
Dunia semakin tercemar. Gambaran ini jelas menunjukkan secara simbolik di mana satu masa nanti mungkin generasi akan datang terpaksa memakai topeng gas di mana-mana sahaja mereka pergi. Masa virus H1N1 tengah 'in' tahun lepas, kita nampak kebanyakan orang akan pakai mask bila pegi ke tempat-tempat sesak sebab nak elakkan kena jangkitan. Aku dan anak-anak aku pun terlibat sama. Ini adalah salah satu tanda-tanda kecil di mana satu masa nanti, tak mustahil orang akan pakai gas mask ke mana-mana sahaja mereka pergi sebab udara di persekitaran kita dah tak selamat lagi untuk kita hidu pada waktu itu.
P/S: Lu rasa gambar budak kat atas tu, dia pakai kasut Puma kan?