Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Gua henjut kereta ummi dari Subang Galaxy pkl 11:20PM (Selepas terpaksa berpatah balik sebab tertinggal handphone). Dengar citer jem teruk kat MRR2 sampai tol Gombak. Gua memang budget, paling lewat gua kena gerak dari rumah, sblm pukul 12 tgh malam. Kalau tak gua memang tak sempat nak sembayang raya kat Surau Gong Badak (Depan rumah mertua gua). Masuk je jalan Sungai Buloh - Kepong, jalan still clear. Ahh.. maybe masa pukul 6 - 9 tadi je kot jem teruk. Gua menyedapkan hati. Sebab tadi memang ada member gua patah balik rumah, tak jadi balik kampung sebab 4 jam sangkut kat MRR2.

Masuk je area Batu Caves, betul-betul dpn Giant, dah start sangkut. Pheh.. ni kalau sampai tol Gombak lekat camni, pukul berapa nak sampai? 2 jam gua bawak kete max speed 20km/h je. pukul 1 pagi lebih, gua baru sampai Genting Sempah. Singgah Petronas, belasah Power Root Tongkat Abah Gua setin. Pheh.. Terus segar.

Gua teruskan perjalanan... Lepas Genting Sempah, smooth sikit. Tapi takleh laju. dalam 60KM/h je. Rupanya, Orang Kelantan sibuk nak balik malam ni. Masa exit nak ke Bentong tu, gua nampak jem lekat.

Masuk je highway pantai timur, gua sebat Vios Ummi 140 - 160 km/h. Gua nak sembayang raya kat Gong Badak. Gua budget, pukul 4 pagi gua dah sampai Jabor, pastu pukul 7 gua dah sampai Gong Badak. Gua punya perkiraan lari sikit je. Sampai tol Jabor pukul 4:30, pastu ikut jalan sisir pantai, singgah kat Marang sembahyang subuh, pukul 7:30 sampai Gong Badak. Tahun ni rekod, sebab balik beraya, sampai-sampai kampung, dah start takbir sembahyang raya. Kelam kabut tukar baju raya, terus gi sembahyang raya. Khutbah, gua memang tak sedar apa, sebab dah terlelap.