Thursday, August 26, 2010

Lampu Kelip-Kelip

Raya dah semakin dekat. Tak sampai setengah bulan lagi kita akan beraya. Tahun ni 1st time beraya kat Subang Galaxy. Tahun lepas hanya setakat letak barang je. So tahun ni pun, takda langsir baru ataupun sebarang perabot baru. Sebab semua barang still consider baru lagi sebab beli masa nak masuk rumah hari tu.


So apa-apa yang boleh gua decorate, gua belasah je la. Standard budget paling murah, pasang lampu kelip-kelip. Terpengaruh dengan beberapa rumah jiran yang dah start pasang lampu kelip-kelip, lepas sembahyang terawih malam tu, gua pun panjat la pintu grill rumah gua dan gua belasah je lilit-lilit lampu kelip-kelip yang gua beli masa jualan Krismas kat Ikea tahun lepas.