Friday, May 18, 2012

Studded Bracelet Dah Trendy

Budak-budak punk... Lu buang la studded bracelet korang... Kalau dah Bik Mama pun dah start pakai studded bracelet, ni maknanya barang ni dah trendy... Dah tak punk lagi... Bertapa hinanya memakai studded bracelet ni di mata Ryuji Asada... bila Bik Mama pun dah start pakai studded bracelet...Mendiang Sid Vicious pastinya tak tenteram di dalam kubur... bila Bik Mama pun dah start pakai studded bracelet...Studded Bracelet Dah Trendy.. Bila Bik Mama pun pakai studded bracelet....

Tuesday, May 15, 2012

Hail CG 125

Moto ni Abah Gua beli dulu masa Gua darjah 1 kot. Tank dia kaler biru muda.. Plet AAG **** Gua pun tak ingat no belakang dia. Tapi rasa Gua, motor ni keluaran tahun awal 80'an. Moto ni la yang Abah Gua guna untuk hantar Gua gi sekolah balik sekolah, sebab darjah 4 baru Gua start gi sekolah naik beskal..
Masuk darjah 3, moto ni la yang Gua guna untuk belajar bawak moto.. Gila lu, motor ni pakai clutch mati.. Tak main la honda cub yang pakai Auto Clutch...Motor ni menjadi sebahagian daripada keluarga Gua selama lebih kurang 20 tahun.. Walaupun pada tahun 1995, Abah Gua dah beli EX5 baru, namun dia tetap berbakti sebagai motor offroad untuk masuk ke kebun. Abah Gua guna motor ni untuk angkut kelapa, pisang, etc.
Pengalaman pahit Gua bersama CG125 ni ialah, bila Gua jatuh motor ni masa bawak Mak Gua.. Sian kat Mak Gua masa tu.. Happy Mother's Day Mak..

Akhirnya, Berbibir Semula

Walaupun hati remuk kerana rupa bentuknya tak seganas seperti sebelum ini, tapi at lease dia dah ada bibir balik...