Saturday, June 18, 2011

Cerita Bulan Jun

Banyak yang Gua boleh update untuk bulan Jun ni punya cerita. Cuma antara rajin atau tak je. Yang pastinya, bulan ni Gua banyak berada di Pej Tanah Daerah, Seremban 2 atas tujuan untuk menyudahkan ujian-ujian Final Acceptance Test (FAT) Sistem e-Tanah. Dengan harapan, kalau dapat settle ujian ni, ada la sikit harapan nak dapat bonus.

Cerita pertama, semestinyalah pasal makan. Semasa tempoh ujian FAT di Seremban 2, sempat la kami menjamu selera, time makan tengahari di sebuah restoran yang dipanggil Hard Wood Cafe. Kalau sekali dengar, macam Hard Rock Cafe la pulak. Masa makan tak ingat apa. Belasah ayam kampung la segala bagai. Bila time bayar, terpaksa tontong-tontong duit nak bayar. Kena ketuk, average dekat Rm25 sorang makan.
Cerita kedua..pasal makan jugak. Gua jumpa port makan Nasik Arab yang power punya kat Paroi. Nama kedai Al-Kabsah Al-Arabiah "Makanan Arab Makkah".

Memang power Nasik Arab dia. Dah la belasah nasik arab..Tambah order pulak kebab lagi...Air, tak ingat..Barbican yang sememangnya tidak memabukkan...hahaha..Tapi memang gila la..Makan nasik arab time pukul 11 malam..Memang carik pasal..Malam tu takleh tido, pasal panas sebab ambik lauk kambeng...


Cerita ketiga, Crew Ulu Tiram Straight Edge yang diketuai oleh Panglima Punk Selatan, Jimbo Tiram sekeluarga serta Chaotic Chubb (nama penoh ChubbyHarusDirejam) dan tak dilupa Abang Bangunan sekeluarga telah sudi singgah bermalam di HQ Subang Galaxy Hardcore Crew. Perbincangan hangat semasa sessi KKS di Gulam Mee, Kota Damansara adalah mengenai adakah Abang Bangunan mempunyai "saka", sebab dia boleh drive sambil tidur, dan sedar-sedar dah sampai batu Pahat. Gua cukup terharu atas kesudian crew-crew Ulu Tiram Straight Edge yang sudi singgah kat rumah Gua hari tu. Sebagai balasan, Gua telah follow @cbhrsdrjm sebagai rakan twitter Gua. Special Bubur Nasik buat Chubb...Siap letak telur masin kuning double lagi...Haram..Sorang pun tak berani makan telur masin kuning double tu kecuali Gua.

Ceh..Baru 3 cerita, Gua dah start malas nak menaip..So cerita seterusnya, Gua sambung esok la kot...