Friday, December 17, 2010

subanggalaxy.rocks.it


Kata rockers... URL pun kena rock la jugak... Address baru blog gua yang juga boleh diakses melalui http://subanggalaxy.rocks.it

Sekolah Kat Atas Kapal


Ni nama sekolah Adik next year. Branch baru kat Nusa Subang. Nak register masuk je, habis RM1K budget hujung tahun.Nasib baik bulan-bulan ada diskaun sebab branch baru...

Notis Block Kereta Orang


Ummi masa kat tempat kerja dia memang suka parking ikut sedap dia je... Kalau dah takda parking sangat, main block je kereta orang. Akibatnya, dah berbalar-balar dah kereta dia sebab kene calar ngan manusia yang tak reti nak sabar. So diharapkan notis ni dapat membantu diaorang ni reti-reti sikit nak call dulu owner kereta sebelum melepaskan kemarahan...

D.A.D. Untuk Isteriku


D.A.D. ni bukannya Abah ke, Bapak ke, Ayah ke apa.... Ni brand accessories kereta yang ala-ala VIP styler kononnya camtu... Dalam tengah-tengah bulan ni, budget pun tak berapa ada nak beli emas, berlian, intan, permata, sempena Wedding Anniversary kita minggu depan... So terimalah cermin pandang belakang jenama D.A.D. ni untuk kereta Vios mu...Ada berlian jugak...