Friday, November 5, 2010

Sakitnya Hati


Lain kali Ummi jangan parking dekat dengan area Mat Mot parking. Mula-mula kena toreh dengan kunci kat sebelah kiri kereta dari depan sampai belakang. Ni kene sagat ke apa pulak ni... Yang pasti, memang kena masuk kedai ketuk body kalau nak re-spray balik ni... Minor touch up je kot.

Saturday, October 30, 2010

Jasin - Air Keroh - KL

Gua terpaksa settle kerja gua kat Pejabat Daerah & Tanah Jasin petang semalam. Shukri, Bos gua dah ajak balik dalam pukul 5 lebih tu. Takut nak jalan malam sebab kena lalu KM223 Plus Highway, lepas dengar citer Haji Jafri, Bos gua lagi satu yang lalu area tu minggu lepas, rasa macam ada orang duduk kat sebelah dia masa lalu area tu.

Jam menunjukkkan pukul 6:45 petang. Ah, sudah... Gua tinggal sorang je lagi kat kaunter Hasil ni. Gua kemas barang, terus gerak. Ummi call tanya sampai KL pukul berapa nanti. Gua dengan confident cakap, 8:30 malam sampai la. Sampai kereta Gua set GPS gua untuk masuk highway terdekat kalau dari Jasin ni. Perjalanan gua petang tu berpandukan GPS Garmin yang gua install kat Phone Nokia gua. Kalau GPS ni tipu, sesat la gua.

Dipendekkan cerita, GPS ni kononnya cerdik, nak bagi gua jimat duit tol kot. Dia gi bawah gua ke Tol Air Keroh jugak. Bukan tol Jasin..Siut la.. Dia gi bawak jalan celah-celah hutan mana tah... Kiri - kanan pokok getah je. Kereta dah la tak banyak yang lalu kat sini. Dalam hati gua,baca apa yang patut. Maghrib-maghrib camni, kot ada yang melintas ke, masak gua. Tengah sunyi-sunyi tu, tetiba GPS gua cakap "300 meter, turn left" .. Gila... Terkejut gua...Rasa meremang bulu belakang tengkuk... Masuk je highway,gua tutup GPS, dan gua tekad taknak tengok langsung kiri-kanan papan tanda Kilometer ke berapa highway Plus tu. Gua nak make sure gua takkan terpandang papan tanda KM223 atau berhampiran dengannya... Lepas Pedas-Linggi baru la Gua berani tengok kiri kanan.

Tuesday, October 26, 2010

Antiprotokol


Mana boleh naik stage kalau pakai kasut camni... Warna biru tua pulak tu... Warna Di-Raja Sultan Johor tu...

Sepetang Di Pohon Minda Studio

Jimbo test power camera baru dia kat Pohon Minda Studio, Pasir Gudang. Sapa nak tempah tangkap gambar studio, gambar kawen atau apa-apa function, boleh call Jimbo a.k.a Norhafizi 012-7521744 atau Lin 012-7501744. Harga pekej berpatutan. Sanggup turun walaupun sampai ke Perlis...

Kena Geletek Baru Nak Senyum

Koboi Cilik

"Bochah-Bochah" sedang bergumbira
From Left: Koboi Jimmy, Koboi Mexico, Koboi Baju Petak

Koboi Muncung

Lompat Katak

Rasa Macam Nak Gigit Hidung Dia


Adik Kene Kepit

Kacang Pool - REPEAT

On the way gua nak balik dari JB ke KL semalam, sempat lagi repeat Kacang Pool Haji kat Larkin. Kali ni taknak order bende lain. Kacang Pool semata.

Hasilnya, pagi ni gua breakfast Kacang Pool made from SGHC... Ummi test power kacang pool dia... Pheh, memang masuk... Boleh bukak branch Kacang Pool kat KL lepas ni...

Monday, October 25, 2010

Kacang Pool Haji


Ni makanan baru yang gua cuba masa berada di JB weekend baru-baru ni. Dengar citer kat KL pun ada satu port yang ada jual makanan ni. Tapi tak tau kat mana. Kacang Pool Haji ni kedai dia kat Plaza Larkin, dekat-dekat dengan stesyen bas. Mee Rebus Stulang pun dah pindah sana. Semalam gua try dua-dua sekali, mee rebus special stulang pas tu gua paw kacang pool Ummi.

Tuesday, October 19, 2010

Funfair Di Subang 2


Gua ingat lagi... Zaman gua sekolah rendah, kat funfair la kalau nak tengok Search, Wings dan band-band rock awal se zaman Battle Of The Band buat concert. Tradisi ini diteruskan sehingga zaman XPDC tengah naik masa penghujung 90'an. Tapi funfair sekarang dah takda band yang nak main. Mainan-mainan serta game-game 'tikam' pun dah mahal. Kena beli token dulu sebab tokey-tokey funfair nak make sure diaorang dapat collect duit dulu walaupun customer belum main. Setakat naik naik ferris wheel tu pun sampai 4 token (RM4 untuk 4 token). Masa gua pegi minggu lepas, anak-anaknye je la yang main. Mamat-mamat yang jaga permainan-permainan tu pun gengster satu macam je gua tengok. Silap-silap kalau lu tipu diorang, anak lu dia sebat terus...

Dia Nak Belakon Citer Supernatural Season 13


Mulut comot sebab baru makan ginjal budak

Monday, October 18, 2010

SGHC Crew vs Ulu Tiram SxEx



Agak chaos dibuatnya. Gua macam pakcik-pakcik kaya mana la bawak photographer crew bergambar kat KLCC siap dengan lighting crew yang mengawal pencahayaan semasa sesi bergambar...