Thursday, September 22, 2011

Chaotic Grinder

Gua pernah ada kaset ni dulu..Itu pun dubbing dari Jimbo punya je. Band Grind Abang-abang zaman awal 90'an...Tak tau la ada lagi tak band sekarang main style macam dioarang ni...













Kalau dengar bunyik melodic gitar dia, Gua agak mesti gadget gitar karen dia ada macam-macam jenis, macam koleksi gadget gitar Mas Hanif Bintulu...

Tuesday, September 20, 2011

Demak DTM 150


Gua rasa gatal nak pakai motor balik la... Leceh rasanya bila setakat nak pegi Pasaraya Big nak beli gula ke apa, Gua nak kena start kereta.. Kalau kereta kecik takpa..Avanza tu dah la panjang..
Tapi Gua teringin nak pakai motor dengan helmet motorcross.. Rasanya agak poser kalau Gua pakai Scooter Suzuki VS125 / VS150 pastu pakai helmet motorcross.. Bila belek-belek website Mudah sebulan dua ni, Gua rasa Gua nak angkat Motorcross / Scrambler terus la.. Memang agak poser bunyinya.. Tapi Gua rasa itulah motor yang agak extreme gua mampu beli buat masa ni..





Nak pakai naked bike Kawasaki ER6n, memang tak mampu sebab sampai RM30 ribu lebih harganya..
Lesen Gua pun B2 je..Takkan nak pakai motor 650cc.. Baik Gua beli kancil 660 je.. sah-sah tak kene hujan..
Gua rasa untuk beginner macam Gua, dapat pakai Demak DTM 150 ni pun dah kira OK. Harga pun tak mahal sangat..Gua bayar downpayment RM150 dah boleh kuar motor..hehehe.. 

Janji Gua tak rasa poser kalau Gua pakai helmet motorcross untuk gi opis...

Monday, September 19, 2011

Kegilaan Pada Henggry Birddss

Game ni memang cukup berhantu. Sampai kadang-kadang rumahtangga pun boleh bergolak. Bini tengah berleter, selamba je sang suami melastik khinzir berbatukan burung merah, biru, kuning, hitam, putih dan hijau...


Gua pegi pasar pagi kat Stadium Shah Alam semalam, dan rata-rata penjual baju, mesti ada jual baju Angry Birds..Cheh, poser siak.. Bila berlakunya tawar-menawar harga, towkeh kedai siap cakap, "Tak boleh la.. Sebab Angry Birds harga memang mahal"... Kononnya apa-apa je barang Angry Birds tengah in / trendy la sekarang ni... Ho..Ho..Ho..Hotak dia....

Kini, tak cukup dengan game, dia punya mainan pun dah ada... Ni ni memang baru nak naik.. Belum start trendy lagi..Lagipun Gua dapat harga murah, so Gua sebat je la... Nanti bila dah trendy, dah start jual kat Toy 'r Us... takkan dapat tawar punya...



Friday, September 16, 2011

Adele - Someone like you


Lagu Adele ni, anak Whitney Houston pun cover..Vocal memang mantap... Yang best nya, menyanyi setakat dengan iringan piano macam ni pun dah boleh pegi...

Tuesday, September 13, 2011

Monteng


Najmi buat hal lagi.. Dia gi bagitau kat driver van sekolah semalam yang cikgu dia bagi cuti sekolah 6 hari... Sudahnya, hari ni van sekolah tak ambik dia gi sekolah...Ni semua trick nak monteng sekolah.. Gua rasa lepas ni Gua nak potong Astro channel katun...

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Jadi Bonda


Tanggal 5hb September, memang ada 2-3 orang kenalan rapat Gua yang menyambut hari lahir..Masa tahun 1978, tarikh 5/9 ni jatuh pada 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri yang pertama.. So 2 orang kawan Gua, Hafizul Fitri bin Jais dan Mohd Fitri bin Hussin, diberi nama sedemikian rupa sebab lahir masa 5/9/1978, yang juga jatuh pada 1 Syawal tahun tu..

Yang paling istimewanya, 5/9 adalah Birthday Bonda Gua tercinta..
Buat Hajjah Jaharah binti Mohamad.. Semoga Allah pelihara kesihatan Mak, dipanjangkan umur dan dipermurahkan lagi rezeki... Jai sayang sangat kat Mak.. Selamat Hari lahir yang ke - 64.

Gigi Adik


Adik baru berumur 4 tahun lebih..Bulan 12 ni baru masuk 5 tahun.. Tapi dia sangat teringin dapat gigi baru.. Gigi dia sekarang memang tak berapa lawa..Gigi dia 'Roheng' sebab banyak makan gula-gula..


Sebelum Raya hari tu Ummi dah bawak dia cabut gigi sekali. So hari ni dia punya next appointment untuk cabut satu batang lagi gigi dia.. Masa cabut gigi dia first time hari tu, Gua tak ikut sebab Gua outstation... Ummi pun cerita la yang betapa Adik ni teringin punya pasal nak gigi baru, sikit pun dia tak nangis masa Doktor tu cabut gigi dia.. So tadi Gua sendiri terpegun tengok Doktor tu kerjakan gigi dia, sikit pun dia tak nangis...Memang power.. Even kalau Gua sendiri pun, time doktor tu cocok ubat bius tu pun, boleh meleleh air mata dibuatnya.. Dia rilek je Gua tengok..


Malam ni Gua nak letak gigi yang dia cabut tu bawah bantal... Untung-untung esok jadi duit..kah kah kah...

Mak Uda....


Sebulan puasa, hari ni nak melepas gian breakfast kat Mak Uda, Subang 2. Masa bulan puasa hari tu 2-3 kali jugak buka puasa kat sini.. Tapi feel dia lain la kalau nak bandingkan breakfast dia..

Deretan nasik-nasik selera Pantai Timur..

Niat di hati mulanya nak melantak nasik minyak ke, nasik kerabu ke..Sampai je, belek punya belek, macam best je lontong kat sini.. Lagipun tengah musim raya lagi ni, feel dia lain sikit kalau dapat pekena makanan berasaskan nasik himpit. Lepas ni Gua nak lepas gian makan nasik kandaq kat Restoran Kayu pulak..

Sunday, September 4, 2011

Seberang Takir


Gua ingat lagi masa Gua baru kenal ngan Ummi. dia bagitau kat Gua dia duduk kat area Seberang Takir. Gua yang seumur hidup Gua masa tu tak pernah jejak kaki kat Terengganu, cuba la bertanya ngan sorang member Gua kat UTM (Budak Ganu) yang Gua ngan kawan-kawan panggil Pak Aji, Seberang Takir ni sebelah mana? Member Gua ni punya la nak kelentong Gua, cakap nak gi Seberang Takir ni, takda jalan darat. Kena naik bot je baru boleh lepas nak gi tempat ni. Kalau ada jalan darat pun, jauh nak memusing. Masa tu Gua memang la membayangkan, rumah bakal mertua Gua tu terletak kat perkampungan nelayan. Rumah kampong macam rumah mak Gua la jugak. Barua Pak Aji... Abis tu jambatan Sultan Mahmod yang dulunya kena bayar tol 50 sen tu apa...Buta-buta je Gua kena kelentong Pak Aji.. Lagi pun, rumah mertua Gua bukan kat Seberang Takir.. Kat Gong Rosmah la ops.. Gong Badak...Area Unisza (Dulu KUSZA).


Tak jauh daripada Seberang Takir ni, memang ada beberapa port Air Buah Gelas Bapok (Gelas Besar) yang memang famous kat Kuala Terengganu ni. Lu cakap je air buah apa lu nak.. Semua ada dalam senarai..Cuma buahnya je yang selalunya takda...kah kah kah... Lu nak gelas besor bentuk kasut pun ada....Sanggup tak sanggup nak abiskan je...Gua selalu minum gelas sedang je..Air faveret, Air Kurma.. Air buah kat sini semuanya piorrr (Slang Ganu untuk 'Pure'...kah kah kah)... Kalau minum, wajib pekene kerpok sekali...Harga untuk kelas kecek RM1.80.. Gelas Sedang RM2.30.. murah-murah belake...
Ni air nangka + Susu without ice...

Gua hanya sekadar minum air mainstream..Epal Hijau kosong