Tuesday, September 7, 2010

Bodykit Raya


Alhamdulillah.. Siap jugak si Shukri cat bodykit kereta Ummi ni.. Aku hantar kereta Ummi kat workshop Shukri, Jumaat malam tu.. Hari Sabtu tu dah nak bertekak dah dengan dia sebab boleh dia kata side skirt tu model vios 03 punya. Tak boleh masuk kereta aku. Jadah pulak tak boleh masuk... Sah-sah owner asal bodykit ni pakai Vios 07. Aku gi jengah workshop dia check tengok apa citer.. Last-last, rupanya dia nak pasang side skirt tu terbalik.. Yang kiri nak letak kat kanan.. yang kanan nak letak kat kiri.. cheh..

Masuk hari ahad pagi tu, aku gi jenguk apa progress kereta Ummi tu. Aku tengok dah siap gosok dan dah tampal kertas surat khabar. Tingggal nak spray je lagi. Hopefully petang ni settle la kalau hari panas.



Malam tu, daripada nak pegi terawih, terus tak jadi pasal Shukri kata kereta dah siap. Shukri dengan baik hatinya telah hantar kereta tu sampai depan rumah... Cuma lepas tu aku kena hantar dia balik workshop dia lah.. Secara keseluruhan, hasil kerja aku bagi 3 bintang je lah. Maybe sebab baru first time buat installation dan cat bodykit vios.