Wednesday, December 21, 2011

Indahnya Erti Perkahwinan

Lu mesti pernah dengar orang-orang yang baru kawin pernah cakap:
"Kalau aku tau kawin ni best, dari dulu lagi aku dah kawin"

Tapi selepas 10 tahun dia berkahwin, masihkah dia mampu untuk berkata sedemikian?
Apa yang kita selalu dengar, kes-kes perceraian yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, sama ada melibatkan pasangan yang baru setahun jagung hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, mahupun pasangan yang dah berpuluh tahun berkahwin dan berderet anak yang telah lahir sepanjang hidup bersama.

Kita mungkin pernah terdengar pepatah mengatakan, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"..

Woii.. Apa la Lu pikir bukan-bukan ni..Memang la suami isteri suka gigit-gigit ni.. Tapi maksud pepatah tadi, betapa di dalam perhubungan suami isteri ini akan pastinya berlaku perselisihan faham.. Semuanya bergantung kepada pasangan tersebut menyelesaikan perselisihan faham tersebut..
"Wahai sang isteri..Janganlah kau terlalu mudah untuk meminta talak dari suami mu atas alasan tiadanya keserasian...Tahukah kamu bahawa bergegar tiang Arash setiap kali perceraian berlaku"

"Wahai Sang Suami...Bersabarlah kamu apabila melayan kerenah isterimu..Janganlah dengan mudahnya kau melafazkan talak, walaupun talak ini terletak di tanganmu sahaja.. Sebelum kau melakukan sesuatu, ingatlah kepada anak-anakmu, betapa mereka memerlukan sepenuhnya kasih sayang daripada ibu bapanya.."

Ummi.. "2112"..Sungguh unik nombor ini..Dan hari ini 21/12/2011, kita menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-9. Masih kecil angka 9 itu. Marilah kita sama-sama hangatkan perhubungan kita sebagai suami isteri seperi hanya baru semalam kita melangsungkan majlis pernikahan kita...Buangkan perasaan negatif yang melibatkan erti ketidakserasian dan sebagainya, kerana itu semua hanyalah bisikan syaitan yang kerjanya hanya mahu melihat betapa hubungan suci dan halal pasangan manusia ini menjalani keretakan, seterusnya menjerumus kepada keruntuhan rumahtangganya. Allah SWT telah menetapkan jodoh di antara kita berdua dan Allah SWT telah berjanji bahawa setiap perkahwinan yang dituntutnya itu akan berkekalan selamanya sekiranya pasangan itu menjaga batas-batas perhubungan yang dituntut di dalam ajaran Islam. Anugerah 3 orang cahaya mata yang diberikan oleh Nya sehingga kini, perlu kita jaga dengan sebaik-baik asuhan agar mereka tidak lalai dengan noda-noda dosa di dunia yang penuh pancaroba ini.

Akhir kata, Happy Wedding Anniversary to my sweet darling, Natrah Haji Amat. Semoga perhubungan kita akan dipelihara Allah SWT selamanya.

P/S: Siapa kata budak hardcore punk tak boleh emo-emo macam ni???