Friday, December 17, 2010

subanggalaxy.rocks.it


Kata rockers... URL pun kena rock la jugak... Address baru blog gua yang juga boleh diakses melalui http://subanggalaxy.rocks.it

Sekolah Kat Atas Kapal


Ni nama sekolah Adik next year. Branch baru kat Nusa Subang. Nak register masuk je, habis RM1K budget hujung tahun.Nasib baik bulan-bulan ada diskaun sebab branch baru...

Notis Block Kereta Orang


Ummi masa kat tempat kerja dia memang suka parking ikut sedap dia je... Kalau dah takda parking sangat, main block je kereta orang. Akibatnya, dah berbalar-balar dah kereta dia sebab kene calar ngan manusia yang tak reti nak sabar. So diharapkan notis ni dapat membantu diaorang ni reti-reti sikit nak call dulu owner kereta sebelum melepaskan kemarahan...

D.A.D. Untuk Isteriku


D.A.D. ni bukannya Abah ke, Bapak ke, Ayah ke apa.... Ni brand accessories kereta yang ala-ala VIP styler kononnya camtu... Dalam tengah-tengah bulan ni, budget pun tak berapa ada nak beli emas, berlian, intan, permata, sempena Wedding Anniversary kita minggu depan... So terimalah cermin pandang belakang jenama D.A.D. ni untuk kereta Vios mu...Ada berlian jugak...

Thursday, December 16, 2010

Subwoofer DIY Kedai Bengkel Kereta


First time Gua tengok. Gua jumpa kat workshop area USJ tadi masa nak pasang spring Bilstein E36 kat Avanza Gua. Apek ni memang creative.. Gua tak tau la macam mana bunyik dia sebab dia tak pasang.

Untuk Dijual.. BMW 318 Spring Belakang


Gua rasa bukan setakat budak Avanza je carik spring ni... Budak Grand Livina pun sibuk carik spring E36 ni. Kedai potong pun dah start jual mahal sekarang. Kalau 4 tahun lepas, boleh dapat lagi dalam RM120. Sekarang sampai RM200 pun ada. Sapa-sapa nak, offer kat Gua sekarang sebelum barang terjual. Gua bagi sekali dengan Spring buffer sekali. Kat Brothers, spring buffer je dia jual RM80. Kali ni Gua bagi free je. Kalau Avanza pakai spring ni, lowered 2 jari setengah je dari fender.

BMW E36 Bilstein Coil Spring


Barang baekk. Gua dapat free masa angkat bodykit avanza kat member minggu lepas. Ni spring pakai kat M3 ni...

Wednesday, December 15, 2010

Sungai Penchala International Motorshow

Lu ada ke gambar posing ngan Satria Neo Lotus Racing ni

Gua malas nak bersesak-sesak gi PWTC tengok KLIMS yang berlangsung minggu lepas. Najmi merengek-rengek nak tengok kete kat KLIMS. Ada Bumblebee and Bat Mobile kata dia. Ceh..Tiket dah la mahal...Dengar citer feedback orang yang pegi tahun ni, tak banyak kete yang best-best pun.

1 Muharam lepas, gua bawak jugak la Najmi gi seberapa buah showroom kereta kat area Sungai Penchala dan Mutiara Damansara (Mukim Sungai Penchala jugak dulu ni). Mula-mula gi Proton Showroom kat Mutiara Damansara (Sebelah Tesco). Besar gak showroom ni. Niat di hati nak test drive Proton Inspira. Tapi salesperson hari tu pulak kata takda kunci hari tu. Tak tau la dia kelentong gua ke apa.

Posing kat Mini Cooper ni nampak macam kereta sendiri

Pastu singgah la kat salah satu Mofaz punya Showroom. Bukannya apa.. Nak bergambar dengan kete mahal jek. Cuma masa kat showroom VW, ada satu showroom continental car yang harga juta-jutaan. Gua tak berani nak ambik gambar, pasal salesman tengok semacam jek. Ada Lambo yang harga RM1.2 juta, Bugatti yang harga RM1.6juta..Jakun jugak gua.

Subaru Imprezza Hatchback


Subaru Forrester

Monday, December 6, 2010

Lebai Google Dah Pening


Ini cerita betul... Real punya.. Tarak tipu... Terima kasih kepada Abang Isham Rais dari Tukartiub sebab bagitau cerita lawak IT ni.

Kalau nasib baik, Lebai Google tak buang lagi, korang cuba la bukak google dan taip BERUK...Tgk apa hasil carian yang keluar kat atas sekali.....

Projek Kereta Bulan 12


Bulan ni memang ada rezeki murah sikit, pastu ada pulak member nak tolak bodykit Avanza dia kat Gua. Dah 5 tahun lebih beli kereta mengidam nak pakai bodykit, tapi belum ada modal..Alang-alang ada orang nak tolak murah-murah camni, ambik je la. Yang bestnya, takyah nak hantar spray sebab bodykit memang dah sama kaler dengan avanza Gua.


Gua punya Zaptor voltage stabilizer pun sebijik dah kong. Try carik kat lelong, ada la mamat ni tolak Pivot Raizin murah kaler merah siap dengan voltage meter. So gua pun sambar la. Boleh jugak gua check condition bateri kereta gua.