat sangat masuk dalam dewan. Kena tunggu pengantin datang, bersanding, tepung tawar, pengantin turun stage pegi meja makan... baru la tetamu boleh makan. At last dari pukul 12:45PM masuk dewan, pukul 2:30 baru dapat makan. Jawabnya, kansel la 2-3 open house yang aku nak pegi.

Buat Haji Suhid, selamat menerima menantu. Orang Ganu tu..Kalau bas rombongan pengantin nak hantar majlis rumah lelaki nanti ada kosong, boleh sekiranya anakanda menumpang balik kampung kat Gong Badak...