Wednesday, November 17, 2010

Kaki Lembu


Selalunya gua tukang makan je. Kali ni gua diberi satu task force yang sememangnya gua tak pernah buat sebelum ni. Tapi demi Ummi yang dah terrer makan sup kaki lembu, gua try jugak la settle kan special task ni. Call mak kat kampung nak tanya prosedur. Kena gelak panjang dengan mak. Tu la..sebelum ni tau nak makan je.

Bende pertama kena buat, nak kena buang bulu kat kaki lembu tu. Gua pernah tengok Abah gua guna pisau cukur Gillete buang bulu kaki lembu ni.... hehehe...Mak suruh gua bakar dulu kaki lembu tu atas dapur gas sampai rentung. Pastu nanti, kikis je kulit kat kaki lembu tu, di bawah air yang mengalir.

Tapak kaki / Kuku? Yang ni, memang kena buang. Keras tu, mana boleh makan. bila dah bakar sampai rentung, secara automatik, akan ada rekahan kat kuku kaki lembu ni, yang akan memudahkan kita untuk kupas je keliling kuku dia tu.

Kalau ada kapak, elok la potong kaki lembu ni dalam 4-5 keratan. Senang nak rebus. Kalau tak tak muat periuk nanti.

Pastu gua gi rendam potongan-potongan ni dengan air asam jawa. Kononnya nak hilangkan bau la tu. Next, kena rebus sampai sampai naik lemak-lemak dia. Buang air rebusan tadi (Sebab berbau) dan ganti dengan air lain. Resepi seterusnya, gua copy & paste je resepi masak sup kaki lembu. Rasanya kalau follow, sure jadi je kot.

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan:
2 batang kaki lembu
2 bungkus rempah sup tulang adabi
kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
5 bawang merah dan putih (dihiris)
daun sup dan daun bawang




Cara Menyediakan Kaki:
Kaki lembu perlu dibakar terlebih dahulu untuk membuang bulunya. Untuk membakar, gunakan dapur arang atau dapur gas mudahalih. Selepas itu,buang kukunya menggunakan kapak. Kupas kulit mengunakan pisau kecil yang tajam. Kemudian, pisahkan urat-urat kaki daripada tulang dan potong-potong.
Cara:
Tumis (dalam periuk) rempah sup adabi, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, sekali dengan sebahagian hirisan bawang merah dan putih. Kemudian, masukkan air dan potongan kaki tadi. Rebus tulang sehingga selama 5 atau 6 jam (menggunakan dapur gas biasa). Jangan lupa, masukkan garam sesedap rasa.

Goreng sebahagian lagi bawang merah dan putih.

Cadangan Hidangan:
Setelah masak dan potongan urat dan kulit menjadi lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng.