Showing posts with label dago. Show all posts
Showing posts with label dago. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

The Secret, Factory Outlet Favourite Ummi


Ummi memang dah aim 2-3 bende kat The Secret ni masa 1st day kitaorang sampai. That's why dia asyik sebut-sebut Factory Outlet ni je. Tapi dia confuse The Secret ni dengan Jalan Dago. The Secret dekat Jalan Riau.

Aku memang dah tak larat giler dah ni. Rasa macam nak demam. Semalam on the way balik dari Jalan Dago ke hotel, kepala kena hujan. Masa Ummi tengah shopping kat The Secret tu, aku duduk kat satu bangku panjang, terlelap dekat setengah jam. Aku tak tau la aku tidur berdengkur ke tak. Tapi yang sure aku tak 'ngenches' (tanya orang Jawa apa maksud). Aku tak pedulik la orang lalu lalang kat situ. Cukup masa, Ummi kejut aku cakap dah settle, tinggal nak bayar je.

Pastu singgah The Oasis sebab aku nak try carik jugak Baju Kemeja sehelai lagi kat Shukri. Takda yang berkenan. Kalau ada pun, saiz XL takda. Ummi kat luar beli perfume custom made, sampai 3 botol. Lu cakap je nak bau jenama apa, dia memang boleh bikin. Perfume custom mada macam ni memang bau dia lebih tahan lama dari yang original yang harganya beratus ringgit tu. Cuma kalau silap sembur kat baju yang kaler cerah, berbekas la jawabnya.

Aku tengok banyak lagi Factory outlet kat Jalan Riau ni yang tak masuk lagi. Aku dah tak larat jalan. Ambik beca je untuk bawak kitaorang sampai hujung jalan. Badan aku dah besar sangat. Mana muat naik beca sampai 2 orang. Kalau sampai setengah jam, mau penyek leper Ummi aku himpit. Kat hujung jalan riau tu ada Factory outlet nama Heritage. Ni kena masuk ni, sebab aku dengar tempat ni famous jugak.

Kat Heritage lagi banyak choice kalau nak shopping. Tapi disebabkan aku dah banyak sangat beli baju, aku buat pejam mata je lah. Ada brand nama Ralph Lauren Collection (RLC). Dia punya Polo T memang sebijik macam Polo Ralph Lauren. Tapi semua cutting Fitted. Aku dah malas beli T-shirt cuting fitted macam tu. Kalau badan sasa takpa jugak. Badan boroi macam ni, pakai Polo T fitted saiz XXL pun macam sarung nangka. Tapi baju kemeja RLC ni takda logo polo kat pocket dia. Aku rasa Shukri mesti taknak punya. So aku batalkan hasrat aku nak shopping baju kemeja kat Heritage. Aku kena pegi Grande balik kat Jalan Dago. Ummi beli satu blause lawa jugak. Tapi harganya pun lawa la jugak. Takpa lah. Dia dah berkenan.

Aku bagi idea kat Ummi untuk makan tengahari masakan sunda kat Rumah Makan Dago Panyawangan, tempat kitaorang makan masa 1st day hari tu. Ummi 'on' je sebab dia memang dah kena mandrem dengan Nasik Timbel kat tempat tu. Tapi tujuan aku ajak makan kat situ sebab aku nak pegi Grande balik. hehehe.

Ummi sempat singgah beli patung Barbie untuk Adik. Tawar punya tawar dapat RPH20,000 jek. Pastu dia beli lesung kayu untuk buat lenyek sambal. Memang rare lesung tu. Ummi mintak tawar sampai RPH15,000. Dia taknak. Harga pass RPH20,000 kata dia. Ummi blah macam tu je. Tapi lepas tu Ummi datang balik kedai tu mintak RPH15,000. Orang tu kata OK, terus ambik.

Bandung time weekend (libur) memang sesak. 'Macet' sana sini. (Macet tu maknanya jem). Orang Jakarta pun turun sini time weekend untuk shopping dan berhibur. Teksi yang nak bawak kami gi Jalan Dago berpatah balik ikut jalan lain kata dia untuk elak jem. Ummi sound dia sebab takut kes kena kencheng ngan teksi lagi.


Hujan start turun dengan lebatnya. Sampai kat Dago Panyawangan, ada orang datang kat teksi hulur payung. Bagus service kedai ni. Kali ni Ummi nak belanja aku makan sempena hari jadi aku lusa. Memang plan nak melantak habis. Aku ngan Ummi order Nasik Timbel komplit, Ikan jenahak bakar, dengan sayur kangkung. Air teh cina kat sini memang free dan boleh tambah berapa banyak kali pun. Ramai giler orang makan kat sini hari ni. Aku tak berapa ada selera nak makan. Perut dah start memulas. Badan rasa macam nak demam. Lepas makan sekali lagi aku berak gore. Nasib baik toilet dia bersih. Baru je plan nak tambah appetizer buat cuci mulut. Aku cakap tengok bil dulu. Nah kau, beratus ribu rupiah kena. Tak jadi order pencuci mulut. Aku lupa hari ni weekend. So takda diskaun 25%.

Aku ajak Ummi pegi Grande untuk beli sehelai lagi kemeja Shukri. Aku nampak ada kemeja Tommy Hilfinger kotak-kotak warna kuning yang aku tak jadi beli semalam. Aku rasa beli kat Shukri je lah yang ini. Aku try carik lagi baju-baju yang aku berkenan nak beli. Tapi takda pulak yang sesuai. Kalau ada pun, aku tunjuk kat Ummi, dia tak berkenan. So tak jadi lah beli. Hari ni kami nak balik awal. By 5:30pm budget dah ada kat bilik hotel. Aku dah lembik giler dah ni. Aku rasa malam ni aku akan demam.

Malam tu kami tak keluar bilik langsung. Lepas sembahyang asar je petang tu aku terus tidur. Bangun kejap sembahyang Maghrib ngan isyak, pastu tidur balik. Aku tanya Ummi, lapar tak? Pasal aku dah start demam. memang tak larat nak keluar gi mana-mana dah. Ummi kata kenyang lagi makan Nasi Timbel petang tadi. So malam tu 12 jam kami berkurung dalam bilik jek sampai esok pagi. Aku berak gore sampai dah takda air dah nak keluar. Hampeh punya mee bakso petang semalam. Aku telan Panadol Soluble yang kebetulan Ummi bawak dari Malaysia. Lepas makan Panadol baru OK sikit demam aku.

Friday, February 5, 2010

Jalan Dago lagi...


Kitaorang tak jadi nak pegi Rumah Tas sebab jauh sangat. Disebabkan hari ni mood shopping aku agak OK sikit, Ummi ajak aku gi Jalan Dago balik. Sebenarnya dia nak gi The Secret. Tapi dia lupa yang The Secret bukan kat Jalan Dago, tapi Jalan Riau. Aku pulak kena carik kemeja yang Shukri pesan hari tu. Aku tak jumpa kemeja Ralph Lauren. Aku SMS kat dia kalau nak Paul Smith ke, Burberry ke, Esprit ke, aku jumpa la. Dia suruh aku carik kat boutique Ralph Lauren. Isk.. Kalau ada pun kat boutique, sure mahal macam kat Malaysia jugak.

Aku dah malas nak cerita pasal teksi. Kesimpulannya, average tambang teksi kalau ikut meter dari satu tempat ke satu tempat, antara RPH10,000 dan max pun RPH20,000. Aku rasa cara ni lagi murah dari chartered supir ngan kereta dia for the whole day. Sebab diaorang nak RPH400,000 untuk 12 jam. Tu dah siap minyak sekali ngan parking. Lagipun aku tak rasa korang dapat habiskan sampai 10 lokasi untuk tempoh 12 jam kat Bandung ni. Setiap tempat at lease korang habiskan masa dalam 2 jam. Kalau 12 jam, paling kuat pun 6 tempat korang pegi. Itupun kaki dah macam tak jejak bumi dah rasanya. 6 x RPH20,000 baru RPH120,000. Lagi jimat naik teksi kot.



Kat Jalan Dago, singgah kat Donatelo. Ummi beli kasut untuk Adik. Local made, tapi cantik and very good quality. Donatelo ni kira macam butik untuk macam-macam jenis kasut. Aku menyesal tak beli kasut kerja kat sana.

Lepas tu kami masuk dari satu outlet ke satu outlet. Aku beli Jeans lagi kat Seximo. Kali ni memang original Burberry. Aku boleh muat saiz 38". Ingat nak sambar Tommy, tapi cutting dia ketat kat peha. Harganya... Ratusan ribu la jugak.



Aku masuk Glamour Factory Outlet, sebab tengok ada sale. Ada T-Shirt Reebok yang aku berkenan. RPH40,000 jek. Masa nak bayar tu, baru aku perasan. Pouch bag aku tertinggal kat fitting room kedai Seximo, masa aku try jeans Burberry tadi. Gila... Ada berjuta duit dalam pouch bag tu. Tu yang aku menyampah guna pouch bag ni. Kalau nak masuk toilet ke, fitting room ke, mesti nak bukak pastu gantung camtu je. Aku terus pegi balik kat kedai Seximo tadi. Nasib baik pouch bag aku baik je tergantung dalam fitting room tu. Mungkin takda orang masuk lagi kot fitting room tu. Kalau tak jangan harap la nak dapat balik. Aku check duit, semua ada lagi. Keluar je kedai tu ada orang mintak sedekah. Aku tak banyak cakap terus je hulur duit. Tanda syukur aku sebab duit aku tak hilang tadi. Gi balik Glamour factory outlet tu, terus bayar duit T-Shirt aku beli tadi. Ummi marah giler kat aku. Dah.. Lepas ni aku taknak pakai pouch bag lagi.



Ummi nak gi carik handbag. Ikut makluman orang kat situ, kat hujung Jalan Dago tu ada kedai kasut yang jual handbag jugak. Solution nama kedai tu. Dekat 1 kilo jugak la kalo nak berjalan. Banyak lemak aku pecah sepanjang aku turun Bandung ni. Jalan punya jalan, akhirnya sampai la kat kedai tu. Singgah kejap kat kedai air. Belasah air Aqua (air mineral) sebotol sorang. Ummi gi belek handbag kat sana. Aku dapat rasakan takda yang dia berkenan la kot. Buat letih berjalan jek. Tapi demi tak menghampakan aku, dia beli jugak sepasang kasut kerja.

Nak kena menapak balik dalam 1KM sebab aku nak gi Butik Grande. Nak carik baju Shukri. Dia suruh beli baju Paul Smith. Tapi aku kena test pakai semua baju tu sebab badan dia saiz aku jek. On the way nak ke Grande tu ada satu bangunan berkubah tu nampak cantik. So Ummi pun tangkap gambor aku berlatar belakangkan bangunan tu.

Aku ingat nak makan malam dulu la. Kali ni nak try makan simple-simple jek. Makan bakso je kot. Tapi peristiwa makan kali ni memberikan aku pengajaran yang amat bermakna. Jangan makan sembarangan kat Bandung ni. Salah makan, sengsara perut kita. Aku order Mee sup pedas. Takda la pedas sangat. Tapi mee ni la penyebab aku start berak gore malam tu, sampai berhari-hari. Entah apa dia mandrem dalam mee tu sampai teruk aku cirit-birit.

Aku test satu kasut PUMA kaler purple. Memang sedap dipakai. Ringan jek. Material dia macam Crocs jugak.Ummi suruh aku beli. Tapi kaler purple tu. Bila dah balik Malaysia ni, rasa nyesal jugak tak beli kasut tu.

Aku bagitau Shukri ada kemeja Tommy Hilfinger cantik kat Grande Factory Outlet. Dia suruh aku beli 5 helai. Mana cukup duit. At last aku beli dua je dulu. Esok ada budget aku beli lagi sehelai. Aku beli Tommy sehelai, Lacoste sehelai. Ummi belikan aku Baju Tommy Hilfinger kotak-kotak. Hadiah harijadi kata dia. Thank you so much darling.

Thursday, February 4, 2010

Bandung Trip - Day 1, Nasi Timbel Bakar


Outlet pertama kitaorang masuk, Victoria factory outlet, Jalan Dago. Kedainya nampak kecik je. Masuk je dalam, aku ingat ada banyak kedai lagi. Rupanya dia pecahkan bahagian Handbag, Baju budak, Baju Perempuan, Baju Lelaki dan Jeans. Panjangnya lebih kurang 100 meter. Kedai kecik, tapi panjang ke belakang. Aku tak beli apa-apa. Ingat nak survey-survey harga dulu. Ummi beli 2-3 pasang baju Najwa. Aku rasa paling best shopping kat Factory Outlet ni, baju-baju branded budak-budak la. Sebab kalau kat Malaysia, takkan pandang punya baju Ralph Lauren ke, Guess ke untuk budak-budak ni. Mesti beratus ringgit harganya. Kat Bandung, beratus ribu lagi.. Tapi Rupiah la.



Pastu gi masuk pulak The Uptown. Ummi beli jeans branded jugak. Apa ke namanya. Tak ingat pulak aku. Tapi cantik jeans tu. Belikan Najmi T-Shirt Nike Manchester United kaler hitam+biru. Aku kira poser jugak bola EPL ni. Tapi tau la sikit-sikit pasal team MU ni. Memang kalau aku cakap aku sokong MU, ramai kengkawan aku akan pulaukan aku. So lebih baik aku tak beli pun T-Shirt MU untuk diriku, sebab aku memang poser bola. Untuk Najmi takpa.

Aku dah start lapar. Makan burger telur je dari pagi tadi. Jam dah dekat pukul 2:30 ptg waktu Indon. Masuk satu kedai makan ada jual nasik. Tapi tengok macam owner dia Chinese. Tak berani la aku nak try. Pengalaman aku gi Jakarta, gerai yang pakcik penjualnya pakai songkok pun boleh jual kodok goreng. So tanya la orang dekat-dekat situ, kedai kakan mana yang OK. Dia bagitau ada satu kedai masakan sunda dekat area Jalan Dago. Rumah Makan Dago Panyawangan. Pekena Nasik Timbel Bakar Special.. Pheh, tengah lapor memang tak ingat apa. Tapi memang sedap nasik ni. Tengah ada promosi kalau datang hari biasa (bukan hari libur / cuti) dapat 25% diskaun dari pukul 2 ptg - 6ptg.


Survey satu Factory outlet nama Grande. Murah-murah jugak barang dia. Aku kenen Jeans Burberry (tapi macam tak ori je rasanya), ngan baju kemeja untuk beli kat Shukri. Boleh kot beli 2-3 pasang kalau harganya macam ni. Tapi survey dulu lah. Ummi dah beli banyak barang. Aku tak beli apa lagi ni. Maklum la, aku ni bukan jenis yang gelojoh. Apa-apa hal aku mesti nak survey dulu sampai aku rasa puas hati baru aku beli.

Aku nak gi area lain pulak. Tahan satu Teksi Proton Wira. Aku sound awal-awal yang aku nak pakai meter. Meter minima dia tulis RPH5,000. Lain-lain pulak rate minima teksi kat sini. Aku cakap nak gi Cihampelas. Tapi adik teksi tu cakap Jalan Riau gerek-gerek barang dia. So aku suruh dia hantar ke Jalan Riau je la. Aku rasa budak teksi ni baik. Sampai Jalan Riau, aku suruh dia berenti kat The Secret. Meter baru RPH13,000. Disebabkan aku suka budak jujur macam dia, aku bagi je la RPH15,000.


The Secret ni kira famous jugak la kat area Jalan Riau. Tempatnya pun boleh katakan besar la jugak. Barang baeekk je semuanya. Tapi compare harga dengan Jalan Dago, lagi murah kat Jalan Dago. Aku nak pegi balik kat Grande, Jalan Dago tadi sebab kat sana aku rasa murah dari kat The Secret ni. Ummi aku tengok dah dapat beberapa helai baju yang dia berkenan. Aku tak beli apa lagi. Kat The Secret ni ada surau yang agak selesa untuk sembahyang. Belek-belek jeket casual Hugo Boss. Takda la murah sangat mcm Fendy cakap. Lebih kurang harga kat Pasar Malam Panjang Masjid India tetiap minggu tu je harganya. Mungkin murah dalam RM10 je kot.



Keluar dari The Secret, ada bebudak mintak sedekah. "Jual surat khabar untuk balut barang-barang belanja" katanya. Kesian aku tengok. Kat Indon ni, jurang kemiskinan dengan orang kaya terlalu jauh. Budak-budak macam ni, mungkin tak sekolah pun. Kalau dia sekolah pun, balik je terus dia bekerja carik duit untuk sesuap nasi mengalas perut. Macam selalu kita tengok dalam Sinetron kat Astro Aruna tu. Budak tu tengok aku nak tangkap gambar Ummi depan The Secret. Dia dapat idea untuk ambik upah tangkap gambar kitaorang berdua. Aku setuju. Jangan dia rembat camera aku sudah la. OK lah, aku puas hati dengan gambar dia ambik, so aku kasik dia RPH5,000. Suka giler budak tu. Kengkawan dia pun datang nak ajak kongsi duit tu. Pandai-pandai korang lah.

Masuk butik The Oasis, baru la aku capai sehelai T-Shirt FILA yang aku rasa murah gak harganya. Kalau aku tak beli baju jugak hari ni, esok lusa aku nak pakai baju apa? Kat sini ada banyak jugak choice. Tapi kebanyakan T-Shirt dia aku tak berapa yakin la dari segi keasliannya. Kat sini siap ada kain jeans gulung dan boleh tempah ikut cutting apa yang korang nak. Aku rasa Brand pun boleh pilih kot. Aku tak sure berapa hari boleh siap.




Aku nampak satu kedai ni banyak poster macam Burberry. So aku ngan Ummi pun masuk kedai ni. Namanya Branded Club. Cheh... Aku tak berkenan betul nama kedai ni. Macam tak layak je budak Punk pencen cam aku ni masuk kedai nama macam ni. Aku tak ingat Ummi beli apa kat kedai ni. Baju Najwa kot.

Orang cakap kat Bandung ni ada satu tempat kira happening jugak time malam. Namanya Paris Van Java (Paris di Jawa la kononnya). Aku ambik satu teksi ni untuk gi sana. Sebabnya aku tengok google map tempat ni sepatutnya tak jauh dari hotel kitaorang stay. Aku dapat rasakan teksi ni nak pekena aku lagi ni. Meter punya la laju. Pastu sempat berenti isi minyak. Ada la seribu rupiah lebih meter tu berjalan masa teksi nak isi minyak. Ini takleh jadi. Aku mintak tolak seribu jugak nanti. Sampai Paris Van Java, meter tunjuk RPH17,000. Aku mintak diskaun seribu rupiah sebab dia berenti isi minyak. Mengamuk dia marah-marah kat aku sebab dia kata aku berkira. Mampos la..Aku memang tak puas hati ngan dia. Aku kasik RPH20,000 dia kata takda tukar. Aku rasa dah menyirap darah aku. Kereta kat belakang dah horn banyak kali. Meter naik lagi 500 rupiah. Aku korek-korek dapat RPH16,000. Dia mintak gak 500 rupiah tu. Aku kasik, aku keluar terus aku hempas pintu teksi tu. Ummi terkejut tgk aku mengamuk. Driver teksi tu jerit-jerit kat aku. Macam hamjadah... Nasib baik jugak la ada kereta kat belakang dia dah horn-horn kat dia. Kalau tak mau dia turun belasah aku.

Takda mende pun kat Paris Van Java ni. Ada supermarket Sogo yang harga barangnya lagi mahal dari Sogo KL. Aku gi Carrefour beli jajan, biskut, air gas untuk bawak balik bilik nanti. Kitaorang beli jugak jajan-jajan yang nak bagi kengkawan bila balik Malaysia nanti.

Aku tak telepon Najmi ngan Najwa lagi. Aku lupa nak activate roaming untuk Celcom. Kitaorang gi carik Simcard prepaid untuk buat call Malaysia. Orang cakap murah kalau call pakai prepaid kat sana, compare dengan buat roaming. aku beli la Simcard prepaid Mentari (Indosat). RPH10,000 dalam ada airtime RPH5,000. Aku top-up RPH5,000 lagi. Siut je. Top-up RPH5,000 kena bayar RPH7,000. Ada service charge. Tak habis-habis kene kencheng kat Bandung ni.



Aku dah tak larat nak jalan lagi. Ummi tanpa bagi isyarat kat aku, terus tahan teksi nak balik hotel. Kita mana makan malam lagi ni. Jawabnya makan dekat-dekat area hotel tu je la. Teksi ni lagi satu. Buat-buat tau jalan... Last-last melilau gi mana la.. Masuk ikut kawasan perumahan mana tah malam-malam macam ni. Last-last Ummi jugak yang tunjuk jalan sampai hotel. Aku tak ingat berapa kena teksi tu. Dalam RPH18,000 jugak la kot.

Sampai bilik aku call Najmi ngan Najwa kat rumah. Ada Uncle Mansur kata dia. Adik (Najwa) happy bukan main sebab Uncle datang temankan dia. Galok jugak anak aku ni. Aku rindu kat anak-anak aku skrg ni. Lepas call budak-budak tu, aku call pulak Mak mertua aku kat Tganu. Saja je Ummi nak tanya Mak dia nak pesan barang apa-apa tak kat Bandung ni. Dengan airtime RPH10,000 yang ada dalam phone ni, kira lama jugak dapat berbual. Dekat 20 minit ada kot.

Malam tu kami makan kat Kedai Nasik Padang je dekat-dekat ngan hotel tu. Menapak dekat 5 minit jugak la baru sampai. Lauk jangan cerita la. Stok pagi tadi punya la kot. Nasik padang memang macam ni. Diaorang takkan masak lauk baru punya kalau korang datang time petang ataupun malam. Aku ambik 4 ketul rendang daging. Setiap satu kena charge RPH5,000. haha.. Last-last dengan makan malam tak seberapa malam tu, kena belasah dekat RPH40,000 untuk 2 orang. Baik makan Nasik Timbel bakar.