Friday, August 13, 2010

Menu Berbuka Petang Ini


Gua tau, kalau puasa ni tak elok fikir sangat pasal makan. Sebab makruh yang kalau buat banyak-banyak boleh mengurangkan pahala puasa. Tapi memang adat manusia macam kita ni yang imannya tak la tebal mana, pagi-pagi lepas sahur dah berkira-kira buka puasa nanti nak makan / masak apa. So pagi tadi Ummi dah bagitau bibik suruh masak Popiah Goreng dan juga Mee Sup taruk Fish Ball.

Ummi dah pesan kat gua supaya jangan beli kuih langsung petang ni. Nanti Popiah Goreng tak laku. Tapi since 1st day puasa lagi, aku belum menjamah Roti John, makanan faveret aku kalau kat pasar ramadhan. Aku ingat petang ni, macam mana pun aku nak singgah jugak Pasar Ramadhan (PaRam - kalau istilah kat UTM dulu), untuk beli Roti John Panjang....Taruk black pepper.

Thursday, August 12, 2010

Najmi Dah Belajar Puasa


Gua memang salute anak gua sorang ni. Dia kira pecah rekod peribadi gua sebab gua pun start puasa masa Darjah 1. Hari ni masuk hari ke - 2 dia puasa penuh. Najmi baru je masuk 6 tahun masa bulan Jun baru-baru ni. Gua tanya dia, lapar ke tak. Dia kata tak lapar. Gua tanya pulak kat Adik, Along ada makan tak kat Skool. Dia kata Along tak makan. Maknanya sah la dia puasa penuh. Gua janji ngan dia kalau dia puasa penuh, hari-hari buka puasa gua belikan dia ayam goreng. Nak taknak tadi sebelum buka puasa, gua singgah la kejap kedai mamak carik ayam goreng. Gua taknak janji apa-apa kat dia kalau dia puasa cukup 30 hari tahun ni. Tak macam ibu bapa lain yang menjanjikan RM10 sehari kalau anak dia puasa penuh. Gua rasa dia memang ikhlas nak puasa. Sebab masa hari selasa hari tu dia sendiri yang volunteer nak puasa. Gua tak pernah paksa. Gua pun dah sound kat dia, kalau lapar kat skool, makan je. Tapi nampaknya dia memang ikhlas nak puasa.


P/S: Masa gua mula-mula puasa dulu, gua ingat lagi, masa 1st day Ramadhan tu gua bawak bekal air pegi sekolah. Disebabkan malu, esoknya gua start puasa. Dapat la lebih kurang 20 hari tahun tu gua puasa.

Wednesday, July 28, 2010

Ahli Keluarga Baru


Ni la no plet ahli keluarga permotoran terbaru dalam family gua. Ramai orang cakap, hitam itu menawan...

WNB4268 Dah Keluar Bengkel Dan Mengganas Semula


Habis NCD insurance Kurnia gua yang dah 55%. Alhamdulillah, setting semua still OK. Hari sabtu hari tu Gua tukar tayar depan dia pakai Continental saiz 195/60/R15 pulak. Bridgestone Turanza hari tu mengecewakan gua. Tak sampai 6 bulan pakai dah koyak masa accident hari tu. Road tax ngan insurance dia mati 30/7 ni. Gua dah renew insurance. Bila nak idupkan road tax, sangkut pulak ada saman dekat RM900 kat Polis Traffic... Haram jadah betul. Kopak gua bulan ni.

Tapi hari Isnin lepas, jalan agak basah sebab lepas hujan. Masa gua nak ambik U turn kat depan opis, drop gear 3 (tekan overdrive off), pastu drop pulak D2 dan gua tekan minyak.... Gua berjaya membuat aksi slalom yang geli-geli je dengan Avanza gua ni.

Tuesday, July 27, 2010

Rokok Elektronik


Aku diperkenalkan dengan bende alah ni oleh Abang Long aku yang duduk kat Seremban. Sebelum tu aku ada la nampak bende alah ni dijual kat Giant Kota Damansara. Takda la pulak rasa keinginan nak mengetahui dengan lebih lanjut. Abang Long aku sekarang dah tak beli rokok biasa lagi sejak dia guna rokok elektronik berjenama Smoker Haven ni. Produk USA ni kira yang paling branded di kalangan e-Cigar yang ada di pasaran sekarang. Harga starter pack dia pun boleh tahan mahalnya. RM290 satu set. Cuma lepas tu, nak kena maintain tukar dia punya cartridge (Filter dia) yang mengandungi bermacam-macam perasa (Dunhill, Marlboro, Strawberry, Coffee, kretek, shisha..etc). Satu cartridge harganya RM3 yang boleh tahan sampai 120 - 150 sedutan. Standard macam 14 batang rokok lah (kata advertisement tu). Yang baiknya rokok elektronik ni tak membahayakan kesihatan. So straight Edge pun boleh isap kot... Dia tak mengandungi tar, carbon monoksida, dan lebih 4000 kandungan merbahaya dalam setiap batang rokok. Asap dia tu pun bukannya asap betul. Cuma wap air yang akan meruap di udara. Rasa sebijik macam rokok betul, cuma takda bara api betul dan abu rokok. Aku rasa ini cara baling selamat dan best untuk perokok-perokok tegar kalau still nak teruskan merokok ataupun berhenti merokok. Abang Long aku cakap, lepas dah isap rokok elektronik ni, nak isap rokok biasa pun rasa dah tak sedap.

Aku try check kat lelong.com. Ada berlambak lagi brand electronic cigar yang murah-murah. Between RM90 - RM180.

Sunday, July 25, 2010

Kitar Semula

Ni kira ayat power minggu ni...



Budak-budak ni belasah baldi la, tong sampah la, kuali lah..asal jadik bunyik... Gua rasa budak-budak Marching Band SDJ kat JB pun takleh lawan....

Saturday, July 24, 2010

Iron Man 2


Gua tak tengok lagi cerita ni... Tapi gua dah jumpa Iron Man versi kecik yang tak boleh terbang pun....

Seni Kertas


Paper art craft yang diadakan minggu lepas dekat 1 Utama (New Wing) menarik perhatian gua untuk menangkap sekeping dua gambar. Banyak seni origami (lipat-lipat kertas) yang dipamerkan. Tapi memang lawa diaorang buat.

Tuesday, July 20, 2010

Nasik Goreng USA Yang Mat Salleh Punya


Setakat 32 Tahun gua hidup, ni Nasik Goreng USA yang paling Barat (Western) giler yang aku pernah makan. Memang kenyang giler lepas makan. Siap bagi appetizer lagi... Harga baru RM6. Kalo nak try, carik kat medan selera depan Giant Ampangan, Seremban. Kedai mana satu, aku tak ingat pulak nama dia.

Sunday, July 18, 2010

Kalaulah Argentina Menang Hari tu....


Kalaulah Argentina menang world cup hari tu, begini lah akan gua raikannya...Tapi bak kata orang, barang yang lepas, jangan dikenang...