Saturday, July 30, 2011

Vios J to G Limited


Gua bangga betul bila ada je orang lalu kat kete Gua, mesti dia tengok balik kat kete Gua..Bukan nak riak.. Sejak pasang Grill Vios G Limited ni Gua rasa Vios Gua nampak lebih ganas..Nampak macam nak menerkam jek...Apa yang penting, Gua dapat murah je Grill ni. Tolak Grill lama RM150, Gua tambah RM50 je lagi, dapat grill baru ni..haha.. Nampak dek salesman Toyota, sure sakit hati je dia ni..

Friday, July 15, 2011

Kah Kah Kah

Gua gelak giler tengok video nihhh.

Cuci Kereta Express

Gua bab cuci kereta ni, part yang paling malas adalah menunggu. So bila Gua jumpa port baek punya untuk cuci kereta ni, tetiap minggu Gua boleh cuci kereta sekarang. Murah pulak tu. 5 minit dah settle..

Beratur kereta nak masuk Pit

Cucian Separa Auto.. Berebut Bangla kerumun kereta Gua nak cuci

Kereta Gua sedang menuju ke arah mesin memberus

Mesin pengering

BMW pun cuci kat sini je

Berkilat la bila lepas cuci


Thursday, July 14, 2011

Minggu Ke-28


Hot Mama, Natrah Binti Haji Amat. Semoga Ummi & Baby sentiasa sihat & dipelihara daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Dah budget-budget nak letak nama. Kalau lelaki, ada la nak letak perkataan Fareez lebih kurang. Tapi ni bukan 'Eee' punya geng la. Gua perlukan cadangan nama nak letak lepas Fareez tu. Tapi kena start ngan huruf 'N'. Cadangan siapa yang diterima, Gua jemput masa majlis cukur jambul nanti, InsyaAllah.

Buat Ummi, take care and I love you so much...Buat nak-anak yang lain, ingatlah..susahnya Ummi kamu nak mengandungkan kamu, bawak perut ke sana-sini selama 9 bulan lebih lamanya. Dah besar nanti, jangan carik pasal ngan Ummi & Abah...

Wednesday, July 13, 2011

Projek Lampu LED Myvi


Business lampu LED ala Merc Benz Gua dah berkembang ke model kereta Perodua Myvi pulak. Lepas ni kalau ada owner Proton Persona ke, Gen2 ke nak redah suruh Gua install, Gua on jekk.. Janji kasik Gua trade kereta Avanza Gua ngan kereta korang time weekend. Kasik Gua test top speed dia boleh pegi berapa dulu. Kalau setakat Myvi standard yang Gua install ni, Gua dah test, 170KM/h boleh pegi lagi...

Gua MMS gambar ni kat owner kereta...Sampai ke malam tak jawab message Gua.

Apa-apa pun, prinsip seorang pomen..Bila baraikan apa-apa komponen kereta, bila pasang balik, mesti pastikan tiada skru / klip yang terlebih tak pasang lagi. Kalau ada, harus bukak dan baraikan balik...

Hari Sokan


Gua ingat lagi, masa Gua darjah 1, for the 1st time Gua meraikan Hari Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Bagan Datoh. Masa tu Gua masuk acara pancing ikan, lari dalam guni, lari bawak pundi kacang dan juga lari ngan kasut tempurung. Gua tak ingat acara mana satu tah yang gua menang pingat gangsa dan juga pingat perak masa tu.

Hari ni sekali lagi Gua meraikan Hari Sukan Tahunan kat Sekolah Kebangsaan Jalan U3. Tapi kali ini sebagai bapa kepada anak Gua, Najmi. Terlebih dahulu, Gua nak maklumkan di sini, Gua belum register sebagai ahli PIBG sekolah tu. Gua tak tau la pulak kalau keahlian secara automatik ke, sebab Gua memang tak pernah attend sebarang majlis atau mesyuarat anjuran PIBG sekolah tu.

Najmi, sebagai seorang peserta dari Rumah Kuning (Najmi support BERSIH), masuk acara lari dalam guni, walaupun guni sekarang dah tak macam dulu-dulu. Ada kontrektor klas F mana tah dapat projek supply guni khas untuk acara lari dalam guni kat sekolah-sekolah sekarang. Kalau dulu Gua pakai guni angkut kelapa tu je. Tahniah buat Najmi, sebab dapat jadi Juara masa acara tadi. Gua sebagai bapa, memang support dari sebelah balapan terus... Dengan selamba Gua lepak kat khemah rumah kuning, jadi cheer support leader tadi. Dah 3-4 kali kena sound sebab tak duduk kat khemah ibu bapa. Gua bab-bab macam ni memang rebel sikit. Nak dijadikan cerita, hari ni Gua lambat masuk opis sebab attend sport day kat Sekolah Najmi. Tapi at lease Gua tunjukkan support Gua pada aktiviti kesukanan dia...

Friday, July 1, 2011

Chaotic Subang


Gua dari dulu kepingin nak buat rambut macam ni... Tapi slack...Lupa bukak spek mata la pulak..