Tuesday, September 7, 2010

Bodykit Raya


Alhamdulillah.. Siap jugak si Shukri cat bodykit kereta Ummi ni.. Aku hantar kereta Ummi kat workshop Shukri, Jumaat malam tu.. Hari Sabtu tu dah nak bertekak dah dengan dia sebab boleh dia kata side skirt tu model vios 03 punya. Tak boleh masuk kereta aku. Jadah pulak tak boleh masuk... Sah-sah owner asal bodykit ni pakai Vios 07. Aku gi jengah workshop dia check tengok apa citer.. Last-last, rupanya dia nak pasang side skirt tu terbalik.. Yang kiri nak letak kat kanan.. yang kanan nak letak kat kiri.. cheh..

Masuk hari ahad pagi tu, aku gi jenguk apa progress kereta Ummi tu. Aku tengok dah siap gosok dan dah tampal kertas surat khabar. Tingggal nak spray je lagi. Hopefully petang ni settle la kalau hari panas.



Malam tu, daripada nak pegi terawih, terus tak jadi pasal Shukri kata kereta dah siap. Shukri dengan baik hatinya telah hantar kereta tu sampai depan rumah... Cuma lepas tu aku kena hantar dia balik workshop dia lah.. Secara keseluruhan, hasil kerja aku bagi 3 bintang je lah. Maybe sebab baru first time buat installation dan cat bodykit vios.

Friday, September 3, 2010

SMS Raya 2010


Zaman sudah berubah.. Kalau 20 tahun dahulu, zaman gua sekolah, bisness kad raya memang menguntungkan. Walaupun untung dalam seposen dua je, tapi boleh lepas belanja sekolah dalam seminggu dua..

Sekarang ni orang dah malas nak hantar kad raya... 4 tahun lepas Jimbo suruh gua jual kad raya yang dikeluarkan sendiri oleh anak syarikatnya, Sireh & Cengkeh... berlambak lagi yang tak terjual walaupun sekarang dah 2010. Last-last gua kasik kat 2 orang anak-anak gua suruh dia kasik kat kawan-kawan dan cikgu diaorang.

Tadi gua dapat SMS Selamat Hari Raya yang pertama... Tapi yang bestnya, datang dari Kayaba Shock Absorber... Pheh..Memang rare siak...

Karipap Besar


Semalam gua membeli juadah berbuka puasa di area Taman Cempaka, berdekatan dengan area Melaka Sentral dan Tesco Melaka. Maklum la, gua tengah outstation sekarang. Berjauhan dari family. Gua check kat dalam lebai google, kat mana PARAM yang paling best kat Melaka ni dan lebai mencadangkan PARAM Taman Cempaka.

Sampai sana kira-kira jam 6:30 petang, keadaan memang agak sesak. Gua memang dah budget, hari ni gua akan buka puasa dalam kereta je kot, sebab takkan gua dapat sampai ke Homestay sebelum waktu berbuka kalau traffic macam ni. Gua ngan Faiz decide nak jalan satu round dulu, tgk apa yang best, sebelum nak beli apa-apa. Gila panjang PARAM sini. Ada lebih kurang setengah kilo kot kalau aku nak jalan sampai hujung. At last aku ngan Faiz membatalkan hasrat untuk jalan sampai hujung. Jam pun dah hampir pukul 7. Tak beli apa-apa lagi.

So Gua sambar je la apa yang berkenan. Gua beli Kuih karipap 3 seringgit, kuih roti lipat goreng inti sardin, 2 seringgit dan kuih popia kecik 5 seringgit. Pastu desert gua beli bubur pulur hitam, kat kedai yang memang menjual beranika bubur. Pastu untuk makanan heavy gua beli bubur lambuk Kg. Baru (cehh, buat gimmick je) kat kedai bubur yang sama. Tapi masa mula-mula sampai tadi gua dah aim dah Karipap Besar yang memang gua tak pernah nampak kat mana-mana. Selama ni, Karipap Ikea lah karipap yang paling besar dan paling best gua pernah makan. Itu pun dah sebijik seringgit harganya. Ini pulak, 2 kali ganda besar karipap Ikea. Harga sekeping RM2.50. Phehhh.. Boleh beli murtabak. Gua cekau satu sebab kat tempat lain memang tak dapat ni. Mahal sikit pun takpa, sebab gua memang extreme kuih karipap ni. Gua ambik yang inti ayam + Telur. Tak tau la apa rasanya. Air pulak, gua belasah air cendol, RM2 banyak giler...Mungkin sebab dah nak dekat buka puasa, dia try nak habiskan cepat air dia.



Sampai rumah, gua try la Karipap besar ni. Phehhh..inti macam murtabak rupanya...Patut la harga pun macam murtabak...Tapi memang best..Ada rezeki gua datang sini lagi, gua akan carik karipap ni...wajib....Wajibal Ghunnah...

Thursday, September 2, 2010

Bulu Mata


Kalau kereta mahal yang letak bende alah ni, memang la nampak seksi giler... BMW ke, Mini Cooper ke, tak pun VW Beetle.

Tapi kalau Avanza buruk aku letak bende ni...korang gelakkan je.. Apa pun trend ni sure akan sampai sini tak lama lagi....
PS: Aku rasa sesuai untuk MyVi kaler pink ataupun purple edition yang Perodua keluarkan tu...

TRD Door Visor



Best jugak join kelab permotoran ni. Senang dapat barang murah. Aku beli TRD door visor ni kat budak Vios'07 Club (http://vioszeroseven.com) dengan harga RM75. aku dah tengok kat luar. harga semua RM100 ke atas.

Wednesday, September 1, 2010

Mengantuk yang teramat sangat

Selalunya, kalau nak balik Terengganu, memang aku lebih exited. Tu sebab masa hari Jumaat lepas, aku boleh belasah 5 jam je sampai Terengganu. Tapi bila balik KL, aku memang selalunya ada masalah. Sebab aku selalu bertolak balik sama ada petang ataupun pagi. Disebabkan tengah bulan puasa ni, memandu dalam tempoh masa yang panjang waktu siang memang tak digalakkan.

Aku bertolak dari Gong Badak jam 7:30pagi. Disebabkan tidur yang tak berapa cukup, malam tu, memang seksa aku memandu hari tu. Setiap satu jam aku terpaksa berhenti basuh muka. Sampai kat R&R Bukit Besi, aku basahkan tuala, sangkut kat leher. Bibik cakap aku dah macam Pak Supir angkut kelapa sawit. Masuk Lebuhraya Pantai Timur dekat pukul 11. Cuaca makin panas dan keadaan semakin mencabar. Aku stop kat R&R Kuantan tidur dalam setengah jam. Sampai Temerloh, Ummi offer nak bawak kereta. Dapat jugak aku tidur kejap. Tengah aku lelap tu,aku rasa kereta macam terhoyong hayang kiri kanan. Cehh, Ummi pun ngantuk rupanya. Demi keselamatan kami sekeluarga, lepas tol Karak, aku bawak kereta balik. Teringat peristiwa accident masa bulan 6 lepas. Time-time camni la jugak aku accident. Sampai KM36, aku nampak kesan aku accident hari tu. Devider tengah yang bengkok masih belum dibetulkan. Baru aku perasan yang sebelah devider tengah tu adalah gaung. Nasib baik la hari tu devider tak putus dua. Kalau tak sure aku masuk gaung hari tu. Hujan turun renyai-renyai. Aku phobia memandu dalam hujan.

Alhamdulillah, perjalanan aku hari tu selamat sampai ke destinasi. Jam 2:15 petang, aku sampai Subang. Aku kira ini adalah antara pengalaman memandu jauh yang paling mengantuk dalam hidup aku. Dulu pun aku pernah memandu dari JB balik KL time tengah malam. Mengantuk punya pasal, aku mendi pukul 1 pagi kat R&R Seremban. Pesanan untuk mereka yang nak balik raya nanti, pastikan anda benar-benar cergas ketika memandu. Elakkan kemalangan akibat mengantuk dan anda akan hanya menambahkan statistik kemalangan dalam Ops Sikap.

Saturday, August 28, 2010

9+7

9+7 = 14... Tu la teori gua masa sebelum bertolak balik Kuala Terengganu malam tadi. Memulakan perjalanan selepas Isyak dalam pukul 9 dari Subang Galaxy, dan dengan calculation 9+7 = 14, so aku budget dalam pukul 2 pagi aku sampai la ke kampung halaman (sebab normal drive aku kalau ikut jalan sisir pantai, dalam 7 jam la perjalanan).

Masuk tol Gombak, gua bayar tol RM5. Masih segar dalam ingatan gua accident bulan 6 lepas kat KM36 Lebuhraya Karak - Gombak selepas keluar daripada Terowong Genting Sempah. Gua try control emosi dan nafsu memandu laju gua bila terkenangkan peristiwa itu. Sampai KM36 sebelum sampai Terowong Genting Sempah, gua bagitau kat Ummi, kat situ la gua accident dulu. tiba-tiba kereta depan gua memperlahankan kenderaan secara mengejut. Gua pun terus tekan brake dan membuatkan Ummi bising kat gua. Ye lahh, gua kan bawak kereta dia. 2 Bijik kereta accident kat area gua accident hari tu jugak. Cuma kali ni arah ke Genting Sempah (Gua dulu lepas terowong, menghala ke Gombak). Gua ingat kedua-dua buah kereta tu berlaga dan terbabas melanggar devider jalan.

Tapi bila masuk je Highway Pantai Timur, gua terus tekan sikit minyak. Konon nak bawak dalam 120 je. Tapi Vios ni bawak 160 pun rasa cam 120 jek. Jam 11:30 Gua sampai Tol Jabur. Nak sampai KT dalam 3 jam lagi kot ni. Maknanya dalam 2:30 sampai la kot.

Disebabkan kereta tak berapa ada time malam-malam camni, gua maintain 120KM/h ikut jalan sisir pantai. Cherating - Chukai - Kemaman - Kijal - Dungun - Paka - ......Rantau Abang - Rusila - Kuala Ibai - Kuala Terengganu.

Tepat jam 2 pagi gua sampai depan rumah mertua gua, Jalan Inai 3 Gong Badak. Ummi call mak mertua gua suruh bukak pintu. Mak mertua gua sound, lajunya bawak kereta. Gua cakap mcm biasa je. 7 jam. Pastu Ummi mengira dengan jari, 9-10-11-12-1-2.... 5 jam lah... 9+7 = 16 bukannya 14.. So gua sepatutnya sampai pukul 4 pagi kalau memandu secara normal dengan penuh tata tertib. Gua tepuk dahi..Apsal sejak kebelakangan ni Math gua teruk sangat....



Thursday, August 26, 2010

Lampu Kelip-Kelip

Raya dah semakin dekat. Tak sampai setengah bulan lagi kita akan beraya. Tahun ni 1st time beraya kat Subang Galaxy. Tahun lepas hanya setakat letak barang je. So tahun ni pun, takda langsir baru ataupun sebarang perabot baru. Sebab semua barang still consider baru lagi sebab beli masa nak masuk rumah hari tu.


So apa-apa yang boleh gua decorate, gua belasah je la. Standard budget paling murah, pasang lampu kelip-kelip. Terpengaruh dengan beberapa rumah jiran yang dah start pasang lampu kelip-kelip, lepas sembahyang terawih malam tu, gua pun panjat la pintu grill rumah gua dan gua belasah je lilit-lilit lampu kelip-kelip yang gua beli masa jualan Krismas kat Ikea tahun lepas.


Wednesday, August 25, 2010

Jingsaw Puzzle


Beli jingsaw puzzle lagi murah drp beli kereta control atau patung Barbie....

Tuesday, August 24, 2010

Ferrari Enzo


Sapa nak try, Gi kat Ikano Power Center. Bayar RM1 je dah boleh bawak Ferrari Enzo. Tapi kadang-kadang dia telan duit jugak. Rip-Off siak..