Wednesday, September 1, 2010

Mengantuk yang teramat sangat

Selalunya, kalau nak balik Terengganu, memang aku lebih exited. Tu sebab masa hari Jumaat lepas, aku boleh belasah 5 jam je sampai Terengganu. Tapi bila balik KL, aku memang selalunya ada masalah. Sebab aku selalu bertolak balik sama ada petang ataupun pagi. Disebabkan tengah bulan puasa ni, memandu dalam tempoh masa yang panjang waktu siang memang tak digalakkan.

Aku bertolak dari Gong Badak jam 7:30pagi. Disebabkan tidur yang tak berapa cukup, malam tu, memang seksa aku memandu hari tu. Setiap satu jam aku terpaksa berhenti basuh muka. Sampai kat R&R Bukit Besi, aku basahkan tuala, sangkut kat leher. Bibik cakap aku dah macam Pak Supir angkut kelapa sawit. Masuk Lebuhraya Pantai Timur dekat pukul 11. Cuaca makin panas dan keadaan semakin mencabar. Aku stop kat R&R Kuantan tidur dalam setengah jam. Sampai Temerloh, Ummi offer nak bawak kereta. Dapat jugak aku tidur kejap. Tengah aku lelap tu,aku rasa kereta macam terhoyong hayang kiri kanan. Cehh, Ummi pun ngantuk rupanya. Demi keselamatan kami sekeluarga, lepas tol Karak, aku bawak kereta balik. Teringat peristiwa accident masa bulan 6 lepas. Time-time camni la jugak aku accident. Sampai KM36, aku nampak kesan aku accident hari tu. Devider tengah yang bengkok masih belum dibetulkan. Baru aku perasan yang sebelah devider tengah tu adalah gaung. Nasib baik la hari tu devider tak putus dua. Kalau tak sure aku masuk gaung hari tu. Hujan turun renyai-renyai. Aku phobia memandu dalam hujan.

Alhamdulillah, perjalanan aku hari tu selamat sampai ke destinasi. Jam 2:15 petang, aku sampai Subang. Aku kira ini adalah antara pengalaman memandu jauh yang paling mengantuk dalam hidup aku. Dulu pun aku pernah memandu dari JB balik KL time tengah malam. Mengantuk punya pasal, aku mendi pukul 1 pagi kat R&R Seremban. Pesanan untuk mereka yang nak balik raya nanti, pastikan anda benar-benar cergas ketika memandu. Elakkan kemalangan akibat mengantuk dan anda akan hanya menambahkan statistik kemalangan dalam Ops Sikap.